masih ada ruang

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, baru lepas breakfast. Kenyang. Tadi, masa tengah makan kat cafe tadi, Alhamdulillah Allah izin untuk aku berborak panjang dengan seorang sahibah, Munirah atau lebih senang dipanggail Mun. Banyak yang aku dapat daripada apa yang kami bincangkan tadi. Alhamdulillah.

Mula-mula Mun ada mintak pendapat aku, boleh kah kalau dia nak ambil aliran lain lepas tamat diploma nanti? Sekarang dia ambil Diploma al-Quran dan Sunnah, dan berhajat nak sambung ke aliran lain selain aliran agama. Bukan sebab dia tak minat agama, tapi sebab dia berminat nak belajar ilmu-ilmu lain.

Aku tanya dia, apa yang dia minat. Dia cakap, dia minat dengan benda-benda seni. Kalau boleh Mun nak jadi interior designer atau chef culinary arts. Sejak kecil pula dia memang dah terdidik dengan seni menjahit. Masa kecil-kecil dulu, mak dia selalu design hantaran perkahwinan, jahit langsir, design bilik pengantin, dan macam-macam lagi la yang berkaitan. Jadi, dia minat sangat-sangat bab-bab yang berkaitan dengan seni ni. Bila dia tengok hasil-hasil tangan orang lain, contohnya gelang yang direka tangan, dia rasa cemburu. Rasa teringin sangat nak buat macam tu.

Cerita Mun menyebabkan aku teringat kisah-kisah yang lebih kurang serupa dengan dia. Contohnya, Encik Shahrin Ahmad. Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Komputer. Tapi memandangkan minat saudara Shahrin lebih cenderung dalam bidang Astronomi, beliau kini aktif dalam program outreach Astronomi. Maknanya, meskipun ketika di IPT dulu beliau mengambil aliran lain, tapi beliau tak pernah meninggalkan/ berputus asa dengan minat beliau. Hasilnya, saudara Shahrin berjaya dalam kedu-dua bidang. Sekarang saudara Shahrin merupakan Pengarah Urusan syarikat Equatorial Sky Innovations, fokus kepada penyelidikan dan pembangunan sistem perisian dan teknologi integrasi instrumentasi Astronomi.

Teringat juga aku akan Ustaz Mohd Nor Husain, guruku di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu. Masa aku kat sekolah dulu, ustaz mengajar subjek Nahu Sorof, sekarang, wallahu a'alam. Tapi, masih ingat lagi aku cerita ustaz. Di dalam kelas, ustaz selalu cerita bahawa ustaz ketika itu sedang belajar subjek Matematik Tambahan. Ustaz minat sangat dengan subjek tu. Masa ustaz belajar dulu, ustaz ambil aliran agama, jadi tak belajar subjek Add Math. Tapi ustaz tak pernah meninggalkan minat ustaz di tepi jalan. Ustaz bawa bersama sehinggala hari ini. Dan, aku dapat lihat hasilnya baru-baru ni, sewaktu ustaz memberi penyampaian tentang Falak di Machang. Dari ilmu Add Math yang ustaz miliki, Allah izin untuk ustaz mereka cipta sendiri formula-formula untuk mengira hari, menukar tarikh dari masihi ke hijri atau sebaliknya, dan macam-macam lagi. Masya Allah.

Itu baru 2 orang yang aku ambil kisah tentang cerita-cerita mereka. Masih ramai lagi yang mempunyai cerita yang lebih kurang sama, tapi kerana kelamahan aku, menyebabkan aku terlepas pandang. Tapi rasanya, kisah 2 orang itu sudah lebih dari cukup untuk mengajar diri ini, jangan pernah kamu tinggalkan minat kamu kerana takdir. Cukuplah sekadar samada Allah suka atau Allah benci. Selagi mana apa yang aku minati itu, Allah tak larang, maka akan ku teruskan meskipun keadaan kelihatan seperti tidak mengizinkan.

Astronomi!! I wont leave you behind!! Insya Allah...

0 comments: