saya tetap saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله


Menjadi Diriku - EdCoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku...

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *

-------------END-------------

ya,
saya cuba menjadi saya,
tak kira di mana berada
dengan siapa saya bersama

tidak terniat
walau seketika
untuk menipu diri
mahupun mereka

hipokrit
penipu

sungguh tajam kata-kata itu...

maaf andai ada yang terluka
andai ada yang terasa
dengan apa yang pernah saya lakukan,
atau perkatakan
hingga kamu tidak mampu lagi bersabar...

maaf

kiranya saya tak dapat menyenangkan kamu
izinkan saya untuk tidak menyusahkan kamu

i'm not giving up,
and never will insya Allah
i just need a break

.:on hiatus:.

taubat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

Taubat. Apa yang kita faham tentang taubat? Adakah hanya dengan mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kita sudah dikira bertaubat? Adakah dengan menyebut 'astaghfirullah waatu bu ilaih' semata kita dianggap sudah bertaubat? Nyatanya taubat tidak semudah dan semurah itu andai ia tidak hadir dari hati. Jangan diperkecilkan kesan taubat yang benar-benar hadir dari hati.

Saya bukan la seorang yang arif perihal taubat, saya bukan juga ustazah yang tinggi ilmu agamanya. Saya hanya manusia biasa yang ingin berkongsi rasa. Semalam, Alhamdulillah Allah izin untuk saya bertemu dengan murabbi saya setelah sekian lama tak bersua muka.

Sejak mula bekerja, jarang-jarang sekali hati saya dapat makanan yang berkhasiat. Dan kalau dapat sekalipun, tak konsisten. Maka iman saya pun lebih kerap turun berbanding naik. Alhamdulillah, pertemuan semalam dengan Puan Mai memberi saya peluang untuk mengecas kembali bateri iman.

Banyak yang Puan Mai kongsikan, tapi kali ini saya nak sentuh perihal taubat kerana perkara ini la yang paling kuat mencengkam hati saya. Allah izin pula, 2,3 minggu kebelakangan ini memang hidup saya banyak berkait dengan perkataan taubat. Memang Allah nak tegur agaknya.

Taubat mungkin mudah untuk diungkapkan. Tetapi, untuk benar-benar merasainya dengan hati, sukar, terutama bagi hati yang mati. Maka ia perlu dipaksa kerana nafsu yang liar akan sentiasa menidakkan tindakan iman. Jalan menuju taubat bermula dengan langkah penyesalan terhadap dosa.

Andai tidak mampu untuk merasai, dosa itu satu dosa sedang kita tahu ia adalah dosa, perlu dipaksa hati untuk mengerti. Sentiasa beritahu hati, yang dosa tetap dosa. Perlu dipaksa dan dipaksa, sehingga la perasaan berdosa itu mencengkam hati, membuatkan dada kita terasa sempit. Di situ la bermulanya penyesalan terhadap dosa.

Namun, kadang-kadang kita keliru. Benarkah satu-satu perkara itu dosa. Keliru. Hati seperti terbelah dua, satu berbisik mengatakan ia dosa, satu lagi mengatakan tidak dan meminta bukti andai benar ia satu dosa. Biasanya kalau benar apa yang dilakukan itu satu dosa, bukannya tiada bukti, cuma hati dikaburi dengan bisikan iblis mengatakan yang dosa itu bukan dosa.

Beribu-ribu tahun yang lalu, baginda Nabi Muhammad SAW sudah pun meninggalkan peringatan buat kita tentang apa itu dosa. Jadi, setiap apa yang kita lakukan, recheck kembali, adakah ia satu dosa atau tidak.

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda, ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
(HR Muslim)

Bertaubat la sentiasa, kerana kita hanya manusia biasa, yang pasti sentiasa berdosa. Moga dengan taubat yang sebenar-benar taubat itu, akan hadir ketenangan yang tidak berbelah bahagi, memadamkan keresahan di lubuk sanubari. Kembali kepada Allah adalah sebaik-baik jalan.

Rasai la taubat dengan hati, bukan hanya dengan fizikal atau pun bibir sahaja. Istighfar la melalui hati, solat sunat taubat la disertai dengan kehadiran hati. Segala-galanya perlu dari hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
(HR Bukhari dan Muslim)

hujung minggu

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Insya Allah, dalam pukul 10 pagi esok, saya dan beberapa staf & student KTD lain akan bertolak ke Pahang untuk menghadiri program bersama calon SPM 2010 sebagai fasilitator. Kami akan berada di sana sehingga hari Ahad insya Allah.

Mungkin sepanjang 3 hari di sana, saya akan terputus hubungan daripada dunia siber. Jadi, nampak gayanya blog ni pun akan 'kosong' buat seketika. Takpe la, bagus gak. Kalau tak tu hari-hari duk update. Dah la lebih banyak merapu daripada memberi input, memang kurang bagus.

Apa-apa pun, saya mohon dari kalian semua, tolong doakan kami agar selamat pergi, selamat tiba dan selamat kembali. Doakan juga agar kami mampu untuk mengikhlaskan diri kerana Allah, mampu untuk memberi sebaik mungkin, mampu menunjukkan qudwah hasanah, mampu meletakkan kebergantungan hanya padaNya dan mampu istiqomah dalam beribadah. Tolong doakan kami ya.

Sebenarnya banyak perancangan saya hujung minggu ni. Kalau la Allah izin untuk saya bahagikan badan saya ni kepada 3, dah lama saya buat. Satu untuk ikut program Kem Kepimpinan anjuran HEP KTD di Sri Pantai, Bachok sebagai peserta. Kedua, program yang kat Pahang tadi. Ketiga, siapkan projek untuk pertandingan reka cipta dan pergi jalan-jalan ziarah sahabat.

Memandangkan saya hanyalah manusia biasa, bukannya alien, terpaksa la saya membuat pilihan yang sangat sukar antara ketiga-tiga tersebut. Teringin sangat nak jadi peserta. Fasilitator pula tak cukup orang. Projek tak nampak rupa bentuk lagi.

Maka, setelah dipertimbangkan ketiga-tiga perkara tersebut, muktamad la keputusan saya untuk menjadi seorang fasilitator pada hujung minggu ini. Bukannya peserta mahupun penyelia. Moga saya mampu untuk menjadikan pilihan ini sebagai pilihan yang terbaik, insya Allah.

♥ALLAH didahulukan, keredhaanNya diutamakan♥
[curi kat wall facebook cinta hati saya^^]
1 Aqidah [^_^]v

kerja saya ketika stressssss ^_^

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

stresss??
hehehehe.saya pun manusia biasa~
sejak akhir-akhir ni,
cara saya release tension ialah dengan meng'edit' gambar.
[insya Allah ia pilihan kedua selepas kembali kepada Allah^^]

dan inilah hasilnya.
ya, saya tahu saya takde seni.
tak cantik.
tapi tak mengapa,
selagi ia bukanla perkara yang Allah tak suka..





p/s: sila jangan DENGKI/CEMBURU/JELES ye ^_^

masa untuk muhasabah

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

blog walking di pagi hari..
tiba-tiba Allah izin,
saya terjumpa sesuatu..
dan sesuatu itu menyebabkan saya tersentak
"Erkk, entah-entah aku.."

apakah??


ini........


[sila baca dengan niat untuk muhasabah diri ye, bukan untuk menunding jari pada manusia lain ^^]




Fenomena Riya dan Sum’ah dalam kehidupan seharian...

(adakah kita dikalangan mereka ini....???)



1. Solat sunat depan orang. Dekat rumah tak buat.
2. Pakai elok untuk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar je.
3. Tak makan banyak depan orang. Ketika sorang-sorang makan banyak.
4. Berasa seronok bila dipuji amalannya.
5. Menceritakan amalannya kepada manusia.
6. Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
7. Menggelokkan bacaan didepan orang. Masa sorang-sorang baca laju kemain.
8. Akhlak yang bagus dan manisss depan orang. Masa dekat rumah, hampehh.
9. Tulis kat blog, status ym, facebook atau mana-mana yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal-amal Islam yang lain dengan niat inginkan perhatian, mahu dipuji.
10. Berpersatuan atau berparti kerna nak pujian dan jawatan. Bila tak dapat mula la merajuk atau lemah semangat.


Ya, kita sering tak perasaan perbuatan dan kebaikan yang kita lakukan sehari-hari itu belum tentu ikhlas dan dipandang oleh Allah. Apa yang penting betulkan niat dari sekarang moga Allah terima ibadah kita...

Hanya kita & DIA sahaja tahu apa yang ada dibenak hati kita....
& sungguh, Allah tidak melihat rupa kita, harta kita, tapi yang dilihat adalah HATI & AMAL kita...

"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu, dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah akan perintah-perintahNya, dan belanjakanlah hartamu serta buatlah kebajikan.."
[QS At-taghaabun:16]



Muhasabah time~