Assalamualaikum
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Saya rindukan
Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (UBKK). Tak kesah la lama mana dah saya tinggalkan ia, entah kenapa, perasaan rindu itu sentiasa wujud. Bahkan saya rasa ia seperti semakin kuat hari demi hari. Lebih-lebih lagi bila Allah izin untuk saya bertemu muka dengan salah seorang dari barisan penggerak UBKK sesi 2010, Aliah Amran.
Mula la kisah-kisah lama dibuka kembali walaupun kami tak sempat pun nak berkenalan masa zaman sekolah dulu memandangkan masa saya SPM, dia baru masuk Tingkatan 1. Cerita dua zaman dicantum menjadi satu. Zaman Aliah dan zaman saya. Apabila perbualan kami mula menyentuh tentang buku Psycho alMuhtarif, semakin kuat perasaan rindu itu mencengkam dada.
Teringat kembali kisah sejarah penerbitan buku Psycho. Tahun 2006 adalah tahun pertama buku Psycho dikeluarkan. Dan saya adalah antara mereka yang terlibat dengan pembikinan buku tersebut. Betapa peritnya nak mula mengeluarkan satu buku. Sampaikan, bila keluaran pertama berjaya berada di pasaran MMP, saya rasa macam saya sedang bermimpi. Sungguh-sungguh rasa tak percaya bahawa buku Psycho telah berjaya dikeluarkan. Biarla hodoh pun, yang penting isinya ada, alhamdulillah.
Dari segi sambutan pula, alhamdulillah, bagi kami, sangat menggalakkan. Mana taknya, entah berapa kali kena photostat entah. Mungkin sebab masa tu kami masih belum cukup berpengalaman bagi menentukan berapa salinan yang sesuai untuk dikeluarkan menyebabkan kami photostat sikit-sikit sebab takut nanti membazir. Itu yang kena photostat banyak kali tu bila keluaran tak selaras dengan permintaan.
Kenapa saya sayang sangat UBKK? Ada apa dengan UBKK? Memang UBKK tak sehebat Badan Dakwah dan Tarbiah (BADATI), apatah lagi Badan Disiplin (BD), tapi, melalui UBKK, saya belajar banyak sangat perkara baru. Terutama sekali sewaktu dalam usaha menyiapkan keluaran pertama Psycho. Saya mula mengenal erti pengorbanan. Mana taknya, tahun tu tahun saya menduduki SPM.
Saya sangat sayangkan ukhwah yang terjalin antara ahli UBKK.
Sarah, selaku Ketua Biro Publisiti dan Promosi ketika itu sangat banyak membantu. Dari sekecil-kecil perkara seperti men'stapler' buku sehingga la ke kemuncak pengeluaran Psycho iaitu ketika sesi pemasaran. Betapa dia banyak sangat membantu saya. Sebelum ni saya ada dedikasikan satu
entry khas untuk dia sebagai tanda penghargaan.
Shida, walaupun dia adalah Ketua Biro Perhubungan Luar dan Dalam ketika itu, tetapi dengan murah hatinya dia sudi membantu Biro Publisiti dan Promosi untuk menyiapkan papan kenyataan UBKK. Terasa ringan sikit beban di bahu bila satu kerja dah selesai. Cantik woo dia hias. Kalau ada gambar memang best r tunjuk. Saat paling menyedihkan adalah bila papan tersebut dibawa lari entah ke mana ketika MMP sibuk dengan urusan membina bangunan baru.
Yang, Ketua Biro Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2006 merangkap mantan Pengerusi UBKK 2007. Dia banyak mengalah dengan sikap keras kepala saya, lebih-lebih lagi bila berkenaan dengan buku Psycho. Pernah sekali tu saya berebut dengan dia barisan pelapis. Orang yang sama direbut untuk menjadi pelapis kepada jawatan Ketua Biro PRS dan Ketua Editor Psycho alMuhtarif. Dan saya, dengan selamba badaknya, potong line dia. Dia lak, tengok je. Alhamdulillah la dia tak marah.
Wani, pembantu terbaik. Allah izin, bukan dalam UBKK sahaja saya berurusan dengan dia, bahkan di dalam organisasi Biro Buku Teks (BBT) pun kami banyak bekerja bersama. Orangnya sangat cool. Walaupun kadang-kadang tu cara dia bercakap nampak macam gelabah je. Saya selesa bekerja dengan dia.
Qielah. Dari sudut mata saya, dia kelihatan seperti pembantu peribadi Yang. Bagi saya, dia sangat rapat dengan Yang. Setia membantu seadanya. Mereka umpama aur dan tebing. Melihat mereka serasi bekerja bersama membuatkan saya rasa bahagia. Seronok. Dan dia juga, seperti Yang dan Shida, sangat suka risau tentang saya. Apatah lagi bila saya buat selamba je walaupun SPM semakin hampir tiba ketika itu.
Asiah, pewaris pertama jawatan Ketua Editor Psycho alMuhtarif merangkap mantan Pengerusi UBKK 2008. Saya rasa, memang saya lepas tangan terus kepada dia jawatan Ketua Editor tu. Takde langsung contact tanya khabar. Saya jumpa dia berkenaan dengan buku Psycho sekali je. Itu pun masa meeting UBKK awal tahun 2007, semata-mata untuk ambil dia sebagai pelapis. Lepas serah segala-galanya pada dia, terus saya menyepikan diri dari dunia Psycho.
Hidayah, setiausaha yang sangat digeruni suatu ketika dahulu. Ngeri weh. Nak dengar dia ketawa, sangat la susah. Serius amat muka dia. Nak bergurau depan dia, jangan la. Tak pasal-pasal dapat jelingan maut nanti. Cuma, kadang-kadang tu bila saya, Yang, Qielah, Shida dan Sarah bertemu, terbergurau la juga depan dia. Dan dia terpaksa tahan ketawa disebabkan gurauan-gurauan kami yang tak matang ni. Tapi sekarang, wah, pandai dah dia bergurau. Kalah saya.
Mawar. Setiap kali ternampak kelibat dia, saya jadi segan. Orangnya boleh tahan pemalu. Ayu dan lemah lembut. Saya ni kasar dan ganas, mana la tak segan dengan dia. Seingat saya, dia sangat rapat dengan Hidayah. Dan dia adalah salah seorang daripada barisan editorial Psycho untuk tahun 2008. Dia dan Hidayah pernah hadiahkan saya satu salinan buku Psycho edisi 2008. Siap ada note ringkas lagi kat bawah buku tu.
Bermula dari tahun 2006, 2007, 2008, 2009, sehingga 2010, ramai sangat yang dah berusaha untuk memastikan kelangsungan keluaran buku Psycho alMuhtarif. Ketika kali pertama kami keluarkan ia, tak pernah kami bayangkan bahawa buku Psycho akan mampu untuk diteruskan pengeluarannya sehingga tahun 2010. Tahniah dan alhamdulillah.
Moga pada tahun 2011 ini, masih ada yang sudi untuk menyambung usaha kami dalam mengeluarkan buku Psycho alMuhtarif. Dan kalau tak silap, tahun lepas, buku tersebut sudah ditukar nama kepada Psycho alFalah. Tak kisah la nama apa pun, yang penting, hasil keluaran UBKK. Majulah UBKK untuk masyarakat MMP :)
*gambar akan diupdate kemudian. macam malas sikit nak tunggu loading gambar yang lama amat =.=