hepi~~

Salam 'alaik...

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Sepanjang 5 hari terpisah dari dunia siber, banyak pengalaman yang tidak ternilai yang diperolehi. Hari Khamis petang sehingga Sabtu tengah hari, program Kem PRA & PRS (KAS) SBP Pasir Puteh di Jeram Mengaji. Sejurus tamat KAS, program seterusnya sudah menunggu untuk diuruskan iaitu Kem Kepimpinan Pengawas (KKP) SMK Long Gafar juga di Jeram Mengaji. Seramai 7 orang fasilitator siswi dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) yang terlibat untuk program KAS (32 putri). Memandangkan peserta KKP adalah seramai 126 orang (56 putra dan 70 putri), berlaku penambahan bilangan fasi iaitu seramai 11 orang (7 siswa, 4 siswi). Alhamdulillah.

2 program berturut-turut. Dua-dua ada jungle trekking. Penat, letih. Tapi seronok. Dapat kenal adik-adik baru. Bagi peserta KAS, mereka terdiri dari pelajar tingkatan 3 dan 4, cara pengurusan tidak terlampau cerewet. Lagipun mereka ni pembimbing rakan, memang berdikari. Mereka kena masak sendiri untuk makan. Walaupun ada yang tak pandai memasak, tapi mereka berusaha semampu mungkin, sampai ada yang call mak mintak resepi. Lawak la jugak tengok reaksi mereka bila makan dalam talam. Bising, riuh rendah sekali. Pertama kali agaknya. Fasi-fasi yang lain pun bukan jenis yang skema, terasa meriah bila duduk ramai-ramai. Respon adik-adik semuanya bagus-bagus. Alhamdulillah.

Cuma dari pemantauan kami fasi-fasi, minda mereka seperti di torture tanpa sedar. Nak masuk SBP kena dapat 5A. Dah masuk, PMR 8A dan SPM tak boleh tidak, mesti 9A. Hari-hari mereka seperti dipenuhi dengan desakan-desakan untuk score sepenuhnya. Input untuk mereka tak boleh 'diceramahkan'. Otak mereka seakan-akan sudah tepu. Jadi, kebanyakan aktiviti yang dijalankan mesti melibatkan fizikal. Jungle trekking, night walk, game. Kalau aktiviti yang duduk diam pun, cuma tayangan. Mereka ni semua bagus-bagus. Jujur. Kami fasi-fasi rasa terharu sangat. Harap-harap tangga yang mereka ingin daki mempunyai sandaran yang kukuh. Supaya bila sampai di puncak nanti mereka tak jatuh menyembam bumi.

Pagi Sabtu kami ada buat night walk sikit. Sebelum mula night walk kami buat solat sunat tahajjud dan hajat ramai-ramai. Adik-adik semua kena tutup mata dan fasi kumpulan yang akan guide mereka. Tak jauh pun jalan, tapi disebabkan berjalan dalam keadaan mata yang tertutup menyebabkan mereka terasa lama. Maklumlah, jalan lambat. Bila sampai kat tepi air tejun, kami pisah-pisahkan mereka dalam keadaan mata masih tertutup. Ada la yang terjerit-jerit cari kawan. Masa tu terlintas nak buat jahat sikit, so salah seorang fasi culik seorang peserta dan sorokkan dia dalam bilik kami.

Lepas semua peserta dah dapat tempat masing-masing, kami pun suruh mereka bukak mata dan bagi sedikit pengisian tentang nikmat mata dan kasih sayang Allah. Bila dah siap tu, kami suruh mereka berbaris dan kira ahli kumpulan sebab nak balik ke tempat perkhemahan semula. Kesian, tak cukup seorang. Terpaksa la mereka bermastautin di situ sekejap. Cari-cari, tak jmpa gak. Buat solat hajat. Amik wudhu' kat air terjun. Solat atas pasir jer. Lepas solat, baca yasin. Cari-cari, tak jumpa lagi. Amirah mula berlakon, marah-marah, nangis-nangis. Peserta lain apa lagi, ikut menangis. Sampai ada yang komen, 'jatuh martabat sebab nangis depan kawan'.

Bila dah masuk subuh masih lagi tak jumpa, Cikgu Mahmud putuskan untuk solat Subuh kat situ jugak. Lepas solat, Amirah sambung lagi lakonan dia. Kali ni siap babitkan aku lagi. Kami berlakon, Amirah marah-marah aku sebab sepatutnya aku yang bertanggung jawab memandangkan aku adalah kem komandan. Kami gaduh-gaduh sampai la termasuk dalam kawasan air terjun. Alhamdulillah sempat selamatkan handphone dan dompet sebelum terjun. Dah masuk dalam air tu, sambung lagi jerit-jerit, gaduh-gaduh. Dua orang fasi lain ikut terjun untuk tenteramkan kami. Bila dah tenteram sikit barula kami naik. Sampai depan peserta aku dan Amirah pun bersalam. Baru la terangkan semuanya kat adik-adik. Ramai gak yang tension sebab kena tipu. Sabar ek, untuk kebaikan kalian jugak kami buat ni. Peace =)

Kesimpulannya, seronok sangat walaupun tak cukup tidur + letih naik turun bukit tempat perkhemahan. Pengalaman yang cukup berharga. Adik-adik SCIPP, teruskan perjuangan. Jangan pernah mengaku kalah. Jaga Solat, jaga hubungan dengan Allah. We love & miss all of you. See you again =)

0 comments: