keseronokan itu seronok

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Oho, saya keletihan, tapi keseronokan juga. Alhamdulillah, baru sahaja dapat menjejakkan kaki di rumah, selepas keluar pi 'merendek' lebih kurang pukul 2.00 petang tadi. Mengantuknya. Tapi, hati terasa membuak-buak ingin bercerita, jadi saya tahan dulu mata saya dari terlelap. Sabar ye mata, jap lagi insya Allah kita tidur.

Apa yang saya ingin ceritakan ye? Saya pun sebenarnya kurang pasti nak mula dari mana. Banyak sangat cerita yang menarik (bagi saya) untuk diceritakan, dan banyak sangat yang Allah bagi kat saya hari ni yang saya nak kongsi dengan awak. Alhamdulillah. Subhanallah.

Tadi, Alhamdulillah diizinkan yang Maha Berkuasa untuk saya pergi menziarahi sahabat saya yang baru sahaja pulang bercuti dari Mesir, iaitu Asiah. Permulaannya, rambang mata saya untuk memilih, "Siapa la yang aku nak ajak pergi sekali? Kereta tu muat untuk 5 orang je termasuk aku. Tapi yang kenal Asiah kat KTD ni ramai la juga. Kalau ajak semua mesti tak muat." Risau, takut ada yang terasa hati bila tak diajak.

Saya cuba tanya seorang dua yang saya agak sangat-sangat teringin untuk jumpa dengan Asiah. Namun, respon mereka sangat-sangat di luar jangkaan dan pengiraan saya. "Takpela Asmaa', ko pergi je la. Aku segan la dengan dia." Pulak dah. Adei. Hampir semua yang menolak ajakan saya memberi alasan, 'segan'. Jadi, yang asal-asal seperti tak muat kereta, dah jadi sebaliknya. Apa nak buat, dah diorang 'segan'. Last-last yang pergi cuma 4 orang sahaja. Saya, Rabia, Aisyah dan Fathin. Alhamdulillah.

Bila dah jumpa sahabat baik yang setahun tak jumpa, faham-faham la kan. Bergegar rumah dia kami serang. Habis segala jenis cerita kami kongsikan. Perancangan awal ingatkan tak nak la duduk lama sangat. Yela, Asiah tu masih lagi tak hilang jetlag dia. Mesti letihkan. Tapi, lain pula yang jadinya. Dalam-dalam dok ajak balik, sambung lagi borak, sangkut sat. "Dah, dah. Jom balik". Tapi tak balik-balik juga. Asyik-asyik tersangkut je. Entah berapa kali dok "jom, jom" baru la 'ter'balik juga. Alhamdulillah.

Seperti biasa, saya selaku 'driver' perlu menghantar 'adik-adik' saya yang lain ni pulang ke tempat tinggal dengan selamat, insya Allah. Sepanjang perjalanan tu, saya tak pasti berapa kali dah saya 'ter'menguap. Uh, letih wei.

Lepas dah hantar mereka balik, saya 'ter'sangkut sekejap dekat Kolej Kediaman Tanjung Chat (KKTC). Ingatkan sekejap je, tapi 'ter'lama la pulak. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk stay kat KKTC lama sikit, so sempat la dengar kultum (kuliah 7 minit) yang disampaikan oleh Fatimah Hanisah sekejap. Best, best. Sangat-sangat best. Isi kultum tersebut nanti la saya kongsi kemudian insya Allah. Mata saya sekarang dah minta belas kasihan dah. Tolong ingatkan saya ye kalau saya 'ter'lupa.

0 comments: