nasihat dari seorang emak...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semalam, Alhamdulillah Allah izin untuk aku mengutip mutiara ilmu yang insya Allah amat bermanfaat daripada mak. Tak tersangka sebenarnya. Apatah lagi selepas mengecewakan mak dengan result yang jatuh merudum umpama terjun bukit bak kata Puan Ac. Aku masih ingat lagi reaksi mak bila aku bagi tau mak result aku. Permulaannya memang aku dah cuba susun ayat sebaik mungkin supaya mak tak sedih.

Aku mulakan dengan ayat, "Mak, Asmaa' dah dapat dah result. Tapi result Asmaa' jatuh la." Ayat jenis amaran supaya mak tak terkejut sangat. Lepas tu mak reply dengan muka selamba, "Dapat berapa?". Dengan nada yang rendah aku bagi tau mak pointer GPA aku. Aku nampak reaksi muka mak berubah. Jelas keterkejutan pada riak muka mak. "Kenapa teruk sangat? Takkan la yang lain pun tak boleh jawab? Kalau setakat IE tu memang la, tapi auto dengan prose takkan teruk jugak?". Aku terkedu. Sedih, sebab mak sedih.

Petang tu, sementara tunggu azan maghrib, aku mengadap laptop dalam bilik, online sekejap. Tiba-tiba mak masuk. Aku pun cepat-cepat tanya mak,

Aku: "Mak, mak marah ke result Asmaa' jatuh teruk?"
Mak: "Buat apa nak marah. Cuma terkejut j. Kalau setakat IE tu memang la, tapi auto dengan prose tak sangka pulak Asmaa' tak boleh score. Bawak nota kulu-kilir, tapi bacanya tak. Auto tu senang j kan."

Panjang penerangan mak. Dalam hati, aku rasa lega sangat sebab mak marah. Kakak-kakak yang lain bila dengar mak cakap pasal result cepat-cepat masuk bilik. "Ha, kenapa? Result dah keluar ke? Teruk sangat ke?". Diorang pun kalut-kalut dalam bilik duk tanya macam-macam. Bila dah tengok result, "Ya Allah, camne teruk sangat ni? Ni mesti sebab tak study ni. Takpe-takpe, degree nanti jadikan pengajaran", dan banyak lagi la. Aku tersenyum. Terasa lawak, aku relax j, diorang plak yang terlebih semangat. Hihihi. Takpe la, aku tau diorang sayang aku biarpun diorang tak pernah cakap.

Malam tu Alhamdulillah Allah izin aku dapat bersembang dengan mak dan kak Imah. Kak Imah cerita pasal dia nak bukak syarikat tuk buat sistem sebab baru-baru ni dia dapat siapkan sistem untuk Bahagian HEA KTD. Pastu mak reply,

Mak: "Ala, baru buat satu sistem, itu pun tak jadi betul lagi dah sibuk nak bukak syarikat. Tak payah. Cuba buat dulu sistem untuk KTD habis-habis. KTD ni perlukan banyak lagi sistem, untuk HEP, Library, Pentadbiran. Buat dulu yang kecil-kecil. Pastu nanti boleh la tandatangan perjanjian dengan KTD untuk maintainkan sistem-sistem tu. Insya Allah paling-paling kurang pun tambang pergi balik dari KB ke SA KTD akan bagi la."

Kak Imah: "Tambang j? Bayaran tuk harga sistem-sistem tu takde ke? Kawan Imah ari tu ada buat sistem tuk hotel, dapat RM 10,000. Dah la dia buat sorang. Software sistem kalo tengok kat pasaran sekarang semuanya puluh-puluh ribu."

Mak: "Ish, itu pun nak berkira. Keberkatan tu yang penting. Bukannya Imah buat tu sampai boleh rugi. Bukan rugi apa-apa pun. Cuma coding j yang kena buat. Bukan nak kena bayar pun untuk taip coding-coding tu. KTD ni zahirnya memang nampak takde duit. Gaji staff dan pensyarah rendah j sampai tahap cukai takde sorang pun yang kena bayar. KE tu berapa tahun tak dapat gaji. Tapi mak tengok, ramai j pensyarah yang baru sekejap kerja dah boleh buat kenduri. Cukup j duit diorang. Tak perlu gaji tinggi, syarikat besar, kalo ada keberkatan tu, dah memadai. Kita tak nampak keberkatan tu. Ada sorang ni, sepanjang dia kerja sehinggalah dia pencen, tak pernah sekalipun dia dinaikkan pangkat. Sedangkan kawan sekerja dia yang kuat mengampu banyak kali naik pangkat. Dia terasa seperti tidak adil. Tapi bila ditanya perihal kehidupan dia sekarang, macam mana anak-anak dia, dia jawab, Alhamdulillah anak-anak dia semua menjadi. Kerja baik-baik. Tak terasa susah. Semuanya cukup. Dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Itulah berkat. Mana yang kita nak, naik pangkat banyak kali tiba-tiba anak-anak sorang pun tak menjadi, ada yang mat rempit, ada yang menganggur, ataupun kita nak seperti hamba Allah yang tadi yang kehidupan dia biasa-biasa sahaja. Jangan dipandang harta tu sangat, kalau tak berkat, duit banyak sekalimana pun, tetap rasa macam tak cukup."

Panjang nasihat mak. Aku dan kak Imah senyap mendengar. Betul mak cakap, berkat dan redha Allah itu yang penting. Itu yang kena jaga.

1 comments:

    alhamdulillah...
    bila kita sentiasa selesa,allah bagi jugak peluang tuk kita gelisah....
    mabruk 'alaiki k.ma!!!
    nasihat ur mom utk semua...
    like2!!