cerita saya hari ini

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ni saya nak buat kerja pelik sikit. Kalau awak pernah baca post saya sebelum ni, kalau awak memang kenal saya, ayat mula-mula lagi awak dah tahu apa yang pelik. Tiba-tiba teringin jadi budak baik sekejap. Jangan banyak tanya, kalau awak tanya nanti saya tak nak tulis dah mcam ni. Awak rasa saya mengada ke bila saya buat macam ni? Saya kesah apa. Bukan saya buat jahat pun.

Kenapa saya pelik hari ni? Mungkin sebab sepanjang hari ni saya rasa macam saya jumpa (baca: berkenalan) dengan manusia yang pelik-pelik. Mungkin bagi orang lain, itu adalah normal, tapi bagi saya sangat pelik. Dan kadang-kadang saya rasa semua manusia adalah pelik termasuk diri saya sendiri. Kenapa? Sebab memang tiada seorang pun kat muka bumi ni yang Allah ciptakan dia 100% sama dengan manusia lain tanpa perbezaan walaupun 0.000000000001%. TIADA. Subhanallah. Jadi, jangan rasa pelik kalau saya cakap awak ni aneh. Redha ye.

Saya pelik bila dengar cerita ada orang (baca: perempuan) terasa hati dengan perkara yang bagi saya sangatla remeh. Mereka kata, "biasala perempuan, hati tu lembut bak sutera". Habis tu, saya ni lelaki ke? Aneh. Yela (baca dengan nada pasrah ye), kami manusia yang berbeza. Berlapang dada, terima seadanya. Tapi yang mereka terasa tu dengan saya. Jadi, apa perlu saya buat? Fikir, fikir. Saya cuba untuk faham, tapi tak faham-faham juga. Macam mana ek? Ada siapa-siapa boleh tolong fahamkan saya?

Ada yang kata, saya ni hati batu (baca: besi). Keras (baca: kental dan boleh dilentur). Saya mengaku. Tapi yang anehnya, sekeras-keras hati saya, ada juga yang teringin untuk memiliki hati seperti hati saya, "saya nak hati macam Kak Asmaa' la". Hurmm, macam mana tu ye?

Saya berusaha melembutkan hati untuk lebih memahami apa yang mereka cerita perihal-perihal aneh tentang hati seorang perempuan, sedang ada yang cuba memiliki hati yang keras seperti saya. Pelik. Tak mengapa. Lumrah hidup memang begitu, saling melengkapi. Allah hadirkan awak untuk ajar saya bagaimana nak lembutkan hati dan mungkin begitu juga sebaliknya. Awak tanya saya, saya tanya awak. Alhamdulillah.

Allah izin, saya merupakan seorang yang lambat ingat dan cepat lupa terutama sekali perkara-perkara yang bagi saya "kecil punya hal la". Antara perkara yang saya susah nak ingat adalah nama orang. Bukan sebab saya rasa tak penting, tapi mungkin sebab ada-ada masa, dalam kepala dah berserabut dengan perkara-perkara yang lebih penting. Ini berlaku secara automatik ye. Bukan saya yang suruh, "ala, tak payah la ingat nama dia, bukan penting sangat pun". TIDAK SAMA SEKALI.

Ada seorang hamba Allah tu, bagi saya dia sedikit special (baca: pelik) dari yang lain. Sebab, dialah satu-satunya manusia yang pernah paksa saya untuk ingat nama dia. Pertama kali dia jumpa saya, dia bagi tau saya nama dia. Kali kedua dia jumpa saya, dia tanya saya, "Kak Asmaa' ingat tak saya?", dan paham-paham la, saya hanya mampu tersenyum dan menggeleng. Walaupun begitu, dia masih menghadiahkan senyuman untuk saya. Dia sebut lagi nama dia, siap bagi acronym lagi tu. Sungguh bersemangat. Ini yang buat saya tertarik dengan dia (You, jangan jeles-jeles).

Dan seterusnya, setiap kali dia terserempak dengan saya, dia akan ingatkan saya nama dia. Entah kali ke berapa dia ingatkan saya barula saya mampu untuk ingat. Itupun masih lagi ingat-ingat lupa. Alhamdulillah, sekarang saya mampu untuk ingat nama penuh dan ejaan nama dia. Saya sayang sahabat-sahabat saya, kerana itu saya cuba untuk ingat nama penuh dan ejaan nama mereka sekalipun lambat. Maaf sekiranya ada yang saya terlepas pandang.

Banyak sangat yang saya nak cerita. Tapi saya takut kalau tulisan saya menyakitkan hati ramai orang. Kenapa? Sebab saya ni jenis tak memahami. Ada seorang sahabat tu, bersemangat dia cerita kat saya supaya saya faham. Sampai termengah-mengah. Tapi saya tak faham-faham juga. Maafkan saya. Bila cakap pasal hati dan perasaan memang saya lambat faham. Akal saya masih belum mampu untuk capai lagi.

Saya sayang semua manusia yang hadir dalam hidup saya insya Allah kerana Allah. Sekalipun saya benci, saya hanya ingin benci dosa yang mereka lakukan. Cukuplah setakat itu. Cuba bayangkan, ada seorang hamba Allah ni join skim cepat kaya. Kita cuba nasihati dia dengan pelbagai cara. Tapi dia buat-buat tak faham atau mungkin memang tak faham-faham.

Bila tersingkap rupa sebenar skim cepat kaya tu baru la dia sedar. Dia hanya mampu menangis kesal. Kita sebagai seorang kawan, takkan la nak pi marah-marah dia, benci dia. Bukankah yang sepatutnya kita benci adalah skim cepat kaya tersebut? Dan dia seharusnya kita bantu semampu mungkin. Bukan begitukah?

ujian itu indah

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Pukul 1 pagi tadi, Alhamdulillah kami selamat sampai di Kolej Kediaman Tanjung Chat (KKTC), Kolej Teknologi Darulnaim dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) Mersing Johor. Sepatutnya sampai pukul 11 malam lagi, tapi disebabkan ada yang tiba-tiba teringin nak makan ikan bakar jadi kami singgah dulu makan. Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan semalam, sangat-sangat mengantuk dan letih. Mana taknya, malam sebelum tu tidur pukul 1 pagi dan kena bangun seawal 3 pagi sebab ada Qiamullai dan candle war bagi peserta Kem Kecemerlangan PMR SMSSI. Sebelum sampai Terengganu sempat la juga terlelap sekejap. Walaupun dalam keadaan yang kurang selesa, tapi kalau dah mengantuk tu kat mana-mana pun boleh tidur. Alhamdulillah, ini jalan yang kami pilih jadi kami akan cuba tuk laluinya dengan penuh rasa syukur insya Allah.

Selepas berhenti di sebuah masjid untuk solat Maghrib dan Isya', aku menerima sms yang mengejutkan dari Kak Imah. Katanya, Ayah accident. Terkedu sekejap. Cuba untuk bertenang. Aku sms dia semula minta penjelasan lanjut. Dia suruh aku buka Facebook Adik. Menggunakan kredit yang tak berapa nak ada, aku online guna handphone. Alhamdulillah la handphone ni ada GPRS. Buka Facebook, check status Adik.

"Berita mengejutkan. Ayah accident - kebakaran pg tadi, habis janggut, rambut, lengan, kaki. Berita lanjut kena tanya kak ijah, sebab kak ijah & abang hadi je yg ada kat umah masa tu. Adik n mak dah gi skolah n keje. Khabarnya belakang umah meletup kuat. Jiran2 seme jembe mai umah. Skang ayah ikut kak ijah & abg hadi g shah alam...."

Dapat la tangkap sikit-sikit apa yang berlaku. Aku cuba call Mak, tapi Mak tak angkat. Mak tengah solat rupa-rupanya. Mak sms aku tanya kenapa call. Aku cerita la kat mak sambil-sambil tanya detail apa yang berlaku (melalui sms ye). Mak suruh sambung kat Facebook. Senang nak cerita, tak payah ulang banyak-banyak kali. Semua boleh baca.

Hati masih rasa tak tenteram lagi. Mak pun tak boleh bagi detail masa tu sebab mak sendiri tak sempat jumpa ayah. Masa Mak sampai rumah dari pejabat, Ayah dah ikut Kak Ijah dan Abang Hadi ke Shah Alam. Tapi bila Mak check pakaian Ayah, Mak cakap takde kesan terbakar pun. Mungkin kena bahagian tangan dan kaki kot.

Memandangkan aku terpaksa online guna handphone, jadi aku takleh nak online lama-lama. Habis kredit nanti. Cuma sempat tau sikit-sikit j. Sepanjang perjalanan tu hanya mampu berdoa. Jasad dalam kereta, tapi kepala dan hati entah melayang ke mana entah. Moga Ayah cepat sembuh.

Pagi ni, bila dapat buka Facebook kat KTD baru la dapat tau detail. Alhamdulillah. Insya Allah kalau takde halangan hajatnya nak g Shah Alam minggu ni. Tapi tak bincang lagi dengan Mak. Tengok la macam mana nanti. Doakan kami. Moga ujian ini dapat mendekatkan lagi hati kami dengan yang Maha Pencipta.

Sedutan penting dari Facebook Adik :

Mak: "ayah bakar pokok tebu kat belakang, guna petrol, skali bila cmpk mancis je, api menyambar ke ayah. ayah kata dah dok jauh dah, tp kena gak, pastu meletup. ayahpun berlari masuk dapur, sapu telur, lepas tu g naik kat ats, sapu minyak habatus sauda. mc jah khabar (perasan/sedar) bila meletup la. dia kuar bilik tengok ayah dah lari naik atas"

Mak: "lepas tu jiran2 datang panggil ayah sbb api makin marak. ayah panik. buka paip airpun tak dpt, nak smbung getahpun tak masuk. hadi yg tolongkan. jiran2 sibuk nak panggil bomba tp api dah pdm. rupanya x berapa pdm btl2. ayah dah naik atas. tiba2 jiran sibuk panggil lagi sekali, sbb api naik semula sebelah pokok kelapa plak. dah kerja memadam kelam kabut lak lg skali."

Mak: "masa kak ijah nak gi KTD tu, ayah dah turun bawah tebang pokok nyor kat belakang umah. masa dlam kete, ayah citer pokok tu tumbang kat kawasan rumah sebelah. dah susah payah lak ayah gi bersihkan kawasn umah jiran tu. bayangkan dgan skit2 tu g angkat batng nyor tu lak. mak rasa ayah baru sakit urat tu."


.:M.A.S.I.R:.

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Selesai sudah Minggu Silaturrahim (MASIR) bagi menyambut pelajar-pelajar baru KTD yang bakal memegang bendera Tarbiyah dan Dakwah tidak lama lagi insya Allah. Majlis Perasmian Penutup yang baru sahaja berlalu sebentar tadi dirasmikan oleh YB Dato' Nik Muhammad Amar Nik Abdullah selaku Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, hati ini dilimpahkan dengan perasaan sayang oleh yang Maha Penyayang kepada adik-adik siswi. Sangat-sangat sayangkan mereka meskipun ramai yang aku tak kenal daripada kenal. Kebanyakan yang kenal pun, kenal muka sahaja tapi tak ingat nama. Maafkan diri ini yang serba lemah. Namun, sungguh, perasaan sayang itu ada di dalam hati ini.

Aku sangat-sangat mengharapkan, moga adik-adik semua dapat merasai apa yang aku rasa, apa yang aku dapat, apa yang Allah anugerahkan kepadaku sepanjang aku berada di KTD. Sungguh, bumi inilah yang Allah kenalkan aku dengan Tarbiyah dan Dakwah. Kerana itu, aku tak pernah segan mengaku bahawa KTD adalah Kolej Tarbiyah dan Dakwah. Kamu perlu berada di sini baru kamu dapat rasai apa yang kami rasa.

Puncak kegembiraan di hatiku adalah apabila melihat mereka sungguh supportive. Semua pelajar baru siswi dibahagikan kepada 5 kumpulan. Dan sepanjang 3 hari program induksi gabungan intake 1, 2, dan 3 berlangsung, tedapat beberapa pertandingan antara kumpulan diadakan. Antaranya, Mega Explorace, Kuiz Matematik, Pertandingan Tilawah dan Hafazan Quran, dan Malam Kebudayaan.

Sepanjang pertandingan berlangsung, aku dapat lihat sifat sesetengah mereka yang sangat supportive. Walapun kumpulan berbeza, mereka masih mengamalkan sikap tolong-menolong. Paling mengharukan aku, ketika pertandingan berlangsung pun, mereka masih boleh sokong-menyokong antara satu sama lain.

Masih segar diingatan, ketika Malam Kebudayaan, ada satu kumpulan yang membuat persembahan nasyid. Allah izin, vokalis kumpulan tersebut terlupa lirik nasyid yang didendangkan. Lebih menyedihkan, apabila part yang dia lupa adalah part solo. So, tiada back-up suara latar ahli kumpulan. Yang mengejutkan aku apabila para penonton yang terdiri dari ahli kumpulan lain bertindak menyanyikan nasyid itu bersama-sama untuk membantu vokalis tersebut. Masya Allah.

Melihat mereka, aku terasa tenang. Kerana aku yakin, diantara sesetengah mereka sudah wujud ikatan ukhwah fillah yang sebenar. Alhamdulillah. Inilah bakal-bakal pendokong gerakan Tarbiyah dan Dakwah di KTD. Sangat-sangat terasa sedih untuk meninggalkan KTD, tapi langkah perjuangan perlu diteruskan. Hajat sangat doa dari sahabiah sekalian. Moga Allah redha.

rasa hati

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Sedih. Sungguh terasa sedih. Melihat, membaca pertelingkahan sesama umat Islam, saling mengeji, saling mengkafirkan, saling menyumpah. Letih. Macam mana kita, umat Islam mahu mengalahkan tentera-tentera kafir sewaktu kita sendiri dalam keadaan berpecah-belah. Tak mengapa jika mempunyai pendapat yang berbeza, tapi kenapa perlu sampai bermusuhan? Betul-betul tak faham.

Aku tak banyak ilmu. Bila terdengar atau terbaca cerita-cerita berkenaan wahhabi atau pertelingkahan syiah dan sunni, aku hanya mampu terdiam. Sebab ilmu aku sangat-sangat cetek. Hanya mampu membuka mata dan telinga untuk membaca dan mendengar. Aku tak nak komen apa-apa, yang mana betul yang mana salah, aku tak tau. Allah dan Rasul lebih mengetahui. Cuma sedikit terkilan, bila perkataan yang digunakan seperti menadah dosa dengan tangan. Menggunakan pentas Islam, tapi kata-kata yang diutarakan tidak menggambarkan Islam.

Yang salah, memang perlu dibetulkan. Tapi, bukan dengan cara mengutuk, mengeji. Bukankah bermusyawarah itu lebih baik? Kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jangan kerana kita lihat kelemahan dalam diri mereka yang menyampaikan pendapat menyebabkan kita menolak pendapat mereka tanpa dipertimbangkan. Umpamanya, jangan kerana kita tengok kelemahan orang Islam menyebabkan kita membuat kesimpulan Islam itu buruk tanpa mendalami keindahan Islam yang sebenar.

Terkilan. Bukalah minda. Tengok dengan mata hati. Ketahuilah, kita akan kuat bila kita kembali kepada Allah dalam keadaan bersatu hati. Dari segi duniawi pun kita boleh tengok, kesatuan itu penting. Contohnya, FIFA baru-baru ni, Argentina dan Brazil kalah mengejut dengan German dan Belanda sedangkan kedua-dua pasukan tersebut mempunyai ramai pemain handalan seperti Kaka, Lionel Messi, Carlos Tevez, dan Robinho. Kegagalan mereka dikatakan berpunca daripada kurangnya kesatuan dalam kumpulan. Mereka lebih banyak bergantunng dengan keupayaan diri sendiri. Ambillah pertandingan ini sebagai satu pengajaran. Setiap apa yang berlaku, ada sesuatu yang Allah ingin didik kita sebenarnya. Rugi sekiranya hanya sekadar tengok untuk keseronokan dunia.

Janganlah kerana berbeza pendapat menyebabkan kita saling mengkafirkan sesama kita. Sebab tak semua benda kita tahu. Kita hanyalah insan yang kerdil, serba kekurangan. Perlunya kepada lengkap-melengkapi bukannya keji-mengeji. Maafkan diri yang kerdil ini seandainya aku salah. Jangan ambil satu sumber sahaja sebagai rujukan, sekurang-kurangnya perlu ada 2. Allah dah bagi contoh dengan adanya al-Quran dan as-Sunnah.

buka mata, buka hati, buka minda

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Pagi. Otak masih beku. Tak reti nak susun ayat. Tapi hati mebuak-buak ingin bercerita. Insya Allah, moga apa yang ditulis mampu untuk difahami dengan baik. Masa on the way ke KTD tadi, terasa bahang matahari pagi, lebih-lebih lagi bila aircond kereta rosak, so terpaksa la bukak tingkap.

Bila melihat cahaya Matahari, aku teringat sedikit sebanyak ilmu astronomi yang aku dapat sewaktu program di Machang sebelum ni. Kedudukan Matahari sangat jauh. Tapi bahang panasnya terasa sampai ke Bumi. Apa bukti kedudukan Matahari sangat jauh? Kita bermula dengan pergerakan cahaya yang sangat laju. Sekiranya kita ada sebiji kereta yang mempunyai kelajuan seperti kelajuan cahaya, kita boleh mengelilingi bumi sebanyak 7 kali dalam masa 1 saat dengan menggunakan kereta tersebut. Masya Allah.

Nak katanya,betapa jauhnya kedudukan Matahari tu dari Bumi, cahaya Matahari mengambil masa selama 8.333 minit untuk sampai ke Bumi. Maknanya, cahaya Matahari yang kita tengok sekarang ni adalah cahaya Matahari 8.333 minit (atau 8 minit 20 saat) yang lalu. So, bayangkanlah sendiri. 1 saat, sama dengan 7 kali keliling Bumi. 8.333 minit, berapa kali? Kira-kira 500 kali.

Bintang-bintang yang kita tengok malam-malam tu sebenarnya seperti Matahari. Cuma kedudukannya berada sangat-sangat jauh sebab itu lah cahayanya tak terang seperti matahari. Bintang paling dekat dengan Matahari berada kira-kira 4 tahun cahaya daripada matahari. Jadi, malam-malam, tengoklah bintang di langit. Kalau rasa macam takde kerja sangat, cuba la kira. Pastu, bayangkanlah sendiri, diluar sana, agak-agak seluas mana alam ini. Kalau ikut statistik yang diperolehi di sini, galaksi Bima Sakti mempunyai kira-kira 300 billion bintang.

Galaksi Bima Sakti dan kedudukan bintang yang bernama Matahari


Di luar dari galaksi Bima Sakti, terdapat banyak galaksi-galaksi yang lain. Sila rujuk di sini dan di sini. Sekiranya kita keluar dari galaksi-galaksi ini, dari jauh galaksi-galaksi ini kelihatan seperti bintang.

Galaksi-galaksi yang dilihat dari jauh (link)


Satu-satu galaksi sekurang-kurangnya mempunyai beberapa ratus billion bintang bagi galaksi kecil dan beberapa ribu billion bintang bagi galaksi raksasa. Rujuk di sini. Subhanallah. Itu baru yang manusia jumpa. Masih banyak lagi galaksi-galaksi yang belum ditemui. Terbayangkah kita, betapa luasnya alam ciptaanNya? Allahu Akbar.

Sedikit tambahan, di bawah ni adalah gambar matahari yang diambil dari jarak dekat oleh NASA. Kalau nak tengok video pun ada. Search j dekat youtube, insya Allah jumpa. Bayangkanlah, itu baru matahari, salah satu bintang ciptaanNya. Itupun Matahari cuma berada di kelas G, iaitu kelas ke-2 paling rendah suhunya diantara bintang-bintang lain. Suhu bagi bintang di kelas G cuma 5000-6000 C. Kelas tertinggi ialah kelas O yang suhu bintang-bintang kelas O adalah 25000 C ke atas. Untuk rujukan tambahan, boleh rujuk di sini. Itu bintang, bukan neraka lagi. Sama-sama kita insaf. Sesungguhnya janji Allah itu benar.



Link Tambahan