on hiatus

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

Seperti tajuk di atas,

I will be on hiatus
starting this entry
until...

'Allah knows when'

Why?
I need a break

From?
Everything

Something happen?
No, nothing happen

Then why?
Just need a BREAK

Tired?
Yes, sometimes

Give up?
No, never



Sekarang saya mengerti, kenapa Iman dan Islam itu dianggap sebagai anugerah paling berharga, nikmat terbesar dari Allah. Iman dan Islam. Ya, Iman dan Islam.

Sakit mendidik nafsu, perit menepis bisikan iblis, apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan ketenangan, kebahagian dan kegembiraan yang berpanjangan. Alhamdulillah.

Saya mula memahami
apa itu 'halawatul Iman',
kemanisan Iman..

Memahami,
belum tentu
saya merasainya
hanya memahami,
sedikit..

Moga Allah anugerahan kita
kesempatan dan peluang
untuk merasai
kemanisan Iman..



nota kaki: Selamat Hari TUA buat mereka yang rasa dirinya dah semakin tua. Biarkan semangat itu terus seperti orang muda, tapi izinkan pemikiran itu bertindak seperti orang tua. Matang dan berhikmah..

saya tetap saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

video

Menjadi Diriku - EdCoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku...

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *

-------------END-------------

ya,
saya cuba menjadi saya,
tak kira di mana berada
dengan siapa saya bersama

tidak terniat
walau seketika
untuk menipu diri
mahupun mereka

hipokrit
penipu

sungguh tajam kata-kata itu...

maaf andai ada yang terluka
andai ada yang terasa
dengan apa yang pernah saya lakukan,
atau perkatakan
hingga kamu tidak mampu lagi bersabar...

maaf

kiranya saya tak dapat menyenangkan kamu
izinkan saya untuk tidak menyusahkan kamu

i'm not giving up,
and never will insya Allah
i just need a break

.:on hiatus:.

taubat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمان الرحيم

...الحمد لله. الحمد لله.. الحمد لله

Taubat. Apa yang kita faham tentang taubat? Adakah hanya dengan mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kita sudah dikira bertaubat? Adakah dengan menyebut 'astaghfirullah waatu bu ilaih' semata kita dianggap sudah bertaubat? Nyatanya taubat tidak semudah dan semurah itu andai ia tidak hadir dari hati. Jangan diperkecilkan kesan taubat yang benar-benar hadir dari hati.

Saya bukan la seorang yang arif perihal taubat, saya bukan juga ustazah yang tinggi ilmu agamanya. Saya hanya manusia biasa yang ingin berkongsi rasa. Semalam, Alhamdulillah Allah izin untuk saya bertemu dengan murabbi saya setelah sekian lama tak bersua muka.

Sejak mula bekerja, jarang-jarang sekali hati saya dapat makanan yang berkhasiat. Dan kalau dapat sekalipun, tak konsisten. Maka iman saya pun lebih kerap turun berbanding naik. Alhamdulillah, pertemuan semalam dengan Puan Mai memberi saya peluang untuk mengecas kembali bateri iman.

Banyak yang Puan Mai kongsikan, tapi kali ini saya nak sentuh perihal taubat kerana perkara ini la yang paling kuat mencengkam hati saya. Allah izin pula, 2,3 minggu kebelakangan ini memang hidup saya banyak berkait dengan perkataan taubat. Memang Allah nak tegur agaknya.

Taubat mungkin mudah untuk diungkapkan. Tetapi, untuk benar-benar merasainya dengan hati, sukar, terutama bagi hati yang mati. Maka ia perlu dipaksa kerana nafsu yang liar akan sentiasa menidakkan tindakan iman. Jalan menuju taubat bermula dengan langkah penyesalan terhadap dosa.

Andai tidak mampu untuk merasai, dosa itu satu dosa sedang kita tahu ia adalah dosa, perlu dipaksa hati untuk mengerti. Sentiasa beritahu hati, yang dosa tetap dosa. Perlu dipaksa dan dipaksa, sehingga la perasaan berdosa itu mencengkam hati, membuatkan dada kita terasa sempit. Di situ la bermulanya penyesalan terhadap dosa.

