Kolej Terbaik Dunia...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Result semester lepas dah tau, so secara tak rasminya, aku kini bergelar BEKAS pelajar Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). 3 tahun aku berada di KTD, banyak sangat yang aku dapat belajar. Aku sayang sangat KTD. Sewaktu aku berada di tahun 2, dah terasa rindu pada KTD, "ya Allah, setahun j lagi. Tak lama dah tu. Sedihnya.". Dulu, masa sekolah MMP dulu, lepas keluar dari sekolah baru terasa rindu. Tapi sekarang, setahun sebelum keluar dah rasa rindu. Kuatnya nak kata penanga KTD ni.

Pernah terfikir, kalau la KTD ni ada tawarkan program Ijazah Kejuruteraan Elektronik, insya Allah memang aku takkan mintak UPU dah. Apply j KTD. Tapi, bila difikirkan balik, mungkin Allah tak nak aku terus berada dalam keselesaan, Allah mahu aku berjuang. Mungkin Allah nak aku turun kepada masyarakat. Belajar apa yang ada dalam pemikiran umat Islam sekarang ni, adakah selaras dengan kehendak Allah ataupun tidak. Dakwah dan tarbiyah perlu dikembangkan. Bukan hanya dikongsi dalam jamaah sahaja.

KTD, Kolej Tarbiyah dan Dakwah, gelaran yang diberi oleh kebanyakan pelajar KTD. Kami bangga berada di sini. Sekalipun zahirnya kelihatan seperti kilang, infrastukturnya cukup-cukup makan sahaja. Bila orang tanya, apa kelebihan KTD berbanding IPT lain? Kalau dari segi zahirnya, aku akan hanya mampu terdiam. KTD kurang dari segi fizikalnya. Tapi insya Allah, kami hebat dari rohaninya.

Aku masih ingat, ketika semester 1, aku sangat malu untuk pakai kad metrik KTD. Kenapa? Sebab sangat-sangat la simple, murah, tak cantik, tak canggih, dan macam-macam lagi la keburukannya. Bukan aku sorang j yang fikir macam tu, ramai. "Huh, cantik lagi kad metrik aku time kat sekolah dulu.", inilah ayat yang selalu aku dengar. Itu dulu, masa mula-mula masuk KTD. Sekarang, aku rasa sangat bersykur dan bangga kerana berada di KTD. Pergi mana-mana pun, aku tak pernah tinggal jaket KTD aku. Setiap kali aku keluar rumah, aku akan pakai. Biarpun selalu j kena hentam, "ko ni tak panas k?", aku masih setia dengan jaket tu. Aku ada 3 jaket tu, 1 yang kelab KAFAH, 2 lagi memang KTD. Aku amat sayangkan KTD.

Di KTD, suasana tarbiyah dan dakwah sangat terasa bahangnya. Setiap staff dan pelajar sekurang-kurangnya ada 2 kali liqa' seminggu. 1 liqa' umum dan satu lagi liqa' khusus. Bagi para pengurus pula, tambah satu lagi liqa' iaitu liqa' pengurus. Begitu juga dengan fasi liqa' bagi pelajar, akan ada satu lagi liqa' tambahan. Itu yang diwajibkan ke atas pelajar dan staff. Biasanya setiap minggu akan ada liqa' tambahan yang dipanggil Kajian Tarbawi (KT) untuk para pelajar tetapi tidak diwajibkan. Walaupun tidak diwajibkan, tapi sambutan bagi KT sangat memberangsagkan. Mula-mula dulu buat kat Dewan Kuliah j, lepas tu pindah ke Dewan besar, masih lagi tak muat, terpaksa pindah ke Dewan Utama. Alhamdulillah.

Dulu, aku langsung tak pernah ambik berat tentang dakwah dan tarbiyah. Mungkin kerana tak tahu apa itu dakwah dan tarbiyah. Tapi Alhamdulillah, diizinan Allah untuk mengenali jalan dakwah dan tarbiyah, maka diletakkan aku di bumi KTD. Di sini aku dididik dan terdidik.

0 comments: