pengajaran yang berharga..

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ni, 1 Rejab 1431. Terasa bahang Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi sewaktu bangun bersahur pagi tadi. Alhamdulillah, di atas kurnianNya untuk diri yang hina ini bagi merasai sapaan mesra bulan mulia dari kejauhan. Ini pertama kali dalam hidupku. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Hari ni juga, aku dapat tau Puan Esiana ada meeting senat kat UTM, KL. So, maknanya result keluar hari ni la. Lepas solat asar tadi, aku cuba call puan tanya result aku. Alhamdulillah,

IE: C+
Auto: C+
Proses: B+
Lab III: A
Instrument: A
GPA: 3.00
CPA: 3.66

Ayat pertama yang puan cakap sebelum dia bagi tau result, "Asmaa', macam mana result awak ni jatuh teruk? Walaupun masih lagi first class, tapi bagi saya menjunam la result awak ni. Letih ke apa? Semester terakhir tu." Aku hanya mampu tersenyum. Sebelum call tu memang dah prepare mental dan fizikal. Sebab sejak keluar dewan exam lagi aku dah agak result aku akan jatuh. So, memang dari awal aku tak letak pengharapan yang tinggi. Alhamdulillah, aku mampu untuk redha dan terima seadanya.

Betul la apa yang Puan Ac cakap tu. Memang result aku nampak sangat jatuh menjunam. Tengok la beza GPA dan CPA tu, 0.66. Besar. Letih? Letih yang macam mana tu yang puan maksudkan? Letih sebab dah 5 semester berturut-turut, atau 2 tahun 6 bulan, aku berusaha habis-habisan untuk memberi yang terbaik. Tiba-tiba semeter ke 6, seperti malas sudah mahu berusaha. Mungkin kerana letih.

Huhuhu. Sepatutnya dalam perjuangan, tiada istilah letih. Sekalipun letih, tidak berpanjangan. Tapi, bila aku muhasabah balik kehidupan aku pada semester lepas, memang, aku futur ketika itu. Banyak masa terluang yang tak digunakan sebaiknya. Banyak tidur, banyak makan. Sebab tu hati pun makin jauh dari Allah. Alhamdulillah, Dia yang Maha Penyayang masih sudi menegur hati ini untuk kembali bertaut di jalanNya.

Semester 1, GPA: 3.75, CPA: 3.75
Semester 2, GPA: 3.73, CPA: 3.74
Semester 3, GPA: 3.78, CPA: 3.76
Semester 4, GPA: 3.76, CPA: 3.76
Semester 5, GPA: 3.72, CPA: 3.75
Semester 6, GPA: 3.00, CPA: 3.66

...don't quit...


Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...



kasih...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Allah cipta manusia dengan pelbagai ragam perangai. Allah tetapkan manusia perlu hidup secara bermasyarakat. Kerana Dia Maha Mengetahui, manusia itu adalah makhluk yang serba lemah. Sekalipun Allah mahu kita hanya bergantung harap padaNya, Dia masih mahu kita belajar untuk bergaul dengan manusia lain. Kenapa? Kerana Dia mahu kita berusaha.

Ukhwah. Indahnya ukhwah bila kasih itu kerana Allah, kerana mengharapkan redhaNya. Hati yang keras, terasa lembut bila dicuit dengan perasaan sayang. Sahabat adalah anugerah terindah yang tak ternilai harganya. Biarpun tak bertemu, terpisah seribu batu, diam tanpa sapaan mesra, tapi hati, sangat terasa keterikatannya. Ada juga yang mengasihi tanpa dikenali. Tak pernah berjumpa, tak pernah berbicara, tapi hati terasa ingin mendekati hati itu. Kenapa? Kerana hebatnya hubungan pemilik hati itu dengan Tuhan yang Esa, menarikkan hati-hati yang ingin mengenali yang Maha Penyayang.

Kasih itu suci, sayang itu fitrah. Moga kedua-duanya tidak dicemari dengan sifat-sifat mazmumah. Moga kita mampu sekurang-kurangnya untuk mencapai tahap terendah dalam berukhwah iaitu husnu zhon. Ya Allah, ingatkanlah kami sentiasa, bahawa kami adalah hamba-hambaMu dan Engkau adalah tuhan kami.

...tinta...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Jauh...
Sempit...
Nafas terasa sesak...
Masihkah ada waktu?
Masihkah ada ruang?
Mencari-cari
Tapi kehilangan arah
Buta
Tuli
Bisu
Mahu menjerit
Tapi terperangkap
Dalam ruang ciptaan sendiri
Membutakan mata
Memekakkan telinga
Langsung mulut tidak mampu berbicara
Pilihan
Satu dalam dua
Bijak pandai
Tapi gagal
Apakah itu??
Rugi bila tak menghargai
Parah
Bila luka yang kecil
Diabaikan
Sinar cahaya
Kian malap
Jangan menunggu
Jangn biar selesa
Teruslah maju
Biapun merangkak

hati...

