Expo Cheng Ho 2010: Extra

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

Hahahaha.. Bangga siket MMP~


Replika perancangan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh dengan 'model' tak rasmi, Cik Aqilah Uzihan. Selamba je dia letak tangan kat situ. Padahal ada tulis "Jangan Sentuh".


Mula-mula ingat nak amik gambar dengan sukarelawan muslimah yang comey-comey. Tapi Cik Aqilah Uzihan kita ni malu-malu kucing plak.


Antara pameran lukisan pelukis dari Negara China. International gitu~


Ini dia antara pelukis dari China yang sertai sama Cheng Ho Expo 2010. Sangat kreatif.

Expo Cheng Ho 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

Saya suka tema untuk Expo Cheng Ho 2010 ni: Friendship & Prosperity.

List program-program menarik sepanjang expo ini. Memang seronok sangat. Pergi sekali je tak cukup, kena gi banyak kali. Setakat ni saya dah gi 2 kali, tapi mungkin akan pergi lagi sebab ada kawasan-kawasan yang masih belum dijelajah.


Pameran al-Quran terpanjang dan al-Quran termahal dari China di tingkat 4 bangunan Kelantan Trade Centre (KTC). Muzium Sejarah Kegemilangan Pelayaran Laksamana Cheng Ho juga diadakan ditingkat yang sama. Tak sempat nak gi tengok lagi yang ni. Gambar ni pun amik yang orang lain punya.

Persembagan Akrobatik dari pemegang rekod dunia pejalan kaki di atas tali, Ahdili Wuxor. Tiket remaja hanya untuk mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun sahaja ye. Aqilah Uzihan sibuk dok berangan nak jadi remaja balik. Maklum la, tiket murah lagi.


Persembahan Kung Fu Shaolin. Dorang buat 3 persembahan. Persembahan pertama dan kedua tu sedikit boring bagi mereka yang tak tau sangat pasal Kung Fu Shaolin seperti saya ni, sebab, mereka hanya buat pertunjukkan pencak sahaja. Takde lawan-lawan. Yang saya kenal plak cuma pencak ular je, lagi la sedikit bosan.

Ada je MC yang perkenalkan tiap satu pencak yang mereka tunjukkan, tapi saya tak dapat tangkap apa yang MC tu cakap sebab dia cakap pelat. Dia dari China, tapi pernah menetap di Kuala Lumpur selama 5 tahun, boleh la cakap Bahasa Malaysia sikit-sikit.

Persembahan yang ketiga menarik sikit sebab ada pertunjukkan pecahkan papan, patahkan kayu dan pecahkan besi guna kepala. Besi betul tau. Lepas siap semua tu, urusetia ambik besi tu pi tunjuk kat Tok Guru, nak katanya, besi tu besi betul.


Ni persembahan dari Ahdili Wuxor. Menarik campur gerun. Seriau saya tengok. Kepada kanak-kanak yang pergi menonton, sila jangan tiru aksi beliau sesuka hati.


Peta kawasan untuk Cheng Ho Expo 2010. Luas weh. Khemah A, D dan E ada aircond, so takde r panas kan. Ditambah pula dengan barisan urusetia dan sukarelawan yang menutup aurat dengan baik terutama sekali para muslimah. Bersih mata memandang. Saya rasa, ini expo pertama yang saya hadir dalam keadaan seronok kerana Islam benar-benar diutamakan.


Alhamdulillah. Tak sangka dapat jumpa Tok Guru. Tak tahu pun yang Tok Guru akan datang. Tok Guru hadir bersama isterinya dengan diiringi oleh Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan dan lain-lain.


Yang berbaju hijau tu merupakan MC Bahasa Cina ketika Program Kebudayaan Islam. Dia berasal dari China tapi sekarang tengah menuntut di UKM. So, boleh la cakap Bahasa Malaysia sikit-sikit.

Apa yang paling saya suka masa program ni ialah, lelaki tak dibenarkan masuk. Hanya mereka yang berjantina perempuan sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Dewan Kelantan Trade Centre. Para penari dan penyanyi pula memang didatangkan khas dari Negara China.

Tiba-tiba saya rasa seperti saya berada di Kolej Teknologi Darulnaim ketika itu. Non-muslim pun ada hadir sama memeriahkan lagi program ni.


................................................................................................


Walaupun stadium dan dewan takde la penuh, tapi sambutan boleh dikira menggalakkan sebab pertunjukkan dan persembahan bukan hanya sekali sahaja dibuat. Bermula dari 21-26 November, hampir tiap-tiap hari ada pertunjukkan dan persembahan.

Bagi Persembahan Akrobatik, ada 2 kali sehari. Petang dan malam, kecuali pada 21, 25 dan 26. Untuk Program Kebudayaan Islam, diadakan setiap malam. So, boleh pilih masa bila-bila yang kita free.



Di sini saya sapat lihat, dan ia memang terbukti, Islam dapat menyatukan pelbagai bangsa.





I wish,
more people would come..
So they can see,
how beautiful
Islam is...



Gambar Tambahan:

Lambang kesatuan. India, Melayu dan Cina =)


Kalau awak perasaan, kelihatan Aqilah Uzihan tersenyum lebar dibelakang. Bangga uh dia boleh duduk 'sebelah' Tok Guru~


Sila perhatikan banner yang tergantung, ada tiga bendera di situ ye. Satu bendera Malaysia, lepas tu China, dan diikuti dengan bendera KELANTAN ^^

on hiatus

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

Seperti tajuk di atas,

I will be on hiatus
starting this entry
until...

'Allah knows when'

Why?
I need a break

From?
Everything

Something happen?
No, nothing happen

Then why?
Just need a BREAK

Tired?
Yes, sometimes

Give up?
No, never



Sekarang saya mengerti, kenapa Iman dan Islam itu dianggap sebagai anugerah paling berharga, nikmat terbesar dari Allah. Iman dan Islam. Ya, Iman dan Islam.

Sakit mendidik nafsu, perit menepis bisikan iblis, apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan ketenangan, kebahagian dan kegembiraan yang berpanjangan. Alhamdulillah.

Saya mula memahami
apa itu 'halawatul Iman',
kemanisan Iman..

Memahami,
belum tentu
saya merasainya
hanya memahami,
sedikit..

Moga Allah anugerahan kita
kesempatan dan peluang
untuk merasai
kemanisan Iman..



nota kaki: Selamat Hari TUA buat mereka yang rasa dirinya dah semakin tua. Biarkan semangat itu terus seperti orang muda, tapi izinkan pemikiran itu bertindak seperti orang tua. Matang dan berhikmah..

saya tetap saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله


Menjadi Diriku - EdCoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku...

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *

-------------END-------------

ya,
saya cuba menjadi saya,
tak kira di mana berada
dengan siapa saya bersama

tidak terniat
walau seketika
untuk menipu diri
mahupun mereka

hipokrit
penipu

sungguh tajam kata-kata itu...

maaf andai ada yang terluka
andai ada yang terasa
dengan apa yang pernah saya lakukan,
atau perkatakan
hingga kamu tidak mampu lagi bersabar...

maaf

kiranya saya tak dapat menyenangkan kamu
izinkan saya untuk tidak menyusahkan kamu

i'm not giving up,
and never will insya Allah
i just need a break

.:on hiatus:.

taubat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

Taubat. Apa yang kita faham tentang taubat? Adakah hanya dengan mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kita sudah dikira bertaubat? Adakah dengan menyebut 'astaghfirullah waatu bu ilaih' semata kita dianggap sudah bertaubat? Nyatanya taubat tidak semudah dan semurah itu andai ia tidak hadir dari hati. Jangan diperkecilkan kesan taubat yang benar-benar hadir dari hati.

Saya bukan la seorang yang arif perihal taubat, saya bukan juga ustazah yang tinggi ilmu agamanya. Saya hanya manusia biasa yang ingin berkongsi rasa. Semalam, Alhamdulillah Allah izin untuk saya bertemu dengan murabbi saya setelah sekian lama tak bersua muka.

Sejak mula bekerja, jarang-jarang sekali hati saya dapat makanan yang berkhasiat. Dan kalau dapat sekalipun, tak konsisten. Maka iman saya pun lebih kerap turun berbanding naik. Alhamdulillah, pertemuan semalam dengan Puan Mai memberi saya peluang untuk mengecas kembali bateri iman.

Banyak yang Puan Mai kongsikan, tapi kali ini saya nak sentuh perihal taubat kerana perkara ini la yang paling kuat mencengkam hati saya. Allah izin pula, 2,3 minggu kebelakangan ini memang hidup saya banyak berkait dengan perkataan taubat. Memang Allah nak tegur agaknya.

Taubat mungkin mudah untuk diungkapkan. Tetapi, untuk benar-benar merasainya dengan hati, sukar, terutama bagi hati yang mati. Maka ia perlu dipaksa kerana nafsu yang liar akan sentiasa menidakkan tindakan iman. Jalan menuju taubat bermula dengan langkah penyesalan terhadap dosa.

Andai tidak mampu untuk merasai, dosa itu satu dosa sedang kita tahu ia adalah dosa, perlu dipaksa hati untuk mengerti. Sentiasa beritahu hati, yang dosa tetap dosa. Perlu dipaksa dan dipaksa, sehingga la perasaan berdosa itu mencengkam hati, membuatkan dada kita terasa sempit. Di situ la bermulanya penyesalan terhadap dosa.

Namun, kadang-kadang kita keliru. Benarkah satu-satu perkara itu dosa. Keliru. Hati seperti terbelah dua, satu berbisik mengatakan ia dosa, satu lagi mengatakan tidak dan meminta bukti andai benar ia satu dosa. Biasanya kalau benar apa yang dilakukan itu satu dosa, bukannya tiada bukti, cuma hati dikaburi dengan bisikan iblis mengatakan yang dosa itu bukan dosa.

Beribu-ribu tahun yang lalu, baginda Nabi Muhammad SAW sudah pun meninggalkan peringatan buat kita tentang apa itu dosa. Jadi, setiap apa yang kita lakukan, recheck kembali, adakah ia satu dosa atau tidak.

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda, ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
(HR Muslim)

Bertaubat la sentiasa, kerana kita hanya manusia biasa, yang pasti sentiasa berdosa. Moga dengan taubat yang sebenar-benar taubat itu, akan hadir ketenangan yang tidak berbelah bahagi, memadamkan keresahan di lubuk sanubari. Kembali kepada Allah adalah sebaik-baik jalan.

Rasai la taubat dengan hati, bukan hanya dengan fizikal atau pun bibir sahaja. Istighfar la melalui hati, solat sunat taubat la disertai dengan kehadiran hati. Segala-galanya perlu dari hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
(HR Bukhari dan Muslim)