saudara

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

PRK sudah berlalu. Tahniah kepada yang menang, dan teruskan usaha kepada yang kalah. Menang atau kalah, kita sama-sama memikul tanggungjawab dakwah dan tarbiyah. Cuma, bagi yang menang mungkin mereka sudah mempunyai pentas sendiri. Mereka terikat dengan janji mereka kepada manusia. Tapi kita, yang berada di bawah pentas jangan pernah lupa, kita juga tidak terlepas dari amar ma'ruf dan nahi mungkar. Jangan menunggu pengiktirafan dari manusia baru kita mahu bergerak. Perlu ingat, matlamat hidup kita adalah redha Allah, bukannya restu manusia.

Perjalanan kita untuk mencapai redha Allah masih jauh. Kadang-kadang tersungkur lemah. Tercari-cari tangan yang menghulur yang akan menarik kita untuk bangun kembali. Jarang sekali untuk ditemui tangan-tangan itu, mungkin kerana mata kita kabur, atau mungkin juga tangan-tangan itu sememangnya tidak pernah wujud. Dimana ukhwah fillah yang kita laung-laungkan? Dimana ikatan persaudaraan dalam Islam yang Rasulullah perjuangkan?

"Seorang Muslim itu adalah saudaranya orang Muslim lainnya,
janganlah ia menganiaya saudaranya itu,
jangan pula menyerahkannya kepada musuh.
Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya,
maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hajat orang itu.
Dan barangsiapa melapangkan kepada seseorang Muslim akan satu kesusahannya,
maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan
dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat.
Dan barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim
maka Allah akan menutupi celanya pada hari kiamat."
(Muttafaq 'alaih)

Kita berkawan hanya dengan mereka yang sudi. Bersahabat hanya pada yang memahami. Salam jarang-jarang diucap bila bertemu. Apatah lagi jika terserempak dengan saudara seakidah yang tidak dikenali. Dimana Muslim itu? adakah hanya dari segi ibadah? ilmu? aqidah? bukankah Islam itu syumul? jadi, kenapa sekarang kelihatan seperti terpisah? Dimana silapnya?

Kita selalu mendengar keluhan-keluhan, "Kawan, masa senang ramai. Ketika kita susah, semua cabut lari". Biasanya, kita lihat sudut 'susah' dan 'senang' menurut perspektif dunia. Jadi, kita gunakan istilah sahabat sebagai bukti, susah-senang harungi bersama. Tapi sekali lagi, kita lihat semua tu dari pandangan dunia. Kita terlupa, sahabat yang sebenar ialah, apabila iman kita jatuh, dia tidak menjauhkan diri dari kita. Mungkin pada permulaan, ramai yang akan cuba membantu, bagi nasihat. Tapi seandainya situasi kejatuhan iman itu berlarutan selama 2,3 bulan, berapa ramai yang bertahan? yang akan terus menghulurkan tangan?

Marilah kita sama-sama perbaiki ukhwah kita. Check balik dimana silap kita selama ini. Mungkin ada ketika tanpa kita sedar, kita menjauhkan diri dari sahabat kita kerana hatinya berpenyakit. Dan balasannya, apabila kita terjatuh, tiada tangan yang menghulur. What comes around, goes around...

0 comments: