saya sayang awak (yang lelaki jangan perasan)

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Oh tidak! Hati saya sudah di curi! Oleh siapa? Hahahaha, yang tu takleh bagi tau. Dah selalu sangat angau nih. Alhamdulillah la tidur masih lena (bukan setakat lena, memang tak sedar langsung dah), makan pun kenyang (jarang-jarang sekali lapar rasanya), mandi pun basah (sabun, syampu, berus gigi, semuanya lengkap), insya Allah cukup segala-galanya.

Kehidupan saya masih lagi seperti biasa. Cuma bila teringat tu, mula la 'terberangan' sekejap. Kadang-kadang tu geram gak dengan awak sebab buat 'dek' (buat tak tahu) je dekat saya. Tapi takpe, saya tak kesah. Sebab saya tahu, awak pun sayangkan saya kan? Hihihihi. Indahnya bercinta sampai ke syurga. Inila penyakit saya sebulan dua nih. Bila entah nak sembuh. Alhamdulillah la masih terkawal, tak main r cemburu-cemburu nih. Pe kelas jeles dengan sahabat sendiri.

Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, pernah sekali tu bergaduh dengan kawan baik sebab bengang dia rapat dengan orang lain. Mengadu dekat Mak, ingatkan Mak nak pujuk. Tiba-tiba Mak pi marah lak. Saya pun tak berapa ingat dah apa yang Mak marah. Mungkin Mak marah sebab perkara kecik macam tu pun nak terasa. Tapi lepas tu saya jadi serik nak mengadu dekat Mak, takut kena marah lagi. Kalau gaduh dengan kawan ke saya senyap je, simpan sorang-sorang.

Bila dah besar sekarang, baru saya faham. Betul la Mak marah saya dulu, walaupun lepas tu saya kuat berahsia, tapi saya tak rasa itu salah. Nyatanya, kesan marahan Mak itula yang banyak mendidik saya. Alhamdulillah. Saya harap, sepanjang saya berukhwah, saya dapat selamat dari serangan 'penyakit' ukhwah seperti selalu merajuk yang betul-betul merajuk (bukan saja-saja nak mengada), kerap terasa hati, tak mampu menerima kekurangan sahabat, sukar untuk bersangka baik, dan lain-lain lagi. Insya Allah.

Kini, Mak la yang paling bayak tahu rahsia saya terutama sekali berkaitan dengan ukhwah saya dengan sahabat-sahabat yang lain. Kadang-kadang tu bukan sengaja saya mahu bercerita (sebab dari kecik dah terbiasa untuk mendiamkan diri, memendam rasa), tapi Mak dapat tahu sendiri dengan hanya melihat dan memerhati. Lebih-lebih lagi Mak pun memang pensyarah kat KTD. Hari-hari nampak saya dengan sahabat-sahabat saya. Sepandai mana sekalipun saya sembunyikan isi hati saya, Mak tetap dapat baca. Subhanallah. Hati seorang ibu, sangat unik.

Kalau boleh saya nak hati saya biarlah seperti besi. Kental dan kuat, tetapi masih boleh dilentur dan dibentuk. Tak keras seperti batu, yang pecah bila diketuk, atau lembut seperti kapas, yang koyak bila ditarik. Seperti besi juga, saya mahu menjaga hati saya daripada berkarat. Besi, bila dah berkarat, susah nak hilangkan. Perlu direndam dalam larutan cuka dan garam terlebih dahulu. Maka hati pun begitu. Bezanya, 'bahan rendaman'. Hati perlu 'direndam' dengan campuran banyak mengingati mati dan membaca al-Quran, sebagaimana sabda Baginda s.a.w,

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran.”
Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Saya ingin berterusan merasai kemanisan ukhwah. Biarla saya 'angau' sekalipun bila teringatkan awak, tapi insya Allah ia tak mendatangkan dosa. Saya betul-betul sayangkan awak tau, jangan ingat saya main-main lak. Moga-moga semuanya kerana Allah.

1 comments:

    hu3....jelesnya....sapa la gerangan y talah mnambat hati asmaa' ni....bertuah sgguh....sedikit sadis la plak hati ni...he3...pa2 pun moga keberkatan ALLAH sentiasa mngiringi perjalanan hidup kita.....