liqa' warden ktd

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Pengerusi Majlis: Kak Husna
Penyampai: Kak Mumtazah
Tajuk: Taubat [tajuknya lain sikit sebenarnya, tapi saya tak ingat sebab macam panjang sangat]

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat [mencari ilmu pengetahuan atau berjihad], yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."
[QS 009:111 & 112]

Antara isi yang sempat saya hadam dan fahami sebaik mungkin hasil daripada liqa' warden yang serasa saya ini la pertama kali saya berkesempatan menghadirkan diri dengan izinnya, akan saya cuba untuk terjemahkan ia sedikit sebanyak ke dalam bentuk tulisan, insya Allah.

Secara kasarnya, taubat boleh diertikan sebagai mengembalikan diri kepada Allah dengan diiringi perasaan menyesal terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan. Tak kesah la samada dosa besar mahupun dosa kecil, tetap berusaha bersungguh-sungguh memohon ampun dariNya.

Ada 5 indikator, atau tanda-tanda bahawa kita sebenarnya sedang dipanggil oleh Allah agar kembali padaNya. 5 indikator ini digariskan oleh ulama' besar kalau tak silap saya. Saya tak ingat nama beliau apa. Siapa-siapa yang tau tu, boleh la kongsi ye.

1. Timbul perasaan sedih, rasa nak menangis secara tiba-tiba. Fikiran bercelaru mungkin.
2. Terasa berat dengan amalan seharian yang sebelum ni takde masalah pun nak buat. Tiba-tiba je rasa macam susah nak laksanakan.
3. Kekangan ekonomi. Dari Thauban RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seseorang insan terhalang dari mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.” [HR Ibn Majah]
4. Perubahan perilaku apa yang ada disekeliling kita. Contohnya, secara tiba-tiba, hari ni semua benda yang kita buat tak kena. Tayar kereta pancit, kena marah dengan bos, sahabat meragam, perut asyik memulas, dan lain-lain.
5. .................... [tak ingat =.=]

Ini la antara point yang penting bagi saya. Mungkin ada salah silap sikit, tapi saya harap, ia tidak menyebabkan apa yang cuba disampaikan oleh Kak Mumtazah tidak sampai. Apa yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Satu lagi yang saya belajar lewat kehadiran saya dalam liqa' ini ialah, kalau rasa diri masih belum mampu untuk menghafal seluruh ayat alQuran, sekurang-kurangnya cuba la untuk mengingati nama dan nombor surah. Contohnya, surah no. 2 ialah Surah alBaqarah, no. 3 alImran, no. 37 Yassin, dan lain-lain surah.

Siap buat kuiz lagi geng-geng usrah ni tadi. Kalau tak ingat, akan diberi hint supaya mudah untuk ingat. Contohnya surah nombor 29. Siap nyanyi lagu, "seekor labah-labah, cuba panjat perigi, bila hujan turun, ....... ". Kalau surah nombor 11 plak, disebut nama kaum bagi Rasul tersebut iaitu kaum Aad.

Ha, tau tak nombor 29 tu surah apa? nombor 11 lak? Kalau tak tau, jom sama-sama kita berkenalan dan hafal.

0 comments: