Showing posts with label hati ke hati. Show all posts
Showing posts with label hati ke hati. Show all posts

khas

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


entry blog kali ini
ditujukan khas buat:

Hasniah Binti Salehe
Selamat Hari Lahir

Moga,
hari-hari yang berlalu
diredhai Allah
manakala
hari-hari yang mendatang
dianugerahkan kekuatan untuk terus
memburu cintaNya

maaf atas segala silap dan salah
yang pernah saya lakukan
samada
secara sengaja mahupun tidak

maaf atas kekurangan diri ini
yang gagal menjadi sahabat yang baik
yang gagal menunjukkan qudwah hasanah
yang gagal menzahirkan isi hati
yang gagal menundukkan ego
yang gagal memahami
yang gagal mengerti tindak-tanduk

maaf atas segalanya


terima kasih
untuk huluran ukhwah ini
untuk tiap kesabaran yang cuba diusahakan
untuk tiap detik yang dilalui bersama
untuk kasih sayang yang tak terungkap
untuk rindu yang tak sudah
untuk perhatian yang diberi
untuk usaha memahami diri ini
untuk kelebihan yang ditumpang
untuk doa yang dihulurkan
untuk bantuan yang tak kenal masa

terima kasih

terima kasih

terima kasih

moga Allah redha



*saya wish besday budak ni dalam blog sebab ari tu dia wish besday saya dalam blog dia juga :P so, fair and square la kan ;) lalalala~

warkah terbuka dari seorang kakak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Kuhulurkan salam sayang buat semua adik-adik yang dikasihi Allah, semoga kita semua sentiasa berada dibawah naungan redhaNya. Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Adik-adik sayang, ingatlah, pergantungan hakiki hanyalah kepada Dia yang Maha Berkuasa. Jangan pernah kamu harapkan sesuatu daripada manusia, kerana kita semua serba kekurangan. Jangan juga kamu sandarkan harapan itu dibahu makhluk lain kerana,

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk."
-alBayyinah:007-


Dik, ingatlah kamu, kasih-sayang manusia hanya sementara. Janganlah kamu gadaikan cinta Allah semata-mata ingin mengejar keseronokan sesaat. Jangan biarkan dirimu leka dibuai nafsu. Bangunlah dari lenamu. Sampai bila kamu mahu selesa dibelai kasih-sayang manusia? Sampai bila kamu mahu menerima kebaikan dari orang lain tanpa kamu memberi kebaikan pada yang lain? Sampai bila kamu mahu bermanja-manja? Masyarakat perlukan kamu. Dunia perlukan kamu. Kamu adalah pejuang Allah. Kenapa lemah dengan kesenangan? Itu ujian untuk kamu hadapi, bukannya tempat untuk kamu beristirehat.

Syukuri dan hargai apa yang kamu miliki. Jangan meminta lebih, bila apa yang ada digenggaman masih bersisa. Sayang itu fitrahnya suci, jangan kamu kotori dengan nafsu. Apabila kamu mula menginginkan lebih daripada yang perlu, itu adalah nafsu. Apabila kamu mahu kebaikan itu hanya untukmu, itu nafsu. Apabila kamu menahan mereka daripada hak mereka untuk kepentingan kamu, itu juga nafsu. Apabila kamu dengki dengan apa yang mereka miliki, itu nafsu. Ingatlah,

Rasulullah saw. bersabda bermaksud:
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.
-Riwayat Hadith al-Bukhari-


Adikku sayang, kenapa perlu ada cemburu dalam berukhwah? Dimana nilainya ukhwah fillah? Bukankah persaudaraan sesama Islam perlu dikembangkan bukannya disimpan sebagai hak peribadi? Jangan kamu lupa, manusia yang kamu sayangi itu milik Allah. Allah boleh bagi bila-bila masa, dan Dia juga boleh ambil kembali tanpa meminta. Mereka adalah hak Allah, bukan hak kamu.

Berhenti menaburkan alasan sekalipun kamu rasa kamu benar, buka mindamu, hatimu, fikir-fikirkanlah. Bukan aku ingin mengaibkan sesiapa, ini cuma warkah tebuka. Insya Allah, moga beruntung bagi sesiapa yang cuba mendalami isinya.

Ya Rahim,
Kau ikatkanlah hati-hati kami ini
dengan ikatan kasih-sayang keranaMu,
janganlah kasih kami melampaui batas
sehingga merosakkan diri kami sendiri.
Ya Waduud,
berilah kami kekuatan
untuk mencintaiMu,
melebihi cinta kami
kepada makhluk-makhlukMu.
Ya Muhaimin,
janganlah kerana kekurangan dan kelemahan kami
menyebabkan kebaikan dan kebenaran
tidak dapat sampai kepada makhluk-makhlukMu yang lain.
Ya 'Azhiim,
Kau jauhkanlah kami dari menghampiri syirik, ya Allah.
jauhkanlah kami dari menghampiri zina, ya Allah.
jauhkanlah kami dari kemurkaanMu, ya Allah.
jauhkanlah kami dari laknatMu, ya Allah
jauhkanlah kami dari azab kuburMu, ya Allah.
jauhkanlah kami dari siksa api nerakaMu, ya Allah.
Ya Mumiitu,
Kau matikanlah kami dalam iman dan Islam,
matikanlah kami dalam keadaan
beriman dan bertakwa kepadaMu.

Amin ya Rabbal alamin...

ukhwah..

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Dapat lirik lagu ni (rasa-rasanya la lirik lagu, tak pasti la betul atau tak) dari seorang sahabat. Terkedu sekejap bila baca. Dia send kat email aku semalam, tapi baru hari ni aku terbaca. Either she really mean it or not I don't know. But I choose to trust her. Kepada 'dia', thanks a lot. You also mean a lot to me. Love and miss you always...


You’re my friend-
As anyone can see,
The best of the rest-
Most meaningful to me.

Although it’s quite a statement,
Well, it happens to be true,
The best friend I ever had,
I’m glad to say, is you!

You’re there if I should need you,
And you never turn away
I know I can depend on you,
At anytime of day.

We’ve had our ups and downs,
As everybody does,
But problems never last too long
With special friends like us.

You’re really a true friend,
And I wanted you to know
The caring for each other
Has helped our friendship grow.

We’ve been through some tough times,
Be we have made it through,
The only place I’ve landed trust
Is the trust I gave to you.

You’ve helped me with my anger,
You’ve chased away my fears,
You’ve helped me though some sadness
And dried up all my tears.

You stayed by my side
When the world had turned away
You helped me see the joy,
When the skies had all turned grey.

You have held my hand,
When you knew that I would fall
Every laugh and heartache
You were there through it all.

Some people have so many friends
With whom they spend their time,
But no-one has a best friend,
Who’s as wonderful as mine.

So thanks for always being there
Our friendship’s strong and true
And I just want to let you know
I’m always here for you...

M.A.R.A.H.

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Aku marah lagi. Entah kali ke berapa. Sedihkah dia? Telukakah dia? Terguriskah hatinya? Maafkan akak dik. Bukan sengaja aku ingin menyakiti hatinya, namun terkadang aku rasa, marah itu perlu untuk mendidik. Banyak keadaan, aku terima dirinya seadanya, kerana aku tahu aku juga memiliki kelemahan dan kekurangan sepertinya. Namun, kelemahan dan kekurangan itu bukan untuk disimpan rapi tapi ia adalah untuk ditukarkan atau ditransfomkan menjadi kelebihan dan kekuatan kita.

Kalau boleh, ingin sahaja aku sabar di atas segala kerenah dia, menerima semuanya dengan hati yang terbuka. Namun, itu bukanlah yang terbaik untuk dia. Dia takkan belajar memperbaiki diri seandainya tidak ditegur. Aku pernah cuba menegur cara baik, tapi tidak diendahkannya. Mungkin kerana dia menyangka yang aku bergurau. Aku cuba cara serius, dia sangka aku marah. Mungkin betul aku marah, tapi itu untuk kebaikan dia juga. Maafkan akak dik.

Ketahuilah, mereka yang benar-benar menyayangi kita adalah mereka yang sanggup memarahi kesalahan kita diwaktu teguran tidak lagi mempunyai nilai. Bukan kerana benci, tapi kerana sayang.

warkah kasih

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah yang telah menyusun dengan cantik setiap sesuatu mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Dia yang Maha Mengetahui, yang Maha Menyayangi, memberi ketika perlu, Alhamdulillah. Pernah seorang sahabat aku bagi tahu, "yang meninggalkan takkan merasai kesedihan seperti yang ditinggalkan meskipun perpisahan itu menyedihkan kedua-duanya". Kasih sudah beralih arah. Tanggungjawab sudah diserah. Yang tinggal cuma doa dan, ikatan UKHWAH.

Allah hadiahkan dia seorang teman hidup disaat hampir tiba waktunya untuk aku mengorak langkah lebih jauh. Masih teringat kata-katanya, "mungkin Allah izin saya kawin awal sebab Allah tahu saya tak kuat sendirian bila akak dah pergi nanti". Terkedu seketika. Aku bukan siapa-siapa. Tapi kasih dia terhadap diri ini, sungguh membuatkan aku kelu.

Disaat dia diijab kabul, sayu terasa. "Besar dah adik akak yang sorang ni" kata-kata inilah yang sering hati aku ulang-ulangkan. Banyak kali terimbau kenangan aku dan dia dulu. Sungguh, tak tersangka, kini dia sudah bergelar isteri. Terasa macam baru semalam sahaja dia menarik bajuku seperti si anak kecil. Bagai baru sahaja sebentar tadi dia mengadu, menangis dibahu ini. Cepatnya masa berlalu. Moga kebahagian sentiasa bersamamu dik.

Jangan disalah ertikan entry ini. Sayu, tapi tidak bermakna aku benci akan pernikahan dia. Aku gembira, kerana akhirnya dia berjaya melaksanakan salah satu dari sunnah Rasulullah SAW. Ini hanyalah cetusan hati seorang kakak buat adik tersayang, betapa dirimu begitu berharga buatku. Salam sayang dan rindu buatmu Nur Fathin Bt Muhamad Fadzil isteri kepada Ahmad Hafiz B Jaafar. Selamat membina baitul muslim.

diri ini bersalah terhadap dia seorang SAHABAT

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Dia sahabatku, sakit. Sungguh, ujian Allah mengikut kemampuan hambaNya. Betapa kuatnya dia, terkedu aku. Bibirnya tidak lekang mengingati Allah yang Esa, memohon keampunan di saat anggota tak mampu digerakkan hatta seinci. Tiada bunyi keluh-kesah. Yang ada hanya alunan zikrullah. Sayu.

Dulu lagi. Aku tahu dan mengerti. Sakitnya tak pernah berkurangan. Bahkan semakin teruk. Tapi tak tersangka, ia akan jadi seteruk ini. Atau mungkin aku yang buta, kerana tidak ingin melihat, mendengar isi hatinya. Seringkali aku, biarkan dia sendirian mengharungi cabaran hidup. Kerana aku yakin, dia mampu hidup berdikari. Menyebabkan, aku utamakan mereka sehingga terlupa akan dia. Dia hanya mendiamkan diri. Memberi ruang kepada aku untuk memperbaiki kelemahan diri.

Kesilapan ini, bukan yang pertama. Walau mangsanya berbeza. Betapa aku lalai untuk memikirkan natijah kejadian lalu. Allah menegurku sekali lagi melalui dia. Alhamdulillah.

Ya Allah, ampuni kami. Sue, maafkan aku...

selamat hari lahir sahabat

Salam 'alaik..

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

06 Mac 2010, genaplah dia berumur 21 tahun. Sahabat yang melalui dia Allah banyak mendidik aku. Maisarah Mohamed Rafie. Usia perkenalan kami tak lama. Baru 5 tahun. Kami juga bukanlah sahabat baik. Tapi kehadirannya, banyak membantu aku, mengajar aku. Allah, memberi apa yang aku perlu walau apa yang aku minta nyatanya bukan itu. Alhamdulillah.

Aku tak berapa ingat macam mana boleh kenal dia tapi kalau tak silap masa tu tingkatan 4. Aneh jugak sebenarnya sebab kelas kami berlainan dan seingat aku, masa tingkatan 3 aku langsung tak kenal dia. Tapi, perancangan Allah takkan pernah gagal. Tingkatan 5, ukhwah kami makin rapat mungkin kerana kami sama-sama berdiri di bawah unit yang sama iaitu Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya (UBKK). Meeting, program, banyak juga masa yang kami luangkan bersama.

Aku dulu tak aktif langsung dalam persatuan. Tapi bila diberi tanggungjawab dalam UBKK, aku perlu belajar dan dialah yang banyak membantu aku. Pernah suatu ketika, aku diberi tanggungjawab untuk menjadi pengarah program Minggu Mesra UBKK. Perancangan asal, program tersebut sepatutnya program kecil-kecilan sahaja. Entah macam mana, tiba-tiba program tu melibatkan seluruh pelajar MMP. Tekanan. Aku, yang tak pernah ada pengalaman apa-apa tiba-tiba kena jadi pengarah program besar. Alhamdulillah, Dia yang maha Mengatahui kemampuan diri ini menghadirkan Sarah sebagai Timb Pengarah. Betapa terasa ringan beban dibahu. Sarah betul-betul banyak membantu begitu juga dengan sahabat-sahabat lain, Yang, Shida, Aqilah.

Itu baru program, kerja-kerja aku yang lain pun Sarah banyak sangat tolong. Psycho al-Mukhtarif (PM) pun dia tolong walaupun dia adalah ketua aku. Banyak kenangan yang aku tak nak lupakan. Walaupun sekarang masing-masing sibuk dengan aktiviti-aktiviti di IPT tapi Alhamdulillah, ukhwah kami tak tergugat. Tak sempat nak call, kami sms. Walaupun hanya 2,3 sms sahaja yang dihantar, itu sudah cukup untuk mengubati rindu ini. Ukhwah fillah abadan abada.

jauh di mata
dekat di hati
tiada berita
tidak bermakna lupa
yakin
percaya
pengikat ukhwah
doa seiringan
mengiringi langkah
meski jalan berbeza
matlamat kita sama
selamat hari lahir
sahabat tercinta
terpisah di dunia
akhirat nanti
kita jumpa di syurgaNya
insya Allah