geram sih

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Oh, tiba-tiba saya kepanasan. Apa perlu saya buat supaya mereka faham dan mengerti, sesungguhnya saya amat memerlukan mereka untuk menutup mulut, mendiamkan diri. Belum puas lagikah bergosip selama 2 tahun? Kenapa masih mahu menambah dosa dalam keadaan Allah sudah menjauhkan jalan ke arah dosa tersebut? Saya sangat-sangat tidak faham.

Selama 2 tahun, saya "wat dono" je, buat tak tahu, buat tak endah. Sebab saya ingat mereka akan senyap bila saya dan mereka sama-sama dah tamat, dah tak jumpa. Tapi rupa-rupanya tidak. Makin hangat. Memang betul la, lelaki sebenarnya lagi kuat bergosip daripada perempuan. Habis satu Malaysia mereka jaja cerita yang terang lagi nyata kepalsuannya. Sampai ke Sabah mereka jaja. Sehingga saya yang tak tahu apa-apa terpinga-pinga bila 'diserang'.

Sudah-sudah la tu kamu menjaja cerita yang memang tak laku. Tak baik tau. Kamu sangat-sangat menyusahkan saya, dan kamu sebenarnya juga 'memurahkan' dia. Saya dah cakap dengan terang lagi nyata, saya tak suka apa yang kamu buat. Kamu tak faham-faham lagi ke? Dah-dah la tu. Saya letih. LETIH. Bagi la saya rehat.

Ye, saya perlu bersabar. Allah tengah uji saya. Moga saya mampu lepasi ujian ini dengan sebaik mungkin. Sejujurnya, saya tak pernah kesah apa yang orang nak kata pasal saya. Tapi kali ini saya sangat-sangat kesah, bila cerita mereka mengganggu hidup saya, masa depan saya. Mak saya pun terkejut bila tiba-tiba 'diserang' tentang persoalan yang tak pernah dia terfikir. Apakah maknanya itu?

Sebelum ni, bila saya 'diserang', saya cuba jelaskan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tapi, disaat cerita-cerita itu saya berjaya hilangkan dari fikiran saya, hadir manusia lain yang 'menyerang' saya. Dan kali ini, serangan mereka lebih hebat. Kalau dulu, ayat 'bunga-bunga', sekarang ayat direct to the point. Saya sangat geram. Kamu nak saya guna bahasa apa baru kamu faham?

Nampak gayanya saya masih belum cukup kebal kerana masih boleh di buat bahan 'mainan' oleh mereka-mereka. Asmaa', you have to become stronger, so that no one ever dare to play with your life. Auuummmmmm!! Ya, saya mula menjadi singa. Jadi, berhati-hati la anda supaya tidak 'digigit' saya.

surat cinta (1)

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ni saya nak tulis surat cinta. Surat cinta untuk siapa? Untuk awak la, untuk siapa lagi. Walau siapa pun awak, selagi awak adalah perempuan, saya sangat sayangkan awak. Saya yakin, insya Allah sayang saya kerana Allah. Tapi saya takut, saya risau seandainya kasih sayang saya ini dimanipulasikan oleh iblis laknatullah tanpa saya sedari. Jadi, kalau awak rasa saya salah, tolong la tegur saya dengan teguran yang terang, jelas, dan nyata supaya saya tak tersalah faham.

Macam mana ek saya boleh sayang awak? Saya pun kurang pasti. Yang saya tahu, hati ini tertarik dengan awak. Pantang terdengar atau terbaca tentang awak, terlihat kelibat awak, saya terus teringatkan awak, terindukan awak. Ish, ish, ish. Macam dah angau la pulak. Moga-moga saya dapat untuk mengingati dan merindui Allah lebih lagi. Insya Allah.

Awak, sebanyak mana pun saya sayangkan awak, tapi kalau awak tak sayangkan diri awak sendiri, tiada siapa boleh bantu awak. Awak nak tahu tak, bukan saya seorang je yang sayangkan awak, sahabat-sahabat saya pun ramai yang sayangkan awak. Jadi, kenapa awak bagi sayang awak tu dekat lelaki yang memang takde kaitan langsung dengan awak? Saya sedih sangat tau. Hari-hari hati saya menangis bila saya tahu awak 'lelong' sayang awak dengan kata-kata manis seorang lelaki. Jangan la macam tu, awak tak kesiankan saya ke?

Awak nak tahu tak, sebenarnya lelaki pun suka bergosip. Kadang-kadang tu lagi kuat daripada perempuan. Saya masih ingat satu cerita. Ada seorang perempuan naik bas, dia pakai baju yang sedikit jarang sehingga kelihatan bayang-bayang pakaian dalaman dia. Lelaki yang duduk dibelakang dia, cuma tersenyum. Bila perempuan tu turun sahaja dari bas, lelaki tersebut cepat-cepat berpindah tempat ke tempat kawannya yang di depan. Rupa-rupanya, dia pi cerita kat kawan dia pasal perempuan tadi. Tak tahannya, diorang siap tergelak sakan lagi. Ya Allah, malunya saya.

Itula lelaki kalau awak nak tahu. Cuba awak bayangkan, cerita-cerita yang awak cerita dekat dia, dia pi cerita kat kawan-kawan dia, lepas tu gelak-gelak. Awak cerita kat dia dengan penuh perasaan, siap nangis-ngangis lagi, tapi dia, entah-entah tengah tahan ketawa. Jangan awak gadai diri awak yang sangat saya sayang hanya kerana dia seorang lelaki. Kalau awak nak perhatian, kasih sayang, pujukan, datang lah dekat kami. Insya Allah kami akan beri semampu mungkin. Sesungguhnya kasih kami lebih bernilai sayangku.

Kalau awak betul sayangkan dia, seorang lelaki, ajak la dia bernikah. Tengok apa respon dia. Kalau betul dia sayang awak juga macam awak sayang dia, mesti masa tu juga dia sanggup pi jumpa mak ayah awak. Apa? Tak mampu lagi? Ooo, bawa anak dara orang pusing satu Malaysia mampu pula. Apa? Tak ready lagi? Ooo, dah tahu tak ready lagi buat ape nak menggatal dengan anak dara orang.

Awak, dengar la rintihan saya ni. Saya sayang awak sangat-sangat. Jadi, saya mohon sangat, jangan la awak campakkan diri awak dalam neraka Allah sesenang itu je. Awak sangat bernilai di hati saya. Kalau awak sakit, hati saya pun akan sakit. Sambutlah tangan yang saya hulurkan ini. Supaya kita sama-sama terselamat dari azab Allah yang maha menyakitkan, insya Allah.

muhasabah

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya jarang-jarang sangat ambil artikel dari laman web lain untuk diletakkan di dalam blog saya ini. Bukan kerana saya tidak suka membaca tulisan orang lain, tapi kalau boleh saya ingin blog saya ini dipenuhi dengan kisah hati saya, dipenuhi dengan cerita-cerita yang lahir dari hati saya. Bukan tidak pernah tersentuh dengan tulisan orang lain, cuma saya lebih suka menulisnya menggunakan ayat sendiri, mengikut apa yang saya faham, melalui hati saya. Blog ini adalah salah satu sumber muhasabah diri bagi saya. Ini lah salah satu dari cermin hidup saya. 10 tahun akan datang, 20 tahun, blog ini lah yang saya akan simpan sebagai diari hidup saya.

Tapi hari ni, saya teringin sangat berkongsi satu artikel yang sangat menarik dan menyentuh hati bagi saya. Dan, kali ni, saya rasa saya hanya mampu copy dan paste sahaja kerana ia adalah satu CERITA. Moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari kisah ini.


Kemuliaan diri kita terserlah apabila kita dekat dan hampir dengan Allah SWT

Sebuah Cebisan Kisah Nyata
Oleh :
BroHamzah

Alhamdulillah, kesyukuran terus dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kita semua pada hari ini untuk terus mengecapi kehidupan dunia dan menghirup udaranya yang segar dan nyaman.

Saya kini sedang membaca dan menghayati sebuah buku yang benar-benar menarik perhatian saya sejak mulai mendapat saranan daripada seorang teman agar membacanya. Buku kisah nyata yang ditulis oleh Dr Khalid Bin Abdul Aziz Al-Jubair, seorang doktor pakar dalam bidang pembedahan dan jantung dalam bukunya yang bertajuk : "Kesaksian seorang doctor mensucikan hati melalui kisah-kisah nyata." Pengalaman seorang doktor yang berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang menyentuh hati dan menghidupkan jiwa agar sentiasa kembali kepada Allah SWT. Semoga salah satu kisah yang dikongsikan oleh beliau ini benar-benar menggamit perasaan dan membangkitkan ruh kita dalam mengejar keredhaan Allah SWT.

Suatu hari, ada seorang wanita yang mengalami masalah jantung yang dibawa kepada kami. Setibanya di ruang ICU , denyutan jantung wanita tersebut terhenti lalu kami melakukan terapi kejutan jantung dan dua minit kemudian wanita tersebut membuka matanya.
Ia memandang kea rah langit lalu mengangkat tangannya sambil melantunkan bacaan, "Asyhadu allah ilaha illallah wa asyahadu anna Muhammad Rasulullah" – Aku bersaksi bahawa tiada Ilah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. - Lalu denyutan jantungnya berhenti lagi.

Maka kami melakukan rawatan kecemasan seperti sebelumnya beberapa kali, namun kami tidak berjaya. Ternyata ajalnya telah menjemputnya, dan ia meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Semoga Allah merahmati wanita itu dan juga merahmati kita semua.

Saya keluar daripada wad ICU untuk menemui suaminya dan menyampaikan berita sedih ini kepadanya. Setelah mengucapkan ta'ziyah, saya menceritakan kejadian-kejadian aneh yang terjadi kepada isterinya sebelum meninggal dunia, lalu saya menanyakan tentang amal perbuatan Isterinya di masa hidupnya.

Lelaki tersebut berkata : "Saudara tidak perlu kehairanan dengan apa yang saudara saksikan."

Saya bertanya : "Kenapa boleh berlaku begitu wahai saudaraku?"

Lalu Dia menjawab : "Sejak aku menikahinya tiga puluh lima tahun yang lalu, ia tidak pernah meninggalkan solat malam kecuali kerana halangan syar’i."

Semoga Ia berbahagia! Ia telah banyak mengingati Allah, maka Allah SWT mengingatinya untuk membaca syahadat diakhir hayatnya, dan ia pun menutup usianya dengan syahadah.

MasyaAllah.

Peringatan buat diri, lazimilah solat Tahajjud di sepertiga malam, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

saya suka dan ketawa

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tadi saya ada menerima mesej 'cinta' dari seorang sahabat tersayang. Setiap kali teringatkan mesej tu, saya tersenyum sendirian. Saya sangat-sangat gembira terutama sekali bila baca ayat terakhir sekali. "Saya sayang awak dan saya yakin awak pun sayang saya. Saya mahu awak selalu ada di sisi saya tapi saya lebih mahu dan sangat-sangat mahu kita bersama di syurga nanti". Moga Allah kira sayang kita ini sebagai ibadah.

Hari ni, dari pagi sampai la ke petang, sepanjang hari saya berada di KTD, bertau-talu saya diajukan dengan soalan yang bagi saya sangat pelik. Pertama kerana pemberi soalan itu bukanlah orang yang saya sangka-sangkakan. Dan kedua, ramai pula yang bertanya soalan yang sama. "Kak Asmaa', Asiah sampai hari ni kan?". Erk? Terkedu sat.

Aneh. Semua yang bertanya tu, saya rasa takde seorang pun yang pernah berjumpa atau bercakap dengan Asiah. Macam mana diorang boleh kenal Asiah? Dan macam mana diorang boleh tau saya rapat dengan Asiah? Banyak lagi persoalan yang tiimbul dalam fikiran saya. Subhanallah. Asiah, kuatnya la aura awak. Tak jejakkan pun lagi kaki kat bumi Malaysia, dah ramai yang bertanya. Orang yang tak pernah jumpa awak pulak tu.

Selepas soalan yang pertama saya jawap, mereka tanya soalan pelik yang kedua. "Kak Asmaa' tak pergi jemput dia kat airport ke?". Pulak dah. Adei. "Ler, pesal lak nak kena gi jemput? Family dia dah ramai dah tunggu kat airport tuh. Bagi la dia can nak bergembira dengan family dia dulu. Ish ish ish". Ke macam mana? Awak rasa saya salah ke?

Sangat-sangat lawak, bila saya sendiri tak berapa nak kesah, tapi orang lain, yang tak pernah jumpa dia, sangat-sangat ambil kesah. Nak kena didik lagi hati ni nampak gayanya supaya lebih mengambil kesah. Insya Allah. Apa-apa pun, Asiah, welcome back to bumi serambi Mekkah =)

lelaki dilarang baca, nanti tak pasal-pasal ada lak yang perasan...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ni saya rasa saya nak menulis dan terus menulis. Apa yang terlintas, itu la yang saya akan tuliskan. Moga-moga bermanfaat untuk awak insya Allah. Awak, tadi awak ada cakap kat saya, "semua manusia (baca: perempuan) ada perasaan cemburu, fitrah". Saya tahu itu sebab saya pun perempuan. Saya pun ada perasaan cemburu. Tapi setakat yang saya tahu, tiada orang lain tahu yang saya pun cemburu.

Saya rasa, kakak-kakak saya pun tak tahu. Sebab bila diorang duk membebel depan saya, saya hanya akan mendiamkan diri tanpa menjawab walau sepatah, buat muka tak bersalah. Sampai tahap kakak-kakak yang lain cakap, "tak payah ko susah-susah membebel dekat Asmaa' tu, buat habis air liur ko jer, komfem takde respon". Saya cuma tersenyum kerana malas untuk menjawab. Ye, MALAS.

Tapi saya rasa Mak saya tahu. Cuma Mak senyap jer sebab tu benda baik. Baik? Ha la, betul la baik. Memadai la cemburu itu hanya dalam hati. Masih terkawal. Biasanya yang tak terkawal ni jer yang terzahir. Ke macam mana? Entah la, lain orang lain pendapatnya. Saya cemburu bila lihat mereka dapat apa yang saya harapkan. Tapi mungkin sebab saya ni suka abaikan perkara yang remeh dan tak penting bagi saya, jadi perasaan tu hanya datang sepintas lalu. Alhamduliillah, Allah permudahkan.

Saya bukannya nak cerita berkenaan dengan perasaan cemburu yang saya miliki. Saya cuma nak awak tahu (baca: faham) bahawa saya juga ada perasaan cemburu. Kerana saya juga manusia biasa. Cuma yang saya tak faham adalah bila cemburu itu terzahir samada dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan. Maafkan saya kerana kurang memahami. Saya tahu, awak tahu saya sayang awak insya Allah kerana Allah. Saya tahu, awak tahu yang awak sebenarnya istimewa di hati saya. Jadi, jangan risau.

Ye, saya akan menulis lagi..