final exam

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

DDE 3243 Industrial Electronics 13/05/2010 (2:30pm)
DDE 3422 Instrumentation 16/05/2010 (2.30pm)
DDE 3443 Industrial Automation & Robotics 19/05/2010 (2:30pm)
DDE 3233 Electronic Manufacturing Process 21/05/2010 (9:00am)
DDE 3751 Electronic Engineering Lab. III Tiada Peperiksaan Akhir

My last semester, insya Allah..I will do my best...

i'm learning...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Final exam semakin hampir. Insya Allah first paper aku 13 Mei ni. Diikuti 16, 19 dan 21 Mei. Semester kali ni aku ambli 5 subjek sahaja dan memandangkan 1 subjek adalah makmal, jadi 4 subjek je yang ada final exam. Ujian untuk semester akhir ni benar-benar berat. Diuji dengan nikmat kelapangan. Kuliah tak banyak sangat kerana jumlah jam kredit aku cuma 12 kredit sahaja. Tambah tolak dengan 'masa tambahan', jumlah jam untuk kuliah + tutorial dalam seminggu cuma 22 jam sahaja. kira-kira 4 jam 30 minit untuk sehari daripada 9 jam. Betul-betul lapang. Sungguh, aku teramat risau sekiranya diuji dengan kesenangan. Tapi, itulah ketetapan dariNya.

Bulan Januari, Februari, Mac dan April, masa berlalu dengan sia-sia. Mula kenal facebook, asyik-asyik mengadap laptop, main game kat facebook. Hari-hari baca komik, setiap kali takde kelas, baca komik online. Nak tengok aku bukak buku study, masa dalam kelas sahaja. Duduk rumah pun, mula berjinak-jinak dengan kemalasan. Baju, harap ada mesin je sebab tu basuh. Semakin hari semakin teruk. Mak, Ayah, adik-beradik dan sahabat-sahabat mula menegur, mereka yang tolong risaukan keadaan aku. Alhamdulillah, dengan doa dan keprihatinan mereka, Allah sedarkan aku, Allah tegur aku sedikit demi sedikit, Allah anugerahkan bisikan iman. Aku mula tersedar dari lena. Alhamdulillah. Aku mula belajar menghargai masa. Aku cuba untuk menggunakan ia sebaik mungkin meskipun terkadang, aku gagal untuk mengawal nafsuku.

I love my family, my friends, and all of the people around me even though I couldn't remember everyone of them. Mereka adalah nikmat teragung dariNya buatku selepas nikmat iman dan islam. Melalui mereka, Allah mengingatkan aku tentangNya sewaktu aku lupa. Melalui mereka, Allah menarik aku hampir denganNya sewaktu aku jauh. Melalui mereka, Allah mengangkat aku berdiri sewaktu aku jatuh sepanjang perjalanan mencari redhaNya. Melalui mereka, Allah mendidik aku untuk mensyukuri nikmatNya. Melalui mereka, Allah latih aku untuk bersabar dan redha dengan ketentuanNya. Allah hadirkan mereka dalam hidupku adalah untuk menguatkanku bukannya untuk melemahkanku. Alhamdulillah...