jom perbaiki ukhwah

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Apa khabar jasmani? Apa khabar rohani? Apa khabar iman? Apa khabar amal? Moga-moga semuanya berada dalam keadaan sihat, insya Allah. Awak dan saya, kita sama-sama manusia. Memang fitrah manusia, imannya naik dan turun. Kadang berdiri megah, kuat, kadang tersungur terduduk, lemah. Tiada siapa kita boleh persalahkan, kerana itu memang aturan Tuhan yang Maha Mengetahui.

Selalu sahaja kita mengharap agar ada sahabat disisi ketika kita jatuh, supaya ada tangan menghulur menarik kita berdiri kembali. Namun, ada masanya, ketika kita tersungkur tiada siapa memahami meskipun sahabat kita bukan satu atau dua tetapi ramai. Salahkah mereka jika tidak memahami situasi kita? Tidak. Mereka tidak bersalah. Yakinlah, itu aturan Allah. Mungkin kerana Dia mahu kita belajar untuk bangkit sendiri, kerana Dia lebih mengetahui, apa yang kita perlukan.

Setiap apa yang tersusun, belajarlah menerima ia dengan hati. Jangan kita rosakkan ikatan ukhwah, semata kerana tiada yang memahami. Tahukah kamu, siapa yang memberi faham itu? Bukankah Allah? Habis tu, kalau seandainya sahabat kita tidak mampu untuk memahami, adakah kita mahu memarahi Allah kerana tidak mengizinkan untuk sahabat kita faham? Adakah kita LAYAK untuk memarahi Allah tentang apa yang kita tidak tahu? Siapa kita? Jangan angkuh, kita hanya manusia yang hina, yang diciptakan dari setitis air mani seperti firmanNya di dalam kitab yang mulia, al-Quran.

أَوَلَمۡ يَرَ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَنَّا خَلَقۡنَـٰهُ مِن نُّطۡفَةٍ۬ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ۬ مُّبِينٌ۬

"Doth not man see that it is We Who created Him from sperm? Yet behold! He (stands forth) as an open adversary!" [QS 36:77]

"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)" [QS 36:77]


Sedarlah diri, sesungguhnya Allah ingin mendidikmu, menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, yang berterusan mengharap hanya pada redhaNya. Sifat marah itu perlu, tetapi jangan biarkan nafsu menguasainya. Perasaan 'terasa hati' itu dari Allah, tetapi jangan biarkan ia menguasai diri. Cukuplah itu semua sebagai pengajaran buat diri, bukannya sebagai perosak hati. Jom sama-sama kita lapangkan dada, tenangkan diri. Tak usah serabutkan hati dengan perkara-perkara remeh.

Sayang kita kepada sahabat biarlah kerana Allah, bukan kerana apa yang dia miliki dan siapa dia. Biarlah kasih kita membawa dia ke syurga bukannya ke neraka Allah. Jadilah sahabat yang baik terlebih dahulu sebelum mengharap untuk memiliki sahabat baik. Belajarlah mengasihi saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri.

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Nabi saw. bersabda: Salah satu di antara kalian tidak beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 64

Seandainya kita tak suka orang lain menyakitkan hati kita, maka kita terlebih dahulu perlu untuk tidak menyakitkan hati orang lain. Itu barula betul-betul kita mencintai saudara kita sebagaimana kita cintakan diri kita sendiri. Yela, bila kita sayangkan diri kita, kita tak nak perkara yang menyakitkan menimpa diri kita, begitula juga sahabat kita. Be wise, okay?

0 comments: