belajar dengan seronok

Salam 'alaik

Alhamdulilla. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ni saya nak kongsikan 10 tip belajar dengann seronok yang diambil dan diedit dari sini. Moga-moga ianya bermanfaat untuk kita amalkan bersama. Sharing is caring =)

1. 'Be Passionate'
Mempunyai minat dan kemahuan yang sangat mendalam untuk belajar sesuatu yang baru. Bina minat dan keinginan tersebut sehingga kita benar-benar rasa seronok ketika belajar. Ya, seronok. Bukannya tertekan. Cuba fikirkan bagaimana untuk rasa seronok ketika belajar.

Macam mana saya boleh seronok ketika belajar subjek kejuruteraan walaupun ketika SPM dulu, saya bukan la pelajar Sains Tulen? Sebab saya suka matematik dan saya suka mengira, saya seronok berfikir secara logik.

Anda pula bagaimana? Apa minat anda? Gunakan ia sebagai peransang untuk seronok ketika belajar. Andai anda suka melukis, pandai melukis, kreatif, anda boleh transformasikan ayat-ayat dalam buku ke dalam bentuk gambar rajah ataupun peta minda. Bukankah ia akan jadi lebih menarik dan seronok?

2. 'Focus'
Pernahkah anda lihat bagaimana seorang pakar bedah mata menjalankan pembedahan mata dengan menggunakan cahaya laser? Bagaimana pula cahaya lampu di meja study kita tidak mampu memotong buku kita walaupun ianya juga cahaya? Perbezaan cahaya laser dan cahaya mentol biasa adalah, fokus!

Dengan hanya fokus di dalam kelas, kita akan menjimatkan banyak tenaga kita di rumah. Untuk mengetahui tahap fokus anda dalam kelas, buatlah eksperimen terhadap diri anda sendiri. Setiap kali keluar dari kelas, pastikan anda faham setiap apa yang diajar oleh cikgu atau pensyarah.

Bagaimana nak uji kefahaman anda? Mudah saja, jika anda mampu mengajar rakan anda tentang subjek itu, maka anda telah faham. Ingat, hafal tak sama dengan faham.

Survey umum terhadap pelajar-pelajar cemerlang mendapati, majoriti daripada meraka menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, dan memerlukan sedikit masa sahaja di rumah untuk mengulang kaji dan membuat latihan.

Cara mudah untuk belajar bagaiman nak fokus ialah, dengan kita melatih diri kita agar fokus ketika solat. Cuba untuk fokus agar benar-benar mengingati Allah ketika solat walau cuma seminit dua. Tapi kalau lagi lama boleh fokus lagi bagus.

Andai kita mampu untuk fokus dalam solat, insya Allah kita juga akan mampu untuk fokus di luar solat. Sebab tu, sepatutnya, apa yang kita dapat ketika solat itu yang kita bawa ke dalam kehidupan seharian, bukannya kehidupan seharian dibawa masuk ke dalam solat.

3. 'Plan Your Time'
Bukankah dunia itu jalan ke akhirat? Dan Allah menyuruh kita merancang apa yang akan kita persiapkan untuk hari esok. Kata kuncinya, rancang. Maka rancanglah masa anda dengan baik.

Sebagai orang Islam, kita mempunyai cara yang paling mudah untuk merancang masa. Jadikan solat 5 waktu itu sebagai asas perancang masa. Bahagikan masa kepada 5 bahagian mengikut waktu solat. Dari situ, buatlah jadual peribadi anda. Pastikan anda tahu apa yang akan anda lakukan setiap saat. Kerana jika anda tidak mengawal masa anda, masa akan mengawal anda!

Apa yang menakjubkan, selepas anda membuat jadual peribadi anda, anda akan dapati begitu banyak masa untuk anda study di samping melakukan pelbagai aktiviti extra-kurikulum. Cubalah!

4. 'PCR Technique'
‘Preview-Concentrate-Review’. Caranya mudah sahaja, malam sebelum kelas, ‘preview’ apa yang akan anda belajar pada esok hari, supaya anda mendapat gambaran kasar terhadap subjek tersebut dan kenalpasti apa yang anda tak faham.

Di dalam kelas, tugas anda hanyalah ‘concentrate’ terhadap apa yang diajar cikgu atau pensyarah, dan tanyakan soalan jika ada yang tidak faham. Pulang ke rumah, anda hanya perlu ‘review’ apa yang telah anda pelajari, dan insyaAllah maklumat itu akan melekat dalam kepala anda.

Bayangkan, ‘preview’ mengambil masa 30 minit, dan ‘review’ mengambil masa satu jam. Anda hanya menggunakan 1 jam setengah sahaja di rumah untuk belajar secara efektif. Sesungguhnya tiada jalan pintas dalam menuntut ilmu. Tetapi anda boleh menjadikan jalan anda mudah dan lancar dengan mengamalkan teknik semudah PCR.

5. 'Your Own Filing System'
Susun maklumat yang anda terima di dalam kepala anda dengan teratur. Be wise. Jangan campur adukkan maklumat-maklumat yang berbeza isinya. Bayangkan otak anda seperti desktop atau laptop.

Ada folder khas untuk persatuan, untuk akademik, untuk sahabat, untuk keluarga, dan lain-lain. Dalam folder persatuan, mungkin ada banyak folder-folder kecil seperti folder Majlis Perwakilan Pelajar dan folder Kelab Kejuruteraan. Dalam folder tersebut, ada maklumat-maklumat yang berkaitan.

Cuba susun folder akademik dalam otak anda seperti itu. Contoh la anda seorang pelajar SPM yang mengambil 11 mata pelajaran. Maknanya, dalam folder akademik sekurang-kurangnya kena ada 11 folder kecil bagi mewakili subjek-subjek yang anda ambil. Bila anda buka folder Additional Mathematics, ada folder Functions, Quadratic Equations, Indices and Logarithms, Differentiation etc di dalamnya.

Susun la fakta di dalam otak anda menggunakan sistem perfailan anda sendiri. Mungkin anda rasa ia sesuatu yang mustahil, tetapi sebenarnya tidak. Otak manusia berjuta-juta kali lebih hebat berbanding komputer. Cuba laksanakan ia dahulu, dan anda akan dapat rasakan betapa ia sebenarnya sangat membantu, insya Allah.

6. 'Be Smart, Think Creative'
Siapa kata belajar adalah kerja yang membosankan dan statik? Andalah yang berhak menentukan bagaimana anda belajar. Diantara kaedah menghafal adalah menggunakan ‘mnemonics’. Kaedah ini sesuai untuk menghafal point-point yang banyak seperti faktor-faktor.

Ada banyak cara lain lagi, seperti peta minda, imaginasi, reka cerita, menyanyi, rakam suara dan lain-lain. Maka, fikirlah secara kreatif untuk merasa seronok ketika belajar dan jadilah seorang yang bijak/smart.

7. 'Practice Makes Perfect'
Ayat yang selalu kita dengar, dan saya rasa tak perlu diterangkan lagi. Latihan, latihan dan latihan. Sangat-sangat penting. Kadang-kadang, bila kita asyik membaca sahaja, otak terasa jammed. Beku. Tepu. Kenapa? Sebab maklumat yang masuk banyak, tapi tak keluar-keluar. Semuanya tersumbat kat dalam. Cuba keluarkan ia melalui latihan. Tulis atas kertas. Kalau boleh dipraktikkan lagi bagus.

8. 'Put First Things First'
Patuhilah ‘priority’ yang telah anda tetapkan untuk diri anda sendiri. Jangan sesekali anda biarkan perkara-perkara sampingan lain mengganggu ‘priority’ utama anda. Kesilapan utama yang sering berlaku adalah, anda menangguhkan bisnes utama anda iaitu mengulang kaji pelajaran dan menunggu seminggu sebelum peperiksaan untuk membaca buku, dengan melakukan kerja-kerja sampingan lain terlebih dahulu. Lebih teruk lagi, jika perkara sampingan itu tidak membawa faedah langsung seperti bermain games.

9. 'Teach Others'
Tahukah anda, kajian menunjukkan, kita ingat :
10 % dari apa yang kita baca.
20 % dari apa yang kita dengar.
50 % dari apa yang kita dengar dan baca.
70 % dari apa yang kita bincang.
90 % dari apa yang kita buat.
100 % dari apa yang kita ajar.

Ajarlah sahabat yang lain kerana kebiasaanya kita akan berusaha memahami sesuatu tajuk itu sebelum mengajarnya. Di samping itu, kita juga membantu meningkatkan kefahaman rakan-rakan kita. Kan untung begitu?

Ada sesetengah orang bagi alasan bahawa dia tak pandai mengajar. Kalau tak buat, memang la tak pandai. Cuba buat dulu. Letak target, "selagi aku tak boleh mengajar selagi tu la aku tak faham sebenarnya". Usaha la untuk mengajar.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
[Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad]

10. 'Know Your Enemy'
Tips terakhir sebelum anda melangkah menuju kejayaan adalah, kenali dahulu musuh-musuh anda yang akan sentiasa menghalang anda daripada menuju jalan menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Siapakah musuh anda?

Mudah sahaja, L P D N!
L = Laziness
P = Procastination
D = Distraction
N = Negative thinking

Sekian sahaja sedikit tips yang mampu saya kongsikan. Semoga kita semua tergolong daripada golongan yang berjaya di dunia, dan lebih penting lagi diakhirat. Ingatlah, segala perbuatan dan usaha keras kita dalam belajar akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah dengan syarat niatnya ikhlas kerana Allah dan Islam.

Seeru ‘ala barakaatillah, selamat mencuba dan selamat berjaya!



-credit to whom may it belong-

0 comments: