dunia ladang akhirat

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Pukul 12 tengahari tadi, result rayuan kemasukan ke IPTA sesi Julai 2010/2011 dikeluarkan secara rasmi melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA, MOHE. Alhamdulillah, takde la susah sangat nak masuk macam masa result MUET keluar dulu. Loading berjam-jam tak boleh-boleh nak masuk gak. Alhamdulillah kali ni dipermudahkan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2010/2011."

Oh. Tak dapat. Takpe la. Apa ek yang sebenarnya saya rasa masa tu? Saya pun kurang pasti. Saya tersenyum. Lepas bagi tau dan minta pendapat Mak, cepat-cepat saya pergi jumpa Puan Esiana Nasri, Pengurus Hal Ehwal Akademik (HEA) KTD.

Saya : "Puan, ada dah ke orang yang apply jadi pembantu makmal elektronik?"
Pn Ac : "Setakat ni takde lagi."
Saya : "Oh, kalau macam tu saya ingat saya nak apply la."
Pn AC : "Buat la resume, pastu hantar kat Puan Malinda (Pengurus Pentadbiran)."
Saya : "Ok, insya Allah nanti saya submit."

Saya tanya Mak, macam mana nak buat resume. Maklumla, bab-bab buat ayat ni saya tak reti sangat. Lebih-lebih lagi bila nak kena cerita pasal diri sendiri. Lagi la saya sangkut. Mak suruh saya minta contoh resume dari Kak Ijah sebab Mak pun dah lama sangat-sangat tak buat resume.

Lepas dapat je contoh resume dari Kak Ijah, saya terus buat resume saya. Main hentam je. Disebabkan saya ni masih belum banyak pengalaman dan masih banyak yang saya tak tahu, jadi tak banyak yang nak ditulis. Pengakhirannya, resume saya cuma 2 muka surat sahaja.

Sejujurnya, memang saya sedih. Tapi saya tak nak amik kesah sangat. Saya tak nak sedih-sedih, saya nak jadi hambaNya yang bersyukur. Terima kasih la buat sahabat-sahabat yang melalui mereka Allah kuatkan lagi saya. Ada yang telifon, ada yang mesej, semuanya memberi kata-kata semangat dan dorongan. Alhamdulillah.

Saya melihat ini sebagai satu peluang, peluang untuk terus berada di KTD dan berbakti pada ibubapa. Itu yang saya harapkan sebelum ni dan itu lah yang Allah bagi. Alhamdulillah.Ya, memang saya juga mengharapkan untuk sambung belajar. Tetapi itu untuk kepuasan diri saya sendiri. Sedangkan, apa yang Allah bagi sekarang, insya Allah akan mengajar saya untuk terus memberi.

Mungkin ini suatu ujian, mungkin juga hukuman atau boleh jadi juga balasan dari Allah untuk saya. Wallahu a'alam. Cuma saya ingin melihat ia dari sudut positif. Saya ingin menganggapnya sebagai satu ujian. Kerana saya yakin, setiap saat kehidupan kita adalah ujian. Allah uji saya dengan apa yang pernah saya katakan sebelum ini.

Awak ingat lagi tak entry saya yang bertajuk "buat para pendokong dakwah dan tarbiyah"? Saya ada tulis, "Perlu diingat, dalam menuntut ilmu tiada istilah rugi. Kadang-kadang ada yang terasa rugi dari segi umur.", dan inilah yang saya rasa Allah tengah uji saya. Mengapa begitu? Sebab memang sebelum ni saya sangat-sangat berhajat nak sambung belajar. Kalau boleh saya nak belajar tinggi-tinggi, sampai peringkat PhD. dan lagi bagus kalau dapat Ir. juga.

Kalau saya dapat sambung belajar sekarang, insya Allah lagi 3 tahun saya akan dapat degree. Masa tu umur saya lebih kurang 24 tahun. Tapi, kalu saya kerja dulu setahun lepas tu baru sambung belajar, umur 25 tahun baru saya dapat degree. Saya akan lambat setahun daripada kawan-kawan seusia yang lain. Nak sambung Master lagi, lepas tu baru boleh amik PhD. Lama. Makan masa. Lambat-lambat nanti tua, lagi susah nak belajar. Nak berkeluarga lagi. Sebab itu secara logiknya, lagi cepat dapat ijazah lagi bagus.

Itu dulu. Sewaktu cita-cita saya tinggi melangit, tapi tiada penghujung. Saya tak nampak matlamat saya yang sebenar waktu tu. Alhamdulillah, sekarang sikit demi sikit Allah buka hati saya. Allah didik saya melalui mereka disekliling saya, untuk saya kembali padaNya. Untuk meyakini, dunia itu ladang akhirat. Buruk tanaman saya di dunia, buruklah kehidupan saya di akhirat nanti. Yang perlu saya buat sekarang ialah 'menanam' bukannya 'menghias' ladang dunia.

Saya yakin, selagi saya berusaha menggunakan masa yang saya ada sebaik mungkin mengikut undang-undang dan peraturan Allah, insya Allah saya takkan menyesal. Saya tak rasa yang saya akan 'rugi'. Saya yakin, sebab Allah dah janji dalam kitabNya,

أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ {38} وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ {39} وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ {40} ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ {41} وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الْمُنْتَهَىٰ {42} وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ {43} وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا {44}
"That no bearer of burden shall bear the burden of another (38) And that man shall have nothing but what he strives for (39) And that his striving shall soon be seen (40) Then shall he be rewarded for it with the fullest reward (41) And that to your Lord is the goal (42) And that He it is Who makes (men) laugh and makes (them) weep (43) And that He it is Who causes death and gives life (44)"

"(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);[38] Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; [39] Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;[41] Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);[42] Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;[43] Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan;[44]"

1 comments:

    Semek, Takde sapa pun antara kita bertiga lepasan KTD yg dapat masuk direct IPTA. Semua kena bercuti 6 bulan, berkhidmat kat KTD baru laa dapat sambung.