Namun, kadang-kadang kita keliru. Benarkah satu-satu perkara itu dosa. Keliru. Hati seperti terbelah dua, satu berbisik mengatakan ia dosa, satu lagi mengatakan tidak dan meminta bukti andai benar ia satu dosa. Biasanya kalau benar apa yang dilakukan itu satu dosa, bukannya tiada bukti, cuma hati dikaburi dengan bisikan iblis mengatakan yang dosa itu bukan dosa.

Beribu-ribu tahun yang lalu, baginda Nabi Muhammad SAW sudah pun meninggalkan peringatan buat kita tentang apa itu dosa. Jadi, setiap apa yang kita lakukan, recheck kembali, adakah ia satu dosa atau tidak.

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda, ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
(HR Muslim)

Bertaubat la sentiasa, kerana kita hanya manusia biasa, yang pasti sentiasa berdosa. Moga dengan taubat yang sebenar-benar taubat itu, akan hadir ketenangan yang tidak berbelah bahagi, memadamkan keresahan di lubuk sanubari. Kembali kepada Allah adalah sebaik-baik jalan.

Rasai la taubat dengan hati, bukan hanya dengan fizikal atau pun bibir sahaja. Istighfar la melalui hati, solat sunat taubat la disertai dengan kehadiran hati. Segala-galanya perlu dari hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
(HR Bukhari dan Muslim)

hujung minggu

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Insya Allah, dalam pukul 10 pagi esok, saya dan beberapa staf & student KTD lain akan bertolak ke Pahang untuk menghadiri program bersama calon SPM 2010 sebagai fasilitator. Kami akan berada di sana sehingga hari Ahad insya Allah.

Mungkin sepanjang 3 hari di sana, saya akan terputus hubungan daripada dunia siber. Jadi, nampak gayanya blog ni pun akan 'kosong' buat seketika. Takpe la, bagus gak. Kalau tak tu hari-hari duk update. Dah la lebih banyak merapu daripada memberi input, memang kurang bagus.

Apa-apa pun, saya mohon dari kalian semua, tolong doakan kami agar selamat pergi, selamat tiba dan selamat kembali. Doakan juga agar kami mampu untuk mengikhlaskan diri kerana Allah, mampu untuk memberi sebaik mungkin, mampu menunjukkan qudwah hasanah, mampu meletakkan kebergantungan hanya padaNya dan mampu istiqomah dalam beribadah. Tolong doakan kami ya.

Sebenarnya banyak perancangan saya hujung minggu ni. Kalau la Allah izin untuk saya bahagikan badan saya ni kepada 3, dah lama saya buat. Satu untuk ikut program Kem Kepimpinan anjuran HEP KTD di Sri Pantai, Bachok sebagai peserta. Kedua, program yang kat Pahang tadi. Ketiga, siapkan projek untuk pertandingan reka cipta dan pergi jalan-jalan ziarah sahabat.

Memandangkan saya hanyalah manusia biasa, bukannya alien, terpaksa la saya membuat pilihan yang sangat sukar antara ketiga-tiga tersebut. Teringin sangat nak jadi peserta. Fasilitator pula tak cukup orang. Projek tak nampak rupa bentuk lagi.

Maka, setelah dipertimbangkan ketiga-tiga perkara tersebut, muktamad la keputusan saya untuk menjadi seorang fasilitator pada hujung minggu ini. Bukannya peserta mahupun penyelia. Moga saya mampu untuk menjadikan pilihan ini sebagai pilihan yang terbaik, insya Allah.

♥ALLAH didahulukan, keredhaanNya diutamakan♥
[curi kat wall facebook cinta hati saya^^]
1 Aqidah [^_^]v

kerja saya ketika stressssss ^_^

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

stresss??
hehehehe.saya pun manusia biasa~
sejak akhir-akhir ni,
cara saya release tension ialah dengan meng'edit' gambar.
[insya Allah ia pilihan kedua selepas kembali kepada Allah^^]

dan inilah hasilnya.
ya, saya tahu saya takde seni.
tak cantik.
tapi tak mengapa,
selagi ia bukanla perkara yang Allah tak suka..





p/s: sila jangan DENGKI/CEMBURU/JELES ye ^_^

masa untuk muhasabah

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

blog walking di pagi hari..
tiba-tiba Allah izin,
saya terjumpa sesuatu..
dan sesuatu itu menyebabkan saya tersentak
"Erkk, entah-entah aku.."

apakah??


ini........


