Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

bicara sang hati

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


apa khabar hati?
masihkah cinta itu untuk Ilahi?
atau sudah ditimbus tanah cinta duniawi?

apa khabar iman?
masihkah tetap teguh bertahan?
atau sudah runtuh akibat tusukan syaitan?

apa khabar persaudaraan?
masihkah bersisa kepedulian?
atau sudah hilang belas kasihan?

apa khabar kesatuan ummah?
masihkah berdiri utuh walau berbeza pendapat dan jemaah?
atau sudah roboh walau masih bersumberkan alQuran dan Sunnah?

. . . . . . . . . .

sedih bila melihat cinta dunia diutamakan
sedih bila melihat sang iblis dijadikan teman
sedih bila melihat persaudaraan dijadikan barang mainan
sedih bila melihat kesatuan ummah tenggelam dalam timbunan keegoan

mungkin kesedihan itu
sebenarnya ditujukan buat diri sendiri
mungkin apa yang dilihat itu
sebenarnya pantulan pada cermin diri



.:aku.si.hamba.berdosa:.

khas

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


entry blog kali ini
ditujukan khas buat:

Hasniah Binti Salehe
Selamat Hari Lahir

Moga,
hari-hari yang berlalu
diredhai Allah
manakala
hari-hari yang mendatang
dianugerahkan kekuatan untuk terus
memburu cintaNya

maaf atas segala silap dan salah
yang pernah saya lakukan
samada
secara sengaja mahupun tidak

maaf atas kekurangan diri ini
yang gagal menjadi sahabat yang baik
yang gagal menunjukkan qudwah hasanah
yang gagal menzahirkan isi hati
yang gagal menundukkan ego
yang gagal memahami
yang gagal mengerti tindak-tanduk

maaf atas segalanya


terima kasih
untuk huluran ukhwah ini
untuk tiap kesabaran yang cuba diusahakan
untuk tiap detik yang dilalui bersama
untuk kasih sayang yang tak terungkap
untuk rindu yang tak sudah
untuk perhatian yang diberi
untuk usaha memahami diri ini
untuk kelebihan yang ditumpang
untuk doa yang dihulurkan
untuk bantuan yang tak kenal masa

terima kasih

terima kasih

terima kasih

moga Allah redha



*saya wish besday budak ni dalam blog sebab ari tu dia wish besday saya dalam blog dia juga :P so, fair and square la kan ;) lalalala~

hati...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Dah lama blog ni kesunyian. Sebulan mendiamkan diri. Bukan tiada isi mahu diceritakan, bukan tiada berita yang mahu dikhabarkan. Banyak sangat yang ingin diluahkan. Semuanya terpendam di hati. Maaf buat sahabat-sahabat yang dikasihi, maaf seandainya ada yang terasa hati. Aku tidak pandai bercerita, aku tak pandai untuk berkongsi. Terkadang, ingin berkata-kata tapi semuanya hanya di hati. Tak terluah. Bukan ingin berpura-pura, tapi nyatanya aku juga manusia. Aku juga lemah. Jangan kau pandang aku tinggi, hatiku sakit, kerana nyatanya aku hina.

Final exam. Aku diamkan diri dari dunia siber. Cuba fokus. Walau kadang-kadang terlari dari landasan, aku cuba untuk kembali. Tamat sahaja subjek terakhir, aku bungkam. Perasaan kecewa muncul di hati. Sangat-sangat kecewa. Sungguh, aku tak boleh jawab. Daripada 4 subjek, hanya satu sahaja yang aku yakin. Aku tahu usaha aku kurang, dan aku yakin dengan janji-janji Allah,
"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya"
QS 053:039

Aku cuba mencari kembali semangat yang kian pudar. Aku kecewa, tapi aku tidak ingin begini selamanya. Salah sendiri, terima seadanya Asmaa'. Seminggu berlalu. Emosi kian terganggu. Hati makin jauh. Aku larikan diri. Aku menjauhkan diri dari realiti. Aku cuba berfantasi. Ingin menghilangkan segala resah di jiwa. Aku hilang punca. Aku tahu, ini ujian dariNya. Tapi aku tak tahu macam mana aku perlu hadapinya. Aku mendiamkan diri. Aku biarkan masa berlalu. Terasa rugi.

Minggu kedua, aku masih mencari. Akal mula membuka ruang tuk berbicara dengan hati,

Akal: "Macam mana la agaknya result nanti? Satu paper jer yang ok, itu pun 2 jam kredit. Yang 3 jam kredit semua hancur."
Hati: "Terima la seadanya. Itu yang kamu usaha, syukurlah. Tawakkal."
Akal: "Macam mana nak terima? Pertama kali result jatuh. Entah lepas entah tak nak sambung belajar nanti. Malu pun ye gak. Yang paling geram sekali, subjek IE, siap buat nota cantik-cantik lagi. Pertama kali tuh. Sebelum masuk dewan, memang yakin insya Allah boleh buat, walaupun tak semua, tapi paling kurang boleh la tembak. Tapi bila tengok soalan, ya Allah, geramnya la dengan pensyarah yang buat soalan tu. Putar belit betul soalan. Nak tembak jawapan pun tak boleh sebab pening dengan soalan. Dah la banyak maklumat yang tak cukup. Mana la tak tertekan."
Hati: "Maknanya kamu tak faham betul-betul lagi la tu. Kalau betul-betul faham, mesti boleh buat. Tak kisah la macam mana belit pun soalan tu. Cuba check balik, belajar kerana apa sebenarnya ni? Bukan kah niat asal kerana Allah, kerana kamu cintakan ilmu? Atau sebenarnya yang kamu inginkan adalah pandangan manusia?"
Akal: "..........................................Ya Allah. Aku lupa."
Hati: "Hati-hati dengan pujukan syaitan. Kadang-kadang tanpa disedari niat kamu terpesong. Ingatkan dah betul, tapi salah sebenarnya."

Dia ingin menegur. Agar hambaNya kembali membina rasa cinta kepadaNya dalam hati. Aku lupa, mungkin kerana aku lalai dan leka dengan kesenangan dunia. Ya Allah, ingatkan lah aku sentiasa bahawa Kau adalah tuhanku, dan aku adalah hambaMu. Ya Allah, yakinkan lah aku dengan seyakin-yakinnya bahawa kematian itu satu kepastian. Aku takut akan murkaMu mungkin kerana aku yakin bahawa murkaMu boleh menyebabkan aku hilang iman dan islam. Tapi aku risau, kenapa aku tidak takutkan mati? Aku tidak mampu untuk menangis pabila memikirkan tentang kematian. Adakah kerana hati aku sudah mati?

M.A.R.A.H.

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Aku marah lagi. Entah kali ke berapa. Sedihkah dia? Telukakah dia? Terguriskah hatinya? Maafkan akak dik. Bukan sengaja aku ingin menyakiti hatinya, namun terkadang aku rasa, marah itu perlu untuk mendidik. Banyak keadaan, aku terima dirinya seadanya, kerana aku tahu aku juga memiliki kelemahan dan kekurangan sepertinya. Namun, kelemahan dan kekurangan itu bukan untuk disimpan rapi tapi ia adalah untuk ditukarkan atau ditransfomkan menjadi kelebihan dan kekuatan kita.

Kalau boleh, ingin sahaja aku sabar di atas segala kerenah dia, menerima semuanya dengan hati yang terbuka. Namun, itu bukanlah yang terbaik untuk dia. Dia takkan belajar memperbaiki diri seandainya tidak ditegur. Aku pernah cuba menegur cara baik, tapi tidak diendahkannya. Mungkin kerana dia menyangka yang aku bergurau. Aku cuba cara serius, dia sangka aku marah. Mungkin betul aku marah, tapi itu untuk kebaikan dia juga. Maafkan akak dik.

Ketahuilah, mereka yang benar-benar menyayangi kita adalah mereka yang sanggup memarahi kesalahan kita diwaktu teguran tidak lagi mempunyai nilai. Bukan kerana benci, tapi kerana sayang.

warkah kasih

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah yang telah menyusun dengan cantik setiap sesuatu mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Dia yang Maha Mengetahui, yang Maha Menyayangi, memberi ketika perlu, Alhamdulillah. Pernah seorang sahabat aku bagi tahu, "yang meninggalkan takkan merasai kesedihan seperti yang ditinggalkan meskipun perpisahan itu menyedihkan kedua-duanya". Kasih sudah beralih arah. Tanggungjawab sudah diserah. Yang tinggal cuma doa dan, ikatan UKHWAH.

Allah hadiahkan dia seorang teman hidup disaat hampir tiba waktunya untuk aku mengorak langkah lebih jauh. Masih teringat kata-katanya, "mungkin Allah izin saya kawin awal sebab Allah tahu saya tak kuat sendirian bila akak dah pergi nanti". Terkedu seketika. Aku bukan siapa-siapa. Tapi kasih dia terhadap diri ini, sungguh membuatkan aku kelu.

Disaat dia diijab kabul, sayu terasa. "Besar dah adik akak yang sorang ni" kata-kata inilah yang sering hati aku ulang-ulangkan. Banyak kali terimbau kenangan aku dan dia dulu. Sungguh, tak tersangka, kini dia sudah bergelar isteri. Terasa macam baru semalam sahaja dia menarik bajuku seperti si anak kecil. Bagai baru sahaja sebentar tadi dia mengadu, menangis dibahu ini. Cepatnya masa berlalu. Moga kebahagian sentiasa bersamamu dik.

Jangan disalah ertikan entry ini. Sayu, tapi tidak bermakna aku benci akan pernikahan dia. Aku gembira, kerana akhirnya dia berjaya melaksanakan salah satu dari sunnah Rasulullah SAW. Ini hanyalah cetusan hati seorang kakak buat adik tersayang, betapa dirimu begitu berharga buatku. Salam sayang dan rindu buatmu Nur Fathin Bt Muhamad Fadzil isteri kepada Ahmad Hafiz B Jaafar. Selamat membina baitul muslim.

sekitar result SPM dan STAM MMP

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dapat mengekalkan kelulusan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak 100%. Alhamdulillah. Aku kurang ingat nama pelajar terbaik (Habibah Hanan kalau tak silap) tapi yang pasti dia dapat 15A. Samada seluruh Kelantan atau Malaysia atau peringkat sekolah sahaja kena tunggu berita malam ni. 15A sorang, 14A sorang, 13A sorang, 12A 9 orang, dan 11A 9 orang. Itu pun kalau telinga ini tak salah dengar la sebab bising sangat-sangat budak-budak dok bersorak.

Alhamdulillah, bagi keputusan STAM pula, 5 orang pelajar terbaik MMP kesemuanya dapat Mumtaz bagi kesepuluh-sepuluh subjek. Yang paling seronok sekali, bila salah seorang daripada mereka ialah Nur Hidayah Mohd. Zawawi. Ya Allah, bahagianya hati ini bila mendengar nama Hidayah disebut sebagai pelajar terbaik STAM. Syukur sangat. Aku cuma sahabat dia sahaja, tapi bila melihat kejayaannya, hati benar-benar gembira. Agak-agaknya macam mana la perasaan mak ayah dia ye?

Sebelum ni selalu sahaja dengar ceramah, bila kita berjaya, mak ayah akan rasa gembira. Mula-mula tu tahu, percaya tapi langsung tak memberi kesan di hati sebab perihal hati ni aku tak reti nak bayangkan. Nyatanya sekarang, walaupun Hidayah tu bukan anak aku, tapi kegembiraan di hati apabila melihat kejayaannya tak terkata. Mungkin itula penanga kasih sayang. Merasa bahagia bila orang yang tersayang bahagia. Jadi, apa la nak dibandingkan kasih sayang sahabat dengan kasih sayang seorang ibu. Dan, lagi la besar kasih sayang Allah yang Maha Penyayang.

Alhamdulillah...

diri ini bersalah terhadap dia seorang SAHABAT

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Dia sahabatku, sakit. Sungguh, ujian Allah mengikut kemampuan hambaNya. Betapa kuatnya dia, terkedu aku. Bibirnya tidak lekang mengingati Allah yang Esa, memohon keampunan di saat anggota tak mampu digerakkan hatta seinci. Tiada bunyi keluh-kesah. Yang ada hanya alunan zikrullah. Sayu.

Dulu lagi. Aku tahu dan mengerti. Sakitnya tak pernah berkurangan. Bahkan semakin teruk. Tapi tak tersangka, ia akan jadi seteruk ini. Atau mungkin aku yang buta, kerana tidak ingin melihat, mendengar isi hatinya. Seringkali aku, biarkan dia sendirian mengharungi cabaran hidup. Kerana aku yakin, dia mampu hidup berdikari. Menyebabkan, aku utamakan mereka sehingga terlupa akan dia. Dia hanya mendiamkan diri. Memberi ruang kepada aku untuk memperbaiki kelemahan diri.

Kesilapan ini, bukan yang pertama. Walau mangsanya berbeza. Betapa aku lalai untuk memikirkan natijah kejadian lalu. Allah menegurku sekali lagi melalui dia. Alhamdulillah.

Ya Allah, ampuni kami. Sue, maafkan aku...