anugerah...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

rindu itu
Dia maha Mengerti
memahami
aku meminta
tapi tidak mahu mengharap
risau jikalau
ia melalaikan
aku hanya berserah
mohon yang terbaik
dariNya
buatku

Dia
sungguh mengerti
memberi
apa yang perlu
tepat pada masanya
Alhamdulillah
tiada kata yang terluah
betapa anugerahNya
tidak ternilai

>>benar-benar aku rindu..pada kata-kata yang memuji namaNya, yang mengagungkan kebesaranNya, yang mengembalikan hati ini untuk berfikir tentangNya..rindu suasana itu..apabila hati-hati yang dihubungkan dengan jambatan iman, dihiasi dengan ingat-mengingati Allah yang Esa, indah, bahagia...Alhamdulillah, betapa ar-Rahman sudi untuk mengubati rindu ini...

0 comments: