update projek...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Beres. Software untuk projek Traffic Light Alhamdulillah dah siap. Selepas hampir sebulan bertungkus-lumus menyiapkan software sebaik mungkin. Sebelum dah cuba run banyak kali tapi selalu jer ada yang tak kena. Tapi kali, Alhamdulillah. Insya Allah sekarang dah boleh mula fokus untuk model dan electronic hardware. Walaupun masih banyak barang tak beli lagi tapi insya Allah boleh mula buat dulu yang asas seperti lakaran kasar litar dan gambar rajah model.

Masalah paling besar sekarang ni ialah PLC. Setakat ni tak jumpa lagi syarikat yang mengedarkan atau kilang yang menghasilkan PLC. Sebab niat asalnya nak mintak sponsor PLC dari pengilang atau pengedar. Tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Kena usaha lebih lagi. Apa-apa pun, kalau tak dapat sponsor insya Allah ada plan B. Jadi, projek insya Allah akan berjalan seperti biasa.

0 comments: