Sorry...

Salam 'alaik...

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Again, I hurt someone I love. Menyakitkan. Ingin menegur, tapi mungkin kerana tidak cukup berhikmah menyebabakan ada hati lagi yang terluka. Sayang sangat, sebab itu sedih. Tapi dia tak faham. Dia ingat aku marah. Tak marah pun, cuma sedih. Jangan manjakan diri wahai adikku..

Sebelum ni, aku selalu ingatkan peserta jati diri, cepatlah matangkan diri. Masyarakat sedang menunggu kita untuk menyedarkan mereka dari lena. Jangan manjakan diri, masih jauh perjalanan kita untuk menegakkan agama Allah. Aku cuba untuk sedarkan adik-adik. Tapi rupa-rupanya adik aku sendiri tak matang. Sedih. Kita sibuk nak betulkan masyarakat luar, sedangkan ada lagi yang disisi yang tak terjaga. Apatah lagi dia adalah orang yang tergolong dalam kelompok yang sentiasa diberi peringatan. Bangun!! Sedarlah!! Islam perlukan kau adikku!!

Ya, kita semua ada kekurangan, ada kelemahan. Kadang-kadang kita pun ingin dimanjakan, ingin menikmati kesempatan yang dimiliki. Tapi perlu ingat, jangan tunjuk semua itu dihadapan orang yang dipimpin. Jangan sampai timbul keraguan mereka terhadap kita. Sekiranya urusetia mengantuk ketika program, jangan tidur depan peserta. Jika ada arahan supaya semua peserta berhenti bermain, fasi juga harus berhenti. Kerana kita adalah contoh kepada mereka. Kita perlu tunjukkan qudwah hasanah. Sekiranya fasi sendiri tidak mengikuti arahan yang diberi, bagaimana peserta ingin menghormati pemberi arahan dan fasi? Sedarlah!!

Sedih sangat. Kenapa? Sebab ini bukan kali pertama. Sudah ditegur sebelum ni, kenapa perlu diulang? Perkara yang sama. Tiada beza. Didik nafsu tu dik, jangan biar ia kuasai hati. Tolonglah terima teguran ini sekalipun ia kurang berhikmah. Maafkan aku.

Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami ini dengan perasaan kasih sayang kerana Mu semata-mata. Janganlah disebabkan kekurangan dan kelemahan kami merosakkan ikatan hati diantara kami. Kau ampunilah dosa-dosa kami ya Rahman. Lapangkanlah dada kami ya Rahim.

1 comments:

    im too useless...