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Dah lama blog ni kesunyian. Sebulan mendiamkan diri. Bukan tiada isi mahu diceritakan, bukan tiada berita yang mahu dikhabarkan. Banyak sangat yang ingin diluahkan. Semuanya terpendam di hati. Maaf buat sahabat-sahabat yang dikasihi, maaf seandainya ada yang terasa hati. Aku tidak pandai bercerita, aku tak pandai untuk berkongsi. Terkadang, ingin berkata-kata tapi semuanya hanya di hati. Tak terluah. Bukan ingin berpura-pura, tapi nyatanya aku juga manusia. Aku juga lemah. Jangan kau pandang aku tinggi, hatiku sakit, kerana nyatanya aku hina.

Final exam. Aku diamkan diri dari dunia siber. Cuba fokus. Walau kadang-kadang terlari dari landasan, aku cuba untuk kembali. Tamat sahaja subjek terakhir, aku bungkam. Perasaan kecewa muncul di hati. Sangat-sangat kecewa. Sungguh, aku tak boleh jawab. Daripada 4 subjek, hanya satu sahaja yang aku yakin. Aku tahu usaha aku kurang, dan aku yakin dengan janji-janji Allah,
"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya"
QS 053:039

Aku cuba mencari kembali semangat yang kian pudar. Aku kecewa, tapi aku tidak ingin begini selamanya. Salah sendiri, terima seadanya Asmaa'. Seminggu berlalu. Emosi kian terganggu. Hati makin jauh. Aku larikan diri. Aku menjauhkan diri dari realiti. Aku cuba berfantasi. Ingin menghilangkan segala resah di jiwa. Aku hilang punca. Aku tahu, ini ujian dariNya. Tapi aku tak tahu macam mana aku perlu hadapinya. Aku mendiamkan diri. Aku biarkan masa berlalu. Terasa rugi.

Minggu kedua, aku masih mencari. Akal mula membuka ruang tuk berbicara dengan hati,

Akal: "Macam mana la agaknya result nanti? Satu paper jer yang ok, itu pun 2 jam kredit. Yang 3 jam kredit semua hancur."
Hati: "Terima la seadanya. Itu yang kamu usaha, syukurlah. Tawakkal."
Akal: "Macam mana nak terima? Pertama kali result jatuh. Entah lepas entah tak nak sambung belajar nanti. Malu pun ye gak. Yang paling geram sekali, subjek IE, siap buat nota cantik-cantik lagi. Pertama kali tuh. Sebelum masuk dewan, memang yakin insya Allah boleh buat, walaupun tak semua, tapi paling kurang boleh la tembak. Tapi bila tengok soalan, ya Allah, geramnya la dengan pensyarah yang buat soalan tu. Putar belit betul soalan. Nak tembak jawapan pun tak boleh sebab pening dengan soalan. Dah la banyak maklumat yang tak cukup. Mana la tak tertekan."
Hati: "Maknanya kamu tak faham betul-betul lagi la tu. Kalau betul-betul faham, mesti boleh buat. Tak kisah la macam mana belit pun soalan tu. Cuba check balik, belajar kerana apa sebenarnya ni? Bukan kah niat asal kerana Allah, kerana kamu cintakan ilmu? Atau sebenarnya yang kamu inginkan adalah pandangan manusia?"
Akal: "..........................................Ya Allah. Aku lupa."
Hati: "Hati-hati dengan pujukan syaitan. Kadang-kadang tanpa disedari niat kamu terpesong. Ingatkan dah betul, tapi salah sebenarnya."

Dia ingin menegur. Agar hambaNya kembali membina rasa cinta kepadaNya dalam hati. Aku lupa, mungkin kerana aku lalai dan leka dengan kesenangan dunia. Ya Allah, ingatkan lah aku sentiasa bahawa Kau adalah tuhanku, dan aku adalah hambaMu. Ya Allah, yakinkan lah aku dengan seyakin-yakinnya bahawa kematian itu satu kepastian. Aku takut akan murkaMu mungkin kerana aku yakin bahawa murkaMu boleh menyebabkan aku hilang iman dan islam. Tapi aku risau, kenapa aku tidak takutkan mati? Aku tidak mampu untuk menangis pabila memikirkan tentang kematian. Adakah kerana hati aku sudah mati?