[sila baca dengan niat untuk muhasabah diri ye, bukan untuk menunding jari pada manusia lain ^^]




Fenomena Riya dan Sum’ah dalam kehidupan seharian...

(adakah kita dikalangan mereka ini....???)



1. Solat sunat depan orang. Dekat rumah tak buat.
2. Pakai elok untuk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar je.
3. Tak makan banyak depan orang. Ketika sorang-sorang makan banyak.
4. Berasa seronok bila dipuji amalannya.
5. Menceritakan amalannya kepada manusia.
6. Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
7. Menggelokkan bacaan didepan orang. Masa sorang-sorang baca laju kemain.
8. Akhlak yang bagus dan manisss depan orang. Masa dekat rumah, hampehh.
9. Tulis kat blog, status ym, facebook atau mana-mana yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal-amal Islam yang lain dengan niat inginkan perhatian, mahu dipuji.
10. Berpersatuan atau berparti kerna nak pujian dan jawatan. Bila tak dapat mula la merajuk atau lemah semangat.


Ya, kita sering tak perasaan perbuatan dan kebaikan yang kita lakukan sehari-hari itu belum tentu ikhlas dan dipandang oleh Allah. Apa yang penting betulkan niat dari sekarang moga Allah terima ibadah kita...

Hanya kita & DIA sahaja tahu apa yang ada dibenak hati kita....
& sungguh, Allah tidak melihat rupa kita, harta kita, tapi yang dilihat adalah HATI & AMAL kita...

"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu, dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah akan perintah-perintahNya, dan belanjakanlah hartamu serta buatlah kebajikan.."
[QS At-taghaabun:16]



Muhasabah time~

selamat berjuang~

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

aisehhh..
pesal entah,
tetiba terbit rasa syahdu di malam hari...

pas isya' tadi tertidur sat..
Allah izin,
tersedar pukul 12 lebih,
dalam keadaan,
birai mata saya basah,
hidung lak tersumbat..
pelik uhh...

saya tanya hati,
"apa yang kau rasa?"
hati saya jawab
"takde rasa papepun.."

cuma bila terbangun dari tidur tu
tiba-tiba teringatkan seseorang..

cinta hati saya~
dia dah nak pergi malam ni

entah macam mana dia boleh jadi cinta hati saya
saya pun tak tahu
tapi yang pasti
saya sayang dia ^^

sedih k??
rasa macam tak...
andai dia ada di depan saya,
insya Allah saya akan tersenyum..
gembira dan bahagia =)

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."
[QS 045:013]

perginya dia,
tuk mencari secebis cinta
dan redha Ilahi..

matlamat kami sama
cuma laluan sedikit berbeza..

maka,
saya akan tersenyum..
gembira dan bahagia...

Sahabat yang baik merupakan antara wasilah (jalan) untuk saya mncapai matlamat saya iaitu redha Allah. Bukannya kerana inginkan sahabat yang baik saya mengejar redha Allah, tidak. Maka, semua sahabat saya ialah cinta hati saya. Masing-masing mempunyai tempat masing-masing di dalam hati saya.

hati-hati

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Zaman sekarang ni banyak betul penipuan yang berlaku. Memang kena sangat berhati-hati dalam setiap perkara. Hatta kalau ada orang yang tak dikenali nak buat baik dengan kita pun kena berhati-hati. Bukan nak suruh suud zhon, tapi sekadar berhati-hati.

Jangan mudah tertipu dengan 'barangan' percuma yang ditawarkan. Konon-konon tak payah bayar, tak rugi sesen pun, tapi tiba-tiba sampai bil kat rumah kena bayar. Banyak dah keadaan macam ni yang berlaku. Niat asal nak mudah, akhirnya jadi makun susah.

Apa yang berlaku ni bukan saya dengar dari satu sumber je, tapi dari banyak sumber. Ada yang berlaku dengan orang yang dekat dengan saya. Sampai kena telifon syarikat yang berkenaan, kena ulang-alik uruskan macam-macam, punca asalnya sebab kena tipu la. Dan, semuanya berkaitan dengan DUIT.

Ada sahabat yang mengadu, duit dalam bank hilang. Dalam BANK ye. Bukan sorang, tapi ramai. Bank lain-lain tapinya. Ada yang hilang RM50, ada yang hilang sampai RM200. Sampai ada yang serik, bila duit pinjaman masuk je, terus keluarkan dari dalam bank. Entah kat mana dia sorok duit tu pun saya tak tau. Bukan saya nak salahkan institusi kewangan Malaysia, cuma nak katanya zaman sekarang ni, tak boleh lepas pandang sekejap, hilang terus. Bahaya, bahaya.

Alhamdulillah, setakat ni Allah masih belum menguji saya dengan perkara-perkara macam ni. Mungkin sebab saya masih belum layak dan masih belum mampu untuk menghadapi situasi begini. Atau mungkin sebenarnya saya dah kena tipu tapi saya yang tak perasan. Maklum la, saya ni jenis tak berapa nak amik kesah sangat. Selagi benda tu takde depan mata, selagi tu saya tak nampak.

Apa-apa pun, kita memang kena berhati-hati dalam setiap perkara. Bahkan jalan menuju taqwa pun ialah berhati-hati. Ambil yang baik, perbaiki yang buruk. Sama-sama la kita mengutamakan redha Allah berbanding perkara keduniaan yang lain. Peringatan untuk diri sendiri.

Garam

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak. Pada suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya longlai dan air muka yang pucat tak bermaya. Tamu itu, memang tampak seperti orang yang tak bahagia. Tanpa membuang waktu, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. IMPIANnya tidak tercapai. Dia gagal dalam kehidupan dan percintaan.

Pak Tua yang bijak, hanya mendengarnya dengan teliti dan saksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu dikacaunya perlahan dengan sudu. "Cuba minum ini, dan katakan bagaimana rasanya.", ujar Pak tua itu. "Masin sampai pahit. Pahit sekali.", jawab sang tamu sambil meludah ke samping.

Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Dia lalu mengajak tamunya ini untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya sampailah mereka di tepi telaga yang tenang itu. Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu. Dengan sepotong kayu, dibuatnya gelombang mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi, "Bagaimana rasanya?". "Segar.", sahut tamunya. "Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak", jawab si anak muda. Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk bahu si anak muda lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat bergantung pada wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu, akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan bergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya."

Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu, adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Keduanya lalu bergerak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan"segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa "keresahan jiwa."

alhamdulillah

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah. Banyak Allah bagi hari ni. Lebih banyak dari hari-hari sebelum yang memang dah sedia banyak walau hati ini sering lalai, leka, alpa. Moga anugerah Allah ini mendekatkan lagi hati saya denganNya. Alhamdulillah. Sungguh, Dia yang Maha Memberi, Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Ya Allah, yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hati kami di jalan yang Engkau redhai."

Kepada mereka yang melaluinya Allah anugerahkan saya kebahagian dan kegembiraan yang tak berbelah-bahagi, terima kasih. Moga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian^^. Alhamdulillah

doktor, tolong jawab~

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin ditanya kepada bakal-bakal doktor, atau doktor sendiri pun takpe kalo nak jawabkan. Saya bertanya sebab saya tak tahu dan tiba-tiba saya teringin sangat nak tahu.

Apa keistimewaannya gigi manusia berbanding yang lain? Sebab, saya tengok, untuk doktor gigi, memang ada laluan yang khusus buat mereka. Awal-awal lagi mereka dah fokus dengan gigi. Berbeza dengan doktor-doktor lain. Biasanya, kebanyakan universiti yang menawarkan program perubatan akan ada Faculty of Medicine dan Faculty of Dentistry.

Kenapa pergigian ada fakulti sendiri tapi mata takde? Mata, hidung, telinga, semuanya duduk bawah perubatan. Tapi gigi, ada fakulti khusus. Istimewa rupanya gigi kita nih ye. Ada siapa-siapa boleh tolong terangkan?

Sejak sekolah lagi saya memang kurang suka subjek sains terutama sekali biologi. Saya amik jurusan kejuruteraan pun sebab banyak matematik bukan sebab suka fizik. Jadi, banyak perkara yang saya tak tahu pasal bidang perubatan dan pergigian nih. Tapi, saya taknak terus berada dalam keadaan tidak tahu. Kalau boleh saya nak tahu la juga sikit-sikit, bukannya semua. Sikit je, cukup sekadar bekalan perjalanan hidup.

baru^^

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Apa pendapat awak dengan wajah baru blog ni? Tak cantik? Kosong? Bosan? Bagi tau je. Insya Allah saya akan cuba untuk perbaikinya. Kalau boleh saya taknak kerana penampilan blog yang kurang menarik menyebabkan awak terbantut untuk mengambil apa yang baik dari sini [yang buruk tu bagi tau la ye. Jangan amik buat harta pula ^^].

Saya tau, apa la yang ada sangat dalam blog saya ni. Ilmu tak banyak. Ayat tak menarik. Tapi saya taknak, ilmu yang sikit ini terpadam terus hanya kerana 'cover' yang tak mampu menarik orang. Memang, kita selalu sebut, "don't judge a book by its cover". Tapi sebenarnya tanpa sedar, kita selalu je buat begitu. Bukan sengaja, tapi dah terbiasa.

Saya taknak cerita panjang. Sebab kadang-kadang saya lebih suka orang tinggalkan persolan untuk saya fikir sendiri. Kadang-kadang ye, bukannya tiap masa. Sebab ada masa, saya malas nak berfikir sebab otak dah tepu sangat dengan perkara lain.

Cuba muhasabah balik, masa-masa yag kita lalui sebelum ini, berapa kali kita menghukum satu-satu perkara sebelum benar-benar merasai dan melihatnya betul-betul? Saya kira ketika beli gula-gula pun kita akan tengok cover tu menarik ke tidak. Lain la kalo kita memang dah tau gula-gula tu sedap walaupun plastiknya tak menarik langsung.

Jadi, saya mohon, sama-sama la kita tegur-menegur untuk kemaslahatan umum. Mungkin ada keburukan yang awak nampak ada dalam blog ni tapi saya tak perasan. Moga Allah redha dengan apa yang kita usahakan.

Kolej Terbaik Dunia

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

kali ni
saya nak promosikan KTD

sebelum ni
saya hanya bercerita sahaja
takde niat pun nak ajak sape-sape masuk KTD
sekadar mahu berkongsi apa yang saya rasa

tapi sekarang

saya nak ajak awak masuk KTD =)

jom masuk KTD
apa yang awak nak?
awak nak belajar agama?
insya Allah ada di sini
awak nak ilmu dunia?
insya Allah ada juga di sini

jom jadi sebahagian dari keluarga KTD ^^

saya belajar tentang Dakwah dan Tarbiah di KTD
saya membina asas diri saya di KTD
saya menjadi saya yang hari ini melalui proses di KTD

ya
saya tahu saya tak punya apa untuk dibanggakan
saya tahu diri saya penuh dengan kekurangan dan kekhilafan

tapi
kekuatan, kelebihan, dan kebaikan yang ada dalam diri saya kini
kebanyakannya saya belajar di KTD

saya tahu
buruk saya lebih banyak dari baik saya
bodoh saya lebih banyak dari bijak saya
khilaf saya lebih banyak dari betul saya

namun
saya belajar untuk belajar
menjadi insan berguna

di KTD saya belajar banyak perkara

belajar dan belajar

meski seuzur mana pun KTD di mata manusia
saya bangga melaungkan
SAYA PELAJAR LEPASAN KTD

bukan saya yang membina bi'ah solehah di KTD
tetapi KTD yang menyebarkan bi'ah solehah kepada saya

saya gembira di KTD
walau adakala saya terduduk lemah
saya bahagia di KTD
walau ada yang pertikai kenapa saya di sini
saya suka berada di KTD
walau ada yang cakap KTD tu Kolej Takde Duit

saya tidak hanya mahu bangga menjadi sebahagian dari KTD
saya mahu menyebarkan kebaikan yang saya dapat di KTD

kebaikan itu bukan untuk disimpan sendiri

Jom!!
Kolej Teknologi Darulnaim