hadiah untuk saya??! hahaha..

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ni, ada orang bagi saya hadiah, dan hadiah dia tu memang menyebabkan saya tergelak besar. Bukan berniat tuk menyinggung si pemberi, cuma, hadiah yang saya dapat tu sangat-sangat la comel dan cute.

Inilah kali pertama dalam hidup saya, saya dapat hadiah sebegini. Paling tak tahan sekalinya, bila dah tua-tua macam ni baru dapat. Itu yang tergelak besar tu. Tak sangka akan ada orang yang sanggup bagi saya hadiah ni. Memang betul-betul tak sangka. Warna biru muda pulak tu, lagi la sangat-sangat menarik perhatian.

Tapi, dia ada alasan yang tersendiri kenapa dia bagi hadiah ni, walaupun alasan dia tu pun turut membuatkan saya tersenyum dan tergelak. Sampai sekarang, bila terbayangkan hadiah ni, saya tak mampu nak tahan diri dari tersenyum ataupun tergelak sorang-sorang.

Awak nak tau saya dapat hadiah pe?
Jeng je jeng!



Tadaaa..



Cute tak? Geram saya tengok >.<

Dia cakap,
dia bagi saya bear sebab,

kalau saya geram sangat-sangat dengan dia,
sampai rasa macam nak pukul-pukul dia,
sila la pukul bear ni,
jangan pukul dia..

kalau saya bengang sangat-sangat dengan dia,
sampai saya rasa macam nak tinggalkan je dia,
sila la tinggalkan bear ni,
jangan tinggalkan dia..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Kepada dia:

Awak, awak..

Kenapa la awak bagi bear yang comey sangat nih?
Macam mana saya nak pukul bear nih?
Macam mana saya nak tinggalkan dia?
Teringatkan bear tu pun,
dah membuatkan saya tersenyum sorang..

Awak,
jangan la risau,

segeram-geram saya dengan awak,
sebengang-bengang saya terhadap awak,
takdenye sampai saya sanggup pukul betul-betul,
takdenye sampai saya tinggalkan awak betul-betul..

Saya dah cakapkan kat awak ari tuh,
selama mana saya hidup,
selagi saya tak hilang ingatan,
insya Allah,
saya takkan tinggalkan awak..

Sekali kita bersahabat,
selamanya kita tetap sahabat..

=)

Notahati 1: Mereka yang benar-benar kenal saya, biasanya akan terketawa bila tengok apa yang saya dapat. Sebab itu memang jauh lari dari diri saya yang sebenar. Tapi itu tak bermakna saya tak suka dengan hadiah ini. Sebetul-betulnya, saya sangat sukakan ia^^ No offense, okay :P
Notahati 2: Cute kan sahabat saya yang ni. Selamba je dia bagi saya teddy bear :D

3 comments:

    assalamualaikum.....

    putus usus kecil sy tengok hadiah ni...sooooooooooooo cuteeeeyyy.....

    [maaf ya pd pmberi,sy gelak xbmakna nk sakitkan hati sapa2...cuma xleh byangkan cmne k.ma deal ngn bear yg chumilll ni.....]

    wasalam

     

    Gagaga.. Tu la pasal~ Aku sendirik pun memang takleh nak bayang macam mana nak deal dengan bear yang overly cute neh..

     

    sy culik dia...he he he ..