kenangan

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tiba-tiba memori lalu terimbau. Teringat. Allah izin. Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (UBKK), tempat yang Allah izinkan diri ini untuk mematangkan fikiran. Tempat dimana melaluinya Allah suntikkan satu kesedaran, Allah terapkan pengalaman yang tak ternilai, semuanya untuk jiwa yang hina ini. Rindu. Apa cerita keadannya sekarang agaknya? Adakah masih terus berusaha untuk bangun menjadi nadi MMP? Ingin sekali aku tahu apa khabarnya.

Perkenalan dengan UBKK kalau difikirkan terasa seperti satu kebetulan. Kebetulan yang Allah ciptakan untuk diri ini agar lebih mengenaliNya. Permulaanya, tiada yang istimewa. Sehinggalah ditaklifkan sebagai Exco Biro Promosi. Masa tu, hubungan dengan Allah sangat-sangat teruk. Tak terasa berat untuk menerima jawatan sebab tak terasa yang Allah akan tanya suatu hari nanti tentang amanah yang dipikul. Tapi Alhamdulillah, sewaktu itu, Allah masih sudi untuk menjaga hati ini. Allah izin untuk aku tidak menjadi seorang yang gila kuasa. Aku tak kesah kalau tak dapat jawatan, aku tak kesah pasal sijil, tapi kalau orang dah bagi jangan tolak.

Aku mula jadi exco UBKK masa tahun 2006. Sebenarnya dulu UBKK bukanlah satu badan yang terkenal. Ramai yang tak tahu pasal UBKK. Mula dari tahun 2006 la, kami cuba untuk naikkan UBKK supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan badan-badan lain seperti Badan Dakwah dan Tarbiah (BADATI). Yang seronoknya UBKK masa tu, MT dan Exco-exco lain kebanyakannya satu kepala dengan aku. Meeting jarang-jarang sekali serious. Mesti ada lawak-lawak. Jadi, aku tak rasa terbeban untuk hadir meeting UBKK. Seronok.

Sewaktu meeting bersama dengan AJK Biro Promosi, timbul idea untuk menerbitkan satu majalah khas UBKK. Tapi tak nak la sampai nanti kami dikatakan meniru Buletin Tarbiah (BT) terbitan BADATi. Jadi kami bersepakat untuk menerbitkan majalah tersebut dalam bentuk buku memandangkan BT diterbitkan dalam bentuk A4. Selepas beberapa hari perbincangan, kami menetapkan buku ini dinamakan Psycho al-Mukhtarif (PM). Siap ada logo lagi tu. Hasil ciptaan Fatimah.

Disebabkan untuk menghasilkan buku bukanlah perkara yang mudah terutama sekali, first time punya kerja, teramatlah susah, jadi aku mengambil inisiatif untuk meletakkan jawatan selaku Exco Biro Promosi. Jawatan aku diambil alih oleh Maisarah dan aku dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Editor Psycho al-Mukhtarif. Bila imbau balik, betapa peritnya nak terbitkan satu buku tu sampai tahap aku rasa tak percaya sangat bila berjaya menghasilkan satu keluaran Psycho al-Mukhtarif. Rasa macam bermimpi. Bila tengok orang baca PM, rasa teruja sangat. Betulkah buku tu kami yang buat dulu? Betul-betul tak percaya. Tapi rasa puas hati sangat. Tak terkata. Sampai sekarang masih terasa.

Banyak kisah suka-duka yang aku alami sepanjang usaha untuk terbitkan PM. Sebab tu lepas SPM aku risau sangat adakah orang yang sudi untuk meneruskan usaha aku ni? Masih jelas diingatan, sewaktu pembahagian AJK pada tahun 2007, masa tu aku dah berhenti sekolah dah tapi masih datang sebab tercari-cari siapalah agak-agaknya yang mampu untuk teruskan PM ni. Masa tu, Siti Yang Latifah sudah ditaklifkan selaku Pengerusi UBKK 2007. Disebabkan terlampau excited nak cari Ketua Editor PM yang baru, aku mengabaikan arahan Pengerusi (Yang, maaf deh. Tak sengaja ~_~).

Dan disitu jugak aku pertama kali kenal Asiah. Bila fikir sekarang, rasa nak tergelak sangat. Sebab masa tu tanpa disedari Yang dan aku sama-sama berebut dia untuk kami lepaskan tanggungjawab kami ketika tahun 2006 kepada dia. Yang nak suruh dia jaga bahagian PRS, aku pulak nak suruh dia handle Psycho al-Mukhtarif. Entahla, Allah izin kami nampak jiwa kepimpinan dalam diri Asiah. Tahun berikutnya Alhamdulillah, dia pulak ditaklifkan sebagai Pengerusi UBKK. Maknanya pilihan aku dan Yang tak salah =)

Itula antara kenangan aku kat MMP dulu. Rindu...

0 comments: