kerinduan

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semalam Alhamdulillah sepupu aku di Terengganu telah selamat melangsungkan majlis kenduri walimatul urus. Tahniah buat Halim & Ati, semoga berkekalan sehingga ke taman syurga. Bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi, dalam pukul 12 tengah hari baru sampai sebab berhenti makan pagi dulu. Petang tu, dalam pukul 7 baru bertolak pulang. On the way nak balik Kelantan tu, lalu la depan Mydin besar kat Kuala Terengganu. Tiba-tiba aku teringatkan seseorang. Ya Allah, rindunya aku akan dia.

Walaupun dia sama baya dengan aku tapi disebabkan dia masuk KTD awal setahun, jadi di KTD dia adalah senior aku. Aku mula rapat (takde la rapat sangat, tapi boleh la) dengan dia selepas setahun aku berada di KTD iaitu dipenghujung tahun 1. Dia banyak mengajar aku tentang dakwah dan tarbiyah. Dulu, masa aku mula masuk tahun 1, aku tak tahu apa-apa pun pasal dakwah dan tarbiyah ni. Pernah dengar, tapi tak pernah nak ambil kisah.

Bila aku kenal dia, dia mula tarik aku sedikit demi sedikit untuk mendekati pintu dakwah dan tarbiyah. Dia tak menggunakan kata-kata, tapi melalui perbuatan. Dia tarik aku pergi program-program dakwah dan tarbiyah, dia tarik aku masuk Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH). Dia ajar aku melalui tindakan dia.

Pada permulaan, dia memberi semangat dia untuk aku bergerak. Harapan dia untuk aku mewarisi kerja-kerja dakwah dan tarbiyah dia di KTD menyebabkan aku semakin teruja. Kerana dia rasa aku mampu, menyebabkan aku semakin percaya. Aku mula belajar membina semangat sendiri. Niat dulu yang hanya nak suka-suka sahaja mula berubah. Mula cuba memahami erti perjuangan yang sebenar. Mula tersedar bahawa diri ini perlu perjuangkan agama Allah. Semua tu berlaku secara tak langsung (indirect).

Sewaktu dia pergi meninggalkan KTD, pergi merantau mengutip mutiara ilmu, dia membawa pergi bersama semangatnya yang suatu ketika dahulu dipinjamkan kepadaku. Namun, aku tidak merasa lemah. Kerana keyakinan itu sudah terbina dalam hati ini. Alhamdulillah, susunan Allah teramat cantik. Diri ini, yang dulu teramat jauh dariNya, dipanggil untuk mendekatiNya. Luasnya rahmat Allah. Moga kita mampu untuk menjadi hamba-hamba yang bersyukur.

0 comments: