surat cinta (1)

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ni saya nak tulis surat cinta. Surat cinta untuk siapa? Untuk awak la, untuk siapa lagi. Walau siapa pun awak, selagi awak adalah perempuan, saya sangat sayangkan awak. Saya yakin, insya Allah sayang saya kerana Allah. Tapi saya takut, saya risau seandainya kasih sayang saya ini dimanipulasikan oleh iblis laknatullah tanpa saya sedari. Jadi, kalau awak rasa saya salah, tolong la tegur saya dengan teguran yang terang, jelas, dan nyata supaya saya tak tersalah faham.

Macam mana ek saya boleh sayang awak? Saya pun kurang pasti. Yang saya tahu, hati ini tertarik dengan awak. Pantang terdengar atau terbaca tentang awak, terlihat kelibat awak, saya terus teringatkan awak, terindukan awak. Ish, ish, ish. Macam dah angau la pulak. Moga-moga saya dapat untuk mengingati dan merindui Allah lebih lagi. Insya Allah.

Awak, sebanyak mana pun saya sayangkan awak, tapi kalau awak tak sayangkan diri awak sendiri, tiada siapa boleh bantu awak. Awak nak tahu tak, bukan saya seorang je yang sayangkan awak, sahabat-sahabat saya pun ramai yang sayangkan awak. Jadi, kenapa awak bagi sayang awak tu dekat lelaki yang memang takde kaitan langsung dengan awak? Saya sedih sangat tau. Hari-hari hati saya menangis bila saya tahu awak 'lelong' sayang awak dengan kata-kata manis seorang lelaki. Jangan la macam tu, awak tak kesiankan saya ke?

Awak nak tahu tak, sebenarnya lelaki pun suka bergosip. Kadang-kadang tu lagi kuat daripada perempuan. Saya masih ingat satu cerita. Ada seorang perempuan naik bas, dia pakai baju yang sedikit jarang sehingga kelihatan bayang-bayang pakaian dalaman dia. Lelaki yang duduk dibelakang dia, cuma tersenyum. Bila perempuan tu turun sahaja dari bas, lelaki tersebut cepat-cepat berpindah tempat ke tempat kawannya yang di depan. Rupa-rupanya, dia pi cerita kat kawan dia pasal perempuan tadi. Tak tahannya, diorang siap tergelak sakan lagi. Ya Allah, malunya saya.

Itula lelaki kalau awak nak tahu. Cuba awak bayangkan, cerita-cerita yang awak cerita dekat dia, dia pi cerita kat kawan-kawan dia, lepas tu gelak-gelak. Awak cerita kat dia dengan penuh perasaan, siap nangis-ngangis lagi, tapi dia, entah-entah tengah tahan ketawa. Jangan awak gadai diri awak yang sangat saya sayang hanya kerana dia seorang lelaki. Kalau awak nak perhatian, kasih sayang, pujukan, datang lah dekat kami. Insya Allah kami akan beri semampu mungkin. Sesungguhnya kasih kami lebih bernilai sayangku.

Kalau awak betul sayangkan dia, seorang lelaki, ajak la dia bernikah. Tengok apa respon dia. Kalau betul dia sayang awak juga macam awak sayang dia, mesti masa tu juga dia sanggup pi jumpa mak ayah awak. Apa? Tak mampu lagi? Ooo, bawa anak dara orang pusing satu Malaysia mampu pula. Apa? Tak ready lagi? Ooo, dah tahu tak ready lagi buat ape nak menggatal dengan anak dara orang.

Awak, dengar la rintihan saya ni. Saya sayang awak sangat-sangat. Jadi, saya mohon sangat, jangan la awak campakkan diri awak dalam neraka Allah sesenang itu je. Awak sangat bernilai di hati saya. Kalau awak sakit, hati saya pun akan sakit. Sambutlah tangan yang saya hulurkan ini. Supaya kita sama-sama terselamat dari azab Allah yang maha menyakitkan, insya Allah.

0 comments: