kata-kata --> ujian. next?

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Bila kita diuji dengan apa yang kita perkatakan, itu bukannya tanda bahawa kita lebih baik diam daripada bersuara. Ujian tersebut lebih kepada satu teguran buat kita agar lebih berhati-hati bila menyampaikan nasihat. Kerana kadang-kadang, mulut kita lantang berbicara menegur silap orang tanpa mempertimbangkan situasi atau keadaan orang tersebut.

Jangan gunakan alasan, "takut diuji dengan kata-kata sendiri" menyebabkan kita kunci mulut kita daripada menyampaikan kebenaran. Namun, berhati-hatilah ketika berkata-kata, berhikmahlah dalam menyampaikan nasihat.

Sejujurnya, saya sekarang sedang diuji dengan SOLAT. Ya, mungkin kedengaran aneh. Saya sendiri hairan, kenapa boleh jadi macam ni? Kalau solat pon tak terjaga, macam mana nak uruskan perkara-perkara lain? Syahadah adalah tapak, manakala solat pula adalah tiang utama. Kalau runtuh tiang solat, maka akan bengkok lah tiang-tiang lain.

Permulaannya, saya tak tau yang saya sebenarnya sedang diuji sehinggala saya terdengar cerita seorang sahabat saya tentang sahabatnya yang sedang diuji dengan cinta lelaki. Sedangkan sahabatnya itu dulu merupakan salah seorang dari 'orang kuat' badan dakwah sekolah. Kata sahabatnya yang lain, mungkin sahabatnya itu sedang diuji dengan kata-katanya ketika zaman sekolah dahulu.

Saya tersedar. Suatu ketika dahulu, ketika saya aktif menyertai program-program bersama pelajar sekolah menengah, nasihat yang sering saya tinggalkan buat mereka ialah, "Usaha la untuk tidak tinggalkan solat. Susah macam mana sekalipon, lewat macam mana sekalipon, usaha la juga untuk solat. Kalau yang jenis tak pernah solat sebelum ni, usaha la sekurang-kurangnya untuk solat sekali sehari. Buat sikit-sikit. Mula daripada yang senang dahulu. Solat zohor dulu ke. Paling kurang usaha la untuk solat."

Sekarang, Allah bagi saya rasa, apa yang mereka rasa (mungkin seciput cuma), betapa beratnya nak angkat badan nak pergi solat. Ya, anda boleh pandang rendah saya. Anda boleh kata, saya hanya memberi alasan diuji sedang sebenarnya memang malas nak solat pon. Anda boleh perli, "bukan main lagi tulis tentang agama, tapi solat pon malas?". Tapi hakikatnya, kalau anda tak rasa, anda takkan tahu dan anda takkan faham.

Silap saya dahulu, saya hanya memberi nasihat dengan menggunakan mulut. Tidak melalui perbuatan. Dalam keadaan saya sekarang yang sedang diuji dengan solat, saya mengharapkan agar ada manusia yang sudi tarik tangan saya, ajak pergi solat bila tiba waktu solat. Dan itu la sepatutnya tindakan yang saya laksanakan dahulu. Bukan sekadar meninggalkan nasihat di lidah sahaja.

Silap saya juga kerana terlupa untuk meminta dari Dia, agar dianugerahkan buat mereka sahabat yang mampu membantu mereka untuk menjaga solat. Ya, saya salah. Moga Allah ampuni saya, mereka dan kita semua.

Bila diuji, belajar la perbaiki kesilapan. Jangan biarkan diri terus hanyut dengan ujian dengan alasan, "aku tak mampu".

patah

rasa macam patah sayap

tak mampu nak terbang tinggi
terduduk menyembah bumi

tapi,
itu bukan akhirnya.
hanya perlukan sedikit masa,
untuk menyembuh luka.

suatu hari nanti,
helang ini
akan kembali terbang tinggi

Belajar Sampai Faham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Dah lama tak conteng kat blog. Keadaan diri tidak mengizinkan. Moga coretan kali ini mampu memberi daya tolak ke atas diri untuk kembali aktif menulis. Tak banyak yang saya nak coretkan. Sekadar ingin berkongsi serba-sedikit pengalaman sebagai seorang bekas pelajar diploma kejuruteraan elektronik yang kini alhamdulillah, sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik (elektronik industri).

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian atau sedang belajar di dalam bidang kejuruteraan elektronik, diharap tulisan saya kali ini dapat membantu kalian dalam pelajaran.

Sebenarnya tips yang saya mahu kemukakan ini takde la terhad untuk pelajar kejuruteraan elektronik sahaja. Cumanya, disebabkan saya tak pernah guna tips ini untuk belajar subjek-subjek lain yang bukan dalam bidang kejuruteraan elektronik, makanya saya tak tahu la samada ia sesuai atau tidak untuk digunapakai dalam bidang lain.

Tips ini bukanla hasil kajian secara formal oleh mana-mana profesor atau doktor, ia hanya lah pendapat peribadi saya. Jadi, sekiranya tips ini anda rasakan kurang bermanfaat, saya minta maaf. Saya cuma mahu berkongsi pengalaman. Ambil yang baik dan perbetulkan lah yang salah.


Tips

Kalau nak buat ulangkaji matapelajaran yang dah dipelajari, pastikan anda tahu topik mana yang anda faham dan topik mana yang anda tak faham. Tak jadi masalah besar kalau kita tak faham apa yang dipelajari. Boleh tanya. Tapi, ia akan jadi masalah besar bila kita sendiri tak tahu apa yang kita tak faham.

Kenapa? Sebab, bila kita tak tahu apa yang kita tak faham, kita akan senyap dan tak tahu nak tanya apa. Bahagian yang kita tak faham tu, akan terus dengan berada dalam keadaan ketidakfahaman. Dan, sebenarnya juga, bila kita buat ulangkaji dalam keadaan kita tak tahu yang mana kita tak faham, masa yang kita gunakan untuk ulangkaji akan jadi kurang efektif.

Subjek-subjek dalam bidang kejuruteraan elektronik kebanyakannya berkait dengan matematik. Jalan kira untuk selesaikan satu-satu solan bagi subjek kejuruteraan elektronik bukan lah sependek jalan kira ketika kita jawab soalan add math masa zaman SPM dulu-dulu. Nak selesaikan satu soalan selalunya mengambil masa 20 minit dan ke atas. Soalan sebaris, jalan kira berbelas-belas baris. Lagi tinggi kita belajar, lagi panjang jalan kira.

Makanya, kalau kita tak tahu yang mana yang kita tak faham, ketika kita buat latihan, tanpa sedar kita banyak membazir masa menyelesaikan soalan-soalan yang kita dah faham jalan kiranya tanpa menyedari bahawa masih ada topik yang kita tak faham, dan memerlukan perhatian lebih berbanding topik-topik lain.

Sekarang, macam mana nak tahu samada kita dah faham satu-satu topik itu atau belum? Ada dua cara. Cara panjang, kita cuba jawab semua soalan dalam setiap topik tanpa tengok buku/nota. Soalan yang tak boleh nak jawab, soalan tu la yang kita tak faham. Tapi, cara ni makan banyak masa sebab kita kena selesaikan setiap soalan yang ada, satu-persatu.

Cara kedua, cara mudah dan lebih menjimatkan masa. Caranya, cuba buat latihan guna minda. Tak perlu tulis, hanya baca soalan dan cuba bayangkan jalan kiranya. Kalau anda boleh bayangkan setiap jalan kira untuk soalan tersebut, maknanya anda dah faham. Jadi, anda boleh ke soalan seterusnya tanpa perlu jawab betul-betul soalan tersebut.

Bila anda jumpa soalan yang anda tak boleh nak bayangkan jalan kiranya langsung, maknanya, anda tak faham topik tersebut. Jadi, untuk soalan ini, anda perlu buka buku/nota dan cuba belajar balik. Belajar dan cuba buat latihan atas kertas sambil tengok nota. Kalau tak reti nak buat juga, pergi la tanya mereka yang lebih reti dan faham.

Bila dah faham sikit-sikit, pastikan buat latih tubi sekerap yang mampu. Buat sampai, bila tengok soalan, laju je bayangan jalan kira terlintas difikiran. Itu memang kira faham betul-betul la tu. Tapi itu tak bermakna dah tak payah buat latihan. Masih kena terus buat latihan atas kertas, cuma tak perlu kerap sangat dah. Seminggu sekali ke. Buat latihan untuk refresh balik jalan kira dan untuk kurangkan kecuaian ketika mengira. Lepas tu, boleh fokus pada topik lain yang tak faham lagi.

Belajar la sampai faham, untuk dapat ilmu, bukan untuk lulus exam semata. Ilmu tempatnya di dada, bukan di atas kertas.

Peringatan, kaedah buat latihan guna minda hanya sesuai untuk cari topik-topik yang kita tak faham daripada banyak-banyak topik yang kita belajar. Ia bukan la cara yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman. Kalau nak tambah kefahaman, memang kena buat latihan atas kertas. Kena tulis. Apatah lagi kalau nak latih diri supaya dapat kurangkan kecuaian ketika mengira, lagi la kena buat latihan atas kertas banyak-banyak.

Jangan gunakan kaedah buat latihan guna minda terlampau kerap. Cukup sekadar seminggu sekali untuk check kefahaman topik-topik yang dah dipelajari. Kalau tak, nanti anda akan jadi malas untuk menulis dan kemungkinan berlakunya kecuaian ketika menjawab soalan atas kertas akan menjadi lebih tinggi disebabkan kurangnya latihan secara fizikal.

notahati: ah, TERpanjang la pulak~

Teknik Belajar (?)

Assalamualaikum

Alhamdulillah.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...

Bila bercerita tentang exam, perkara biasa yang menjadi topik perbincangan ialah teknik belajar secara berkesan. Bila pelajar terbaik diwawancara, soalan utama yang diajukan juga selalunya berkenaan dengan teknik belajar. Bila pihak sekolah mengadakan program untuk para pelajar, topik teknik belajar sering menjadi pilihan.

Mungkin tak semua menggunakan perkataan 'teknik belajar', tapi isi utamanya tetap sama iaitu bagaimana untuk belajar secara berkesan. Makanya, tak kira la nama program pecutan akhir ke, pecutan awal ke, pecutan tengah sekalipun, objektif utama tetap sama. Masing-masing mahu belajar secara berkesan.

Kenapa perlu belajar secara berkesan?

Pertama, jimat masa. Kedua, memori tahan lama. Ketiga, jimat tenaga. Dan lain-lain lagi yang berkenaan.

Saya mahu kongsikan satu teknik belajar secara berkesan. Bagi saya, ia sangat berkesan. Saya tak genius, tapi alhamdulillah, dengan satu teknik ini, saya mampu untuk menghadam sebaik mungkin apa yang saya pelajari. Setakat ni saya tak jumpa lagi teknik lain yang lebih berkesan daripada teknik ni.

Namanya, FOCUS.
F.O.C.U.S. --> Follow One Course Untill Success
Ya, fokus.

Tahukah anda apa itu fokus?

Fokus adalah daya minda yang tertumpu kepada satu-satu perkara dalam satu masa. Fokus mempunyai ketajaman yang tertentu mengikut aktiviti yang kita lakukan.

Disebalik setiap aktiviti harian yang kita lakukan, wujudnya fokus. Makan, minum, mandi, membaca, main game, mendengar radio, menonton tv dan lain-lain. Bezanya cuma dari segi ketajaman fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Ketajaman fokus ketika makan tak sama dengan ketajaman fokus ketika menonton tv. Begitu juga ketajaman fokus sewaktu belajar tak sama dengan ketajaman fokus ketika membaca novel.

Eksperimen

Kalau anda seorang yang 'hantu' tv, dan hanya makan sebab lapar maka anda boleh ambil contoh tentang makan dan mononton tv tadi.

3 jam selepas anda makan dan tengok tv, sila huraikan secara detail rancangan tv yang anda tonton dan makanan yang anda makan. Selepas 7 jam, buat lagi huraian terhadap rancangan tv dan makanan tersebut. Lepas tu, tengok huraian mana lagi detail dan yang mana lagi anda ingat, rancangan tv atau makanan.

Boleh juga anda buat perkara yang sama untuk belajar dan membaca novel. Lihat yang mana lebih lama bertahan di dalam kotak memori anda, yang lama lebih detail anda ingat. Kerana itulah kesan ketajaman fokus ke atas aktiviti harian yang dilakukan.

Persoalanya, apa yang menyebabkan ia berbeza?

Berdasarkan eksperimen yang anda lakukan ke atas diri anda, antara 2 aktiviti yang anda pilih sebagai bahan eksperimen, sila pilih satu aktiviti yang paling anda hayati dan enjoy dalam melaksanakannya.

Hipotesis yang saya ingin kemukan ialah, semakin kita hayati dan enjoy apa yang kita lakukan, semakin tajam fokus kita.

Kesimpulan untuk eksperimen di atas, saya persilakan anda untuk kemukakan ia. Bagi diri saya, hipotesis diterima. Tapi mungkin bagi diri anda berbeza hasilnya.

Tajamkan fokus anda ketika belajar melalui belajar dengan seronok.

Persoalan yang biasa timbul bila bercerita tentang belajar dengan seronok ialah, bagaimana nak fokus kalau subjek yang dipelajari itu tidak disukai dan tidak menyeronokkan?

Fokus yang datang bersama keseronokan dan penghayatan adalah fokus semula jadi, fokus yang tak perlu dipaksa. Namun, selama mana kita hanya mahu lakukan apa yang kita suka sahaja?

Kalau dibiarkan fokus itu berlegar-legar diruang keseronokan semata-mata, lama kelamaan, secara semula jadi diri kita akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang sukar. Fokus kita hanya akan tertumpu terhadap perkara yang mudah sahaja.

Oleh itu, pentingnya latihan menajamkan fokus agar fokus kita bukan berada dalam keadaan seronok semata-mata bahkan mampu berfungsi secara tajam dalam setiap situasi.

Antara yang boleh kita lakukan untuk menajamkan fokus ialah, paksa diri untuk memberi sepenuh perhatian dalam satu-satu perkara. Fake it untill you make it. Andai mahu berada di atas, paksa la diri untuk memanjat gunung tinggi walaupun sakit.

Tahukah anda, solat juga merupakan salah satu dari 'pusat latihan' membina ketajaman fokus. Malahan, solat adalah 'pusat latihan' yang terhebat dan paling memberi kesan. Latih la diri untuk khusyuk ketika solat, insya Allah fokus di dalam diri juga akan semakin tajam.

Link tambahan untuk bagaimana melatih fokus:

iman

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semalam, Rabu, Allah izin untuk saya sertai liqa' kumpulan staf KTD. Sepatutnya Rabu minggu lepas lagi. tapi disebabkan ketua dan penolong ketua bercuti, terpaksa la ditunda ke minggu ni. Apa-apa pun, alhamdulillah. Mungkin itulah yang terbaik buat kami semua.

Modul liqa' kumpulan staf KTD dibentuk berdasarkan 5 nilai teras KTD. Keimanan dan ketaqwaan sebagai tunjang merupakan nilai teras yang pertama. Untuk memiliki keimanan yang teguh, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengenali Allah.

Tak banyak sangat pun bincang tentang tajuk mengenali Allah ni. Apa yang banyak ditekankan adalah, untuk mengenali Allah, kita perlu fahami dan hayati 99 Asma' Allah. Selain itu, melalui keyakinan terhadap 99 Asma' Allah juga boleh membentuk keimanan yang teguh dalam diri kita.

Contahnya, rukun iman yang keenam, keimanan kepada qada' dan qadar. Bagaimana kita mampu untuk benar-benar mengimani qada' dan qadar Allah andai kita tak tahu bahawa Dia adalah yang Maha Mengetahui, yang Maha Adil, yang Maha Bijaksana, dan yang Maha Teliti. Setiap sesuatu yang ditetapkan olehNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Qada' dan qadar merupakan ketetapan dan perlaksaan Allah ke atas ke atas satu-satu perkara. Sejauh mana kita mengimani qada' dan qadar? Jom sama-sama muhasabah diri.

…Sekiranya engkau ditimpa musibah, maka JANGANLAH engkau berkata: "Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku", akan tetapi katakanlah, "apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang dikehendaki". Sesunggunya ‘kalau’ boleh membuka amalan syaitan”.
[HR Muslim]

Alhamdulillah, bila berusrah dengan golongan yang lebih tua, rasa seronok sangat. Kerana, mereka tidak merasa segan atau malu untuk bertanya, apatah lagi untuk menyuarakan pendapat. Dengan itu, liqa' yang berlangsung terasa lebih hidup kerana berlaku interaksi antara ahli bukan interaksi satu hala sahaja.

Ada seorang ahli liqa' menyuarakan pendapat, keimanan itu perlu ditanamkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Contoh situasi yang jarang kita manfaatkan untuk bercerita tentang kekuasaan Allah ialah, apabila si anak kecil terjatuh kerana tersadung kerusi, selalu sahaja orang dewasa akan pukul dan menyalahkan kerusi tersebut di depan si anak kecil untuk memujuknya agar tidak menangis. "Apa kerusi ni buat adik jatuh ni. Jangan nangis ye dik, akak dah marah dah kerusi tu.".

Saya rasa situasi ni memang sering terjadi disekeliling kita. Banyak keadaan kita ajar anak-anak menyalahkan barang yang menyebabkan mereka rebah atau sakit. Akhirnya, mereka membesar dalam keadaan menyalahkan apa yang ada disekeliling mereka. Apa salahnya kalau kita ajar mereka untuk kembali pada Allah, "Adik, Allah yang izin adik tersadung kaki dekat kerusi ni. Allah nak uji adik sikit supaya adik sabar, supaya adik ingat Allah.".

Mungkin kita nampak perkara seperti ini terlampau berat untuk mereka faham. Ya, mungkin mereka tidak mampu untuk faham. Tapi ingat, memori mereka sangat kuat. Sekalipun mereka tak faham, mereka tetap mampu ingat insya Allah. Anak-anak yang baru dilahirkan umpama kain putih kan. Kita la nanti yang akan mencorakkan mereka.

Itu baru satu situasi, di mana cara kebanyakan kita membentuk anak ketika mereka kecil. Masih ada banyak lagi situasi lain yang perlu kita perhati dan muhasabah bersama, sejauh mana keimanan kita terhadap qada' dan qadar Allah. Itu baru satu rukun, masih ada 5 lagi rukun iman yang perlu kita recheck kembali.



*Saya teringat kisah seorang mas'ul saya yang anaknya di'inject' ubat baru-baru ni. Apa yang membuatkan saya terharu adalah bila saya dapat tahu, si anak kecil tersebut hanya menyebut "Allah, Allah" ketika di'inject'. Rasa malu menerpa. Mungkin sebab dia masih belum reti nak sebut perkataan lain menyebabkan dia menyebut nama Allah bila sakit. Tapi, paling kurang si anak kecil itu sudah mula dicorakkan dengan corak untuk mengenali Allah.


**Adakah mampu untuk saya mendidik anak-anak saya kelak untuk mengenali Allah sedang saya masih belum cukup kenal akan Dia?

fokus dan rajin

ada orang rajin, tapi susah nak fokus masa study.
ada orang yang mudah untuk fokus, tapi malas nak study.

mungkin kita nampak, yang mudah untuk fokus tu lebih untung.
sebab, walaupun malas, insya Allah masih boleh score.
tapi, kenyataannya, tak pun.

mereka yang untung, adalah mereka yang sudi perbaiki diri.
yang rajin, perlu didik diri untuk lebih fokus.
yang malas, perlu didik diri untuk lebih rajin.

untuk mereka yang tak reti nak fokus, tiba-tiba nak fokus, amatlah payah.
begitu juga untuk orang yang malas, nak jadi rajin, sangatla sukar.
tapi, macam biasa, tak mustahilkan?
cuma, usaha masing-masing kena la lebih.

jangan dengki bila melihat,
ada orang yang baca buku sekali dua dah boleh faham.
sebab, itu bukan kerana mereka pandai, bijak atau genius,
tapi kerana mereka mudah untuk fokus.
maka, belajarla untuk fokus.

masa zaman sekolah dulu-dulu, bila tiba sahaja musim exam,
mula la pakat-pakat dok forward sms nasihat.
antaranya, "don't study hard, but study smart".

saya nak tanya,
study hard tu macam mana ek?
study smart lak?

kalau ikut pengertian peribadi saya la kan,
study hard tu belajar sokmo-sokmo, atau dalam bahasa mudahnya, rajin.
study smart lak belajar secara berkesan, atau dalam bahasa ringkasnya, fokus.

zaman sekarang ni, banyak perkara yang perlu seiring.
tak boleh dah nak utamakan yang satu,
manakala pasangannya dibiarkan dikedudukan nombor 2.
tak boleh dah buat double-standard gitu.

contohnya,
dakwah-tarbiyah dan akademik di kampus, perlu seiring.
kualiti dan kuantiti amal ibadah, perlu seiring.

makanya,
sekarang ni, study hard dan study smart juga perlu seiring.
tak boleh fokus je tapi malas.
tak boleh rajin je tapi tak fokus.

ingat,
fokus itu bukan dari keturunan.
rajin itu bukan dari warisan.
ia adalah hasil didikan.
maka didik la diri untuk fokus DAN rajin.

bicara sang hati

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


apa khabar hati?
masihkah cinta itu untuk Ilahi?
atau sudah ditimbus tanah cinta duniawi?

apa khabar iman?
masihkah tetap teguh bertahan?
atau sudah runtuh akibat tusukan syaitan?

apa khabar persaudaraan?
masihkah bersisa kepedulian?
atau sudah hilang belas kasihan?

apa khabar kesatuan ummah?
masihkah berdiri utuh walau berbeza pendapat dan jemaah?
atau sudah roboh walau masih bersumberkan alQuran dan Sunnah?

. . . . . . . . . .

sedih bila melihat cinta dunia diutamakan
sedih bila melihat sang iblis dijadikan teman
sedih bila melihat persaudaraan dijadikan barang mainan
sedih bila melihat kesatuan ummah tenggelam dalam timbunan keegoan

mungkin kesedihan itu
sebenarnya ditujukan buat diri sendiri
mungkin apa yang dilihat itu
sebenarnya pantulan pada cermin diri



.:aku.si.hamba.berdosa:.

khas

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


entry blog kali ini
ditujukan khas buat:

Hasniah Binti Salehe
Selamat Hari Lahir

Moga,
hari-hari yang berlalu
diredhai Allah
manakala
hari-hari yang mendatang
dianugerahkan kekuatan untuk terus
memburu cintaNya

maaf atas segala silap dan salah
yang pernah saya lakukan
samada
secara sengaja mahupun tidak

maaf atas kekurangan diri ini
yang gagal menjadi sahabat yang baik
yang gagal menunjukkan qudwah hasanah
yang gagal menzahirkan isi hati
yang gagal menundukkan ego
yang gagal memahami
yang gagal mengerti tindak-tanduk

maaf atas segalanya


terima kasih
untuk huluran ukhwah ini
untuk tiap kesabaran yang cuba diusahakan
untuk tiap detik yang dilalui bersama
untuk kasih sayang yang tak terungkap
untuk rindu yang tak sudah
untuk perhatian yang diberi
untuk usaha memahami diri ini
untuk kelebihan yang ditumpang
untuk doa yang dihulurkan
untuk bantuan yang tak kenal masa

terima kasih

terima kasih

terima kasih

moga Allah redha



*saya wish besday budak ni dalam blog sebab ari tu dia wish besday saya dalam blog dia juga :P so, fair and square la kan ;) lalalala~

Greyson Chance - Waiting Outside the Lines





Waiting Outside the Line - Greyson Chance

You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it's just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living behind

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There's a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What's in you is out there

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I'm trying to be patient (I'm trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I'm Waiting, waiting, just waiting I'm waiting
I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You'll never enjoy your life
Living inside the box
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

. . . . . . . . . . . . .

I know you can make it
I know you can do it
I know you already try your best
I know how much you had suffer

But

Please,
try harder
Just a little bit
Only a little bit
You almost reach it

Please,
don't give up
Keep walking
I'm waiting

rumah itu

aku rindu
rindu mahu menjadi tetamu di rumah itu

yang damainya tak pernah hilang
meski sibuk dengan kelibat tetamu yang bertandang

yang tenangnya tak pernah pudar
meski di luar sana kalut dengan kehidupan yang samar

aku rindu rumah itu

ingin sekali aku
duduk dibalik sudut rumah itu

merehatkan jiwa yang lelah
menenangkan minda yang resah
mendamaikan hati yang gundah

dengan ayat-ayat cinta
pemujuk jiwa
dari Dia

Pemilik rumah itu.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


had

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

. . .

bukan HILANG sabar

cuma,

BELUM CUKUP sabar

. . .

sabar itu,

seharusnya,

tiada limit,

tiada had.

samada,

cukup atau tidak sahaja.


andai masih gagal menahan amarah,

andai masih gagal mengawal nafsu,

bukan kerana hilangnya sabar.


tetapi kerana,


sabar itu masih belum cukup,

diri masih perlu dididik,

kesabaran masih perlu ditingkatkan.


jika dihadkan sabar,

maka,

seperti dihadkan juga pahala.

mahukah kita?

Sami Yusuf - Make Me Strong




Sami Yusuf - Make Me Strong

I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me

But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be okay

But we'll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me

This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me

But we'll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong



Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

liqa' warden ktd

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Pengerusi Majlis: Kak Husna
Penyampai: Kak Mumtazah
Tajuk: Taubat [tajuknya lain sikit sebenarnya, tapi saya tak ingat sebab macam panjang sangat]

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat [mencari ilmu pengetahuan atau berjihad], yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."
[QS 009:111 & 112]

Antara isi yang sempat saya hadam dan fahami sebaik mungkin hasil daripada liqa' warden yang serasa saya ini la pertama kali saya berkesempatan menghadirkan diri dengan izinnya, akan saya cuba untuk terjemahkan ia sedikit sebanyak ke dalam bentuk tulisan, insya Allah.

Secara kasarnya, taubat boleh diertikan sebagai mengembalikan diri kepada Allah dengan diiringi perasaan menyesal terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan. Tak kesah la samada dosa besar mahupun dosa kecil, tetap berusaha bersungguh-sungguh memohon ampun dariNya.

Ada 5 indikator, atau tanda-tanda bahawa kita sebenarnya sedang dipanggil oleh Allah agar kembali padaNya. 5 indikator ini digariskan oleh ulama' besar kalau tak silap saya. Saya tak ingat nama beliau apa. Siapa-siapa yang tau tu, boleh la kongsi ye.

1. Timbul perasaan sedih, rasa nak menangis secara tiba-tiba. Fikiran bercelaru mungkin.
2. Terasa berat dengan amalan seharian yang sebelum ni takde masalah pun nak buat. Tiba-tiba je rasa macam susah nak laksanakan.
3. Kekangan ekonomi. Dari Thauban RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seseorang insan terhalang dari mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.” [HR Ibn Majah]
4. Perubahan perilaku apa yang ada disekeliling kita. Contohnya, secara tiba-tiba, hari ni semua benda yang kita buat tak kena. Tayar kereta pancit, kena marah dengan bos, sahabat meragam, perut asyik memulas, dan lain-lain.
5. .................... [tak ingat =.=]

Ini la antara point yang penting bagi saya. Mungkin ada salah silap sikit, tapi saya harap, ia tidak menyebabkan apa yang cuba disampaikan oleh Kak Mumtazah tidak sampai. Apa yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Satu lagi yang saya belajar lewat kehadiran saya dalam liqa' ini ialah, kalau rasa diri masih belum mampu untuk menghafal seluruh ayat alQuran, sekurang-kurangnya cuba la untuk mengingati nama dan nombor surah. Contohnya, surah no. 2 ialah Surah alBaqarah, no. 3 alImran, no. 37 Yassin, dan lain-lain surah.

Siap buat kuiz lagi geng-geng usrah ni tadi. Kalau tak ingat, akan diberi hint supaya mudah untuk ingat. Contohnya surah nombor 29. Siap nyanyi lagu, "seekor labah-labah, cuba panjat perigi, bila hujan turun, ....... ". Kalau surah nombor 11 plak, disebut nama kaum bagi Rasul tersebut iaitu kaum Aad.

Ha, tau tak nombor 29 tu surah apa? nombor 11 lak? Kalau tak tau, jom sama-sama kita berkenalan dan hafal.

UBKK [versi Psycho alMuhtarif]

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya rindukan Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (UBKK). Tak kesah la lama mana dah saya tinggalkan ia, entah kenapa, perasaan rindu itu sentiasa wujud. Bahkan saya rasa ia seperti semakin kuat hari demi hari. Lebih-lebih lagi bila Allah izin untuk saya bertemu muka dengan salah seorang dari barisan penggerak UBKK sesi 2010, Aliah Amran.

Mula la kisah-kisah lama dibuka kembali walaupun kami tak sempat pun nak berkenalan masa zaman sekolah dulu memandangkan masa saya SPM, dia baru masuk Tingkatan 1. Cerita dua zaman dicantum menjadi satu. Zaman Aliah dan zaman saya. Apabila perbualan kami mula menyentuh tentang buku Psycho alMuhtarif, semakin kuat perasaan rindu itu mencengkam dada.

Teringat kembali kisah sejarah penerbitan buku Psycho. Tahun 2006 adalah tahun pertama buku Psycho dikeluarkan. Dan saya adalah antara mereka yang terlibat dengan pembikinan buku tersebut. Betapa peritnya nak mula mengeluarkan satu buku. Sampaikan, bila keluaran pertama berjaya berada di pasaran MMP, saya rasa macam saya sedang bermimpi. Sungguh-sungguh rasa tak percaya bahawa buku Psycho telah berjaya dikeluarkan. Biarla hodoh pun, yang penting isinya ada, alhamdulillah.

Dari segi sambutan pula, alhamdulillah, bagi kami, sangat menggalakkan. Mana taknya, entah berapa kali kena photostat entah. Mungkin sebab masa tu kami masih belum cukup berpengalaman bagi menentukan berapa salinan yang sesuai untuk dikeluarkan menyebabkan kami photostat sikit-sikit sebab takut nanti membazir. Itu yang kena photostat banyak kali tu bila keluaran tak selaras dengan permintaan.

Kenapa saya sayang sangat UBKK? Ada apa dengan UBKK? Memang UBKK tak sehebat Badan Dakwah dan Tarbiah (BADATI), apatah lagi Badan Disiplin (BD), tapi, melalui UBKK, saya belajar banyak sangat perkara baru. Terutama sekali sewaktu dalam usaha menyiapkan keluaran pertama Psycho. Saya mula mengenal erti pengorbanan. Mana taknya, tahun tu tahun saya menduduki SPM.

Saya sangat sayangkan ukhwah yang terjalin antara ahli UBKK.

Sarah, selaku Ketua Biro Publisiti dan Promosi ketika itu sangat banyak membantu. Dari sekecil-kecil perkara seperti men'stapler' buku sehingga la ke kemuncak pengeluaran Psycho iaitu ketika sesi pemasaran. Betapa dia banyak sangat membantu saya. Sebelum ni saya ada dedikasikan satu entry khas untuk dia sebagai tanda penghargaan.

Shida, walaupun dia adalah Ketua Biro Perhubungan Luar dan Dalam ketika itu, tetapi dengan murah hatinya dia sudi membantu Biro Publisiti dan Promosi untuk menyiapkan papan kenyataan UBKK. Terasa ringan sikit beban di bahu bila satu kerja dah selesai. Cantik woo dia hias. Kalau ada gambar memang best r tunjuk. Saat paling menyedihkan adalah bila papan tersebut dibawa lari entah ke mana ketika MMP sibuk dengan urusan membina bangunan baru.

Yang, Ketua Biro Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2006 merangkap mantan Pengerusi UBKK 2007. Dia banyak mengalah dengan sikap keras kepala saya, lebih-lebih lagi bila berkenaan dengan buku Psycho. Pernah sekali tu saya berebut dengan dia barisan pelapis. Orang yang sama direbut untuk menjadi pelapis kepada jawatan Ketua Biro PRS dan Ketua Editor Psycho alMuhtarif. Dan saya, dengan selamba badaknya, potong line dia. Dia lak, tengok je. Alhamdulillah la dia tak marah.

Wani, pembantu terbaik. Allah izin, bukan dalam UBKK sahaja saya berurusan dengan dia, bahkan di dalam organisasi Biro Buku Teks (BBT) pun kami banyak bekerja bersama. Orangnya sangat cool. Walaupun kadang-kadang tu cara dia bercakap nampak macam gelabah je. Saya selesa bekerja dengan dia.

Qielah. Dari sudut mata saya, dia kelihatan seperti pembantu peribadi Yang. Bagi saya, dia sangat rapat dengan Yang. Setia membantu seadanya. Mereka umpama aur dan tebing. Melihat mereka serasi bekerja bersama membuatkan saya rasa bahagia. Seronok. Dan dia juga, seperti Yang dan Shida, sangat suka risau tentang saya. Apatah lagi bila saya buat selamba je walaupun SPM semakin hampir tiba ketika itu.

Asiah, pewaris pertama jawatan Ketua Editor Psycho alMuhtarif merangkap mantan Pengerusi UBKK 2008. Saya rasa, memang saya lepas tangan terus kepada dia jawatan Ketua Editor tu. Takde langsung contact tanya khabar. Saya jumpa dia berkenaan dengan buku Psycho sekali je. Itu pun masa meeting UBKK awal tahun 2007, semata-mata untuk ambil dia sebagai pelapis. Lepas serah segala-galanya pada dia, terus saya menyepikan diri dari dunia Psycho.

Hidayah, setiausaha yang sangat digeruni suatu ketika dahulu. Ngeri weh. Nak dengar dia ketawa, sangat la susah. Serius amat muka dia. Nak bergurau depan dia, jangan la. Tak pasal-pasal dapat jelingan maut nanti. Cuma, kadang-kadang tu bila saya, Yang, Qielah, Shida dan Sarah bertemu, terbergurau la juga depan dia. Dan dia terpaksa tahan ketawa disebabkan gurauan-gurauan kami yang tak matang ni. Tapi sekarang, wah, pandai dah dia bergurau. Kalah saya.

Mawar. Setiap kali ternampak kelibat dia, saya jadi segan. Orangnya boleh tahan pemalu. Ayu dan lemah lembut. Saya ni kasar dan ganas, mana la tak segan dengan dia. Seingat saya, dia sangat rapat dengan Hidayah. Dan dia adalah salah seorang daripada barisan editorial Psycho untuk tahun 2008. Dia dan Hidayah pernah hadiahkan saya satu salinan buku Psycho edisi 2008. Siap ada note ringkas lagi kat bawah buku tu.

Bermula dari tahun 2006, 2007, 2008, 2009, sehingga 2010, ramai sangat yang dah berusaha untuk memastikan kelangsungan keluaran buku Psycho alMuhtarif. Ketika kali pertama kami keluarkan ia, tak pernah kami bayangkan bahawa buku Psycho akan mampu untuk diteruskan pengeluarannya sehingga tahun 2010. Tahniah dan alhamdulillah.

Moga pada tahun 2011 ini, masih ada yang sudi untuk menyambung usaha kami dalam mengeluarkan buku Psycho alMuhtarif. Dan kalau tak silap, tahun lepas, buku tersebut sudah ditukar nama kepada Psycho alFalah. Tak kisah la nama apa pun, yang penting, hasil keluaran UBKK. Majulah UBKK untuk masyarakat MMP :)

*gambar akan diupdate kemudian. macam malas sikit nak tunggu loading gambar yang lama amat =.=

DDE dan ++

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hampir seminggu lebih saya simpan entry ini untuk disiarkan. Bukan sebab ragu-ragu, tapi sebab masanya belum tiba. Entry ini hanya boleh disiarkan selepas 27 Januari 2010 memandangkan mesyuarat senat UTM Space berlangsung pada hari tersebut.

Apa kaitan mesyuarat senat dengan entry ni? Ha, kaitannya, sebab kali ni, saya ingin bercerita tentang result para pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (DDE) khususnya berkenaan dengan result pelajar siswi DDE semester 5.

Saya la manusia paling gembira dan bahagia melihat result mereka. Mana taknya, saya melihat sendiri jatuh bangun mereka selama 2 tahun 1/2 di KTD. Susah senang kehidupan mereka, rumah sewa, asrama, masalah sahabat, salah faham, dan lain-lain walaupun saya tahu, sebenarnya saya masih belum cukup memahami mahupun mengenali mereka lagi. Tapi, kejayaan mereka adalah kegembiraan buat saya.

Khas buat mereka:

Stacy - GPA 3.91
Tahniah! You have done a very good job :) Sikit je lagi nak dapat 4 flat. Dari 7 subjek yang ko amik, dua je yang dapat A-, yang lain semua dapat A. Memang mantap la. Aku yakin, tuk semester yang terakhir ni, ko boleh buat lebih baik lagi. Insya Allah, 4 flat ye :D

Wana - GPA 3.72
Alhamdulillah, tahniah Wana :D Dekan! Tinggi ko naik. Tak mustahilkan. Usaha, doa, dan tawakkal, insya Allah kejayaan kan bisa jua dimiliki. Tak sia-sia kan ko keluar asrama malam-malam, pi rumah Stacy, risau takut-takut kena kutuk dengan adik-adik sebab KA keluar malam walaupun sebenarnya dah mintak izin dari warden :P Last-last dapat juga dekan. Alhamdulillah. Tingkatkan lagi kecemerlangan tuk semester terakhir ini. Sekurang-kurangnya, maintainkan 7 tu :) Tapi, lagi bagus kalo boleh up kan lagi ^_^v

Aisyah - GPA 3.72
Aku sangat-sangat seronok bila tau ko pun dapat dekan. Tahniah Aisyah! Alhamdulillah. Sejujurnya Aisyah, aku tak sangka ko akan dapat 72 kat belakang tu. Bukan sebab ko tak layak, tapi sebab sejak-sejak ko duduk rumah sewa ni kan, jarang betul nak nampak batang hidung ko kat kolej lebih-lebih lagi time study week. Ko buktikan juga akhirnya dekat aku Aisyah, sebenarnya takde la teruk sangat duduk dekat rumah sewa ni. Sebelum ni, aku risau dengan study ko sebab rumah sewa yang ko duduk tu, macam banyak betul godaannya. Alhamdulillah, ko mampu kawal diri dan akhirnya terbukti melalui result ko yang memang betul-betul mantap :D

Dierdre - GPA 3.55
Congrats DD! Wah, wah, dekan ye dia :) Tinggi ko panjat tangga ye. Ni, semester terakhir ni, kena maintain dekan la ye. Jangan bagi jatuh balik, kalau nak bagi naik lagi tinggi takpe. Study betul-betul tau, no mee segera-mee segera :P

Ika - GPA 3.40
Tahniah buat kamu Ika :) Sikit je lagi nak dekan. Dari 2, ko panjat naik ke 3. Bukan 3.00, tapi 3.40. Wah, memang ganas. Makanya, aku tak rasa ia sesuatu yang mustahil untuk ko panjat tinggi daripada 3.50 bagi semester akhir ni :D I know you can do it, because you already prove it~

Casie - GPA 3.24
Congratulation! From nothing, you have got something :) See, you can do it. Ko boleh KC. Aku tau ko pandai, aku tau ko faham, aku tau ko boleh buat. Cuma, untuk ko menzahirkan atas kertas tu je yang bermasalah sikit. Kalau la boleh amik brain ko pastu submit ke UTM, dah lama dah ko dapat dekan aku rasa :D Jadi, tuk semester terakhir ni, pecut la sehabis mungkin. Sekurang-kurangnya hadiahkan dekan buat diri walaupun hanya sekali.

-----

Apa yang membuatkan saya paling-paling gembira ialah, ketujuh-tujuh kamu, berjaya menguasai pentas untuk anugerah pelajar bagi semester ni nanti, insya Allah :) Ya, kamu berTUJUH. Tiada satu pun yang ditinggalkan. All of you, together. Itu yang paling membahagiakan saya.

Opss. Tujuh la. Kat atas baru cerita tentang 6 orang. Ada lagi sorang tak cerita :) Kenapa letak dia last sekali? Sebab saya rasa cerita dia panjang sikit dari yang lain ^^


Nia - GPA 3.83
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tahniah Nia. Dalam keadaan hati dan emosi ko yang tak berapa nak stabil tu pun, ko masih boleh score. Walaupun ko punya la kalut, dok takut la, risau la, takleh fokus la, sampai aku dan Puan AC pun terisaukan ko tanpa sengaja sedang kami tahu ko memang terer pun. Kadang-kadang pemikiran negatif ni baik juga tuk ko. Sebab bila ko sibuk dok fikir banyak benda tak study lagi, ko akan jadi rajin nak study, ko akan struggle lebih lagi, dan ko akan kurang mengharap. Tapi, jangan terlampau sangat dalam dok berfikiran negatif tu, sebab nanti akan menyusahkan orang lain contohnya macam aku dan Puan AC tadi la yang tiba-tiba terisaukan ko tanpa sengaja. Tahniah sekali lagi nia sebab ko mampu untuk fokus sebenarnya. Cuma tu la, ko risaukan sesuatu lebih dari yang sepatutnya. Macam exaggerate gitu. Nia, ko tinggal satu semester je lagi ek. Jangan lupa, semester terakhir ni ko cakap ko akan usaha tuk dapat 4 flat. Aku tuntut nanti tu :) Kena dapat 4 flat gak. Asyik dekan je, bosan dah aku :P

-----


Kejayaan kamu bertujuh lebih membahagiakan aku daripada kejayaan aku sendiri. Berjaya sendirian, apa la sangat, berbanding melihat kamu semua berjaya bersama. Alhamdulillah, dah naik kembali semangat aku yang jatuh dulu. Seronok bayangkan kamu semua naik pentas sama-sama, bising ramai-ramai masa hari anugerah nanti, insya Allah :)

Nia dan Stacy, CPA korang sekarang 3.66, sama dengan CPA aku masa aku graduate dulu. Korang masih ada peluang untuk lintas, dan aku cabar korang supaya lintas :D

Kamu bertujuh, jangan lupa tolong tengokkan adik-adik siswi DDE yang hanya tinggal 3 orang je tu. Ajar diorang, push diorang sebagaiman korang diajar dan dipush dulu oleh senior-senior korang yang baik-baik lagi comel tu :) Berbaktila kepada adik-adik.

Jangan tunggu mereka datang mengadap. Korang dulu pun, mula-mula bukan korang yang datang mengadap senior. Senior yang datang mengadap korang dulu. Siap buat klinik lagi, sampai termengajar ajaran sesat sebab tak well-prepared :P

Ni kira macam pesanan seorang kakak la juga walau aku tau ada yang kalau dikira dari segi umur, tua daripada aku. Tapi, kita letak ke tepi dulu soal usia kerana usia hanyala angka untuk mengukur jangka hayat manusia.

Korang tinggal satu semester je lagi untuk didik adik-adik semester 1 supaya mereka jadi kakak-kakak yang baik buat adik-adik baru yang bakal masuk bulan 7 nanti. Sebab masa tu nanti korang dah takde tuk tolong guide adik-adik DDE yang baru tu. Letih tau aku kempen DDE (DDE, bukan KTD) dekat budak-budak lain. Sikit la punya susah nak convince diorang suh amik DDE dekat KTD. Makanya, jangan sia-sia kan generasi pewaris siswi DDE sekarang ni untuk menjamin keberadaan siswi DDE di KTD di masa-masa akan datang.

Nanti kena buat post-mortem tuk result DDE baru-baru ni. Nak kena recheck balik, kat mana kurangnya sampai result senior boleh naik melonjak, tapi result junior jatuh merudum. Kena susun balik strategi untuk memastikan semua ahli Engineering Student Associate (ESA) dapat manfaat, bukan sebahagian saja. Jangan lupa juga untuk jemput para pensyarah dan JURUTEKNIK MAKMAL ELEKTRONIK untuk kita sama-sama berbincang dan berkongsi idea. Ingat, KAMI pun sebahagian dari ESA :P





Last but not least,



Ada result sorang lagi budak ni yang saya nak cerita. Tapi dia bukan student DDE la. Cumanya, result dia juga sangat-sangat membahagiakan saya :)



Rabia - GPA 3.54
Alhamdulillah. Tahniah Rabia. You've made it :) For all the hard work you have done, I believe, you deserve this. Keep it up. Nak berjaya tu tak senang, tapi nak istiqomah dalam kejayaan tu lagi susah. Apa-apa pun, akak yakin awak boleh buat. Makanya, sila kekalkan kecemerlangan ini untuk semester-semester yang akan datang. Tapi kalau ditingkatkan lagi bagus :D Tanpa sedar, Rabia dah buktikan, bahawa taklifan dan jawatan bukanla alasan kenapa result boleh jatuh :)



Pesanan penaja, anda semua masih lagi dilarang untuk makan sebarang jenis mee segera walaupun dah berjaya score dalam exam. Ada paham? :)



-20/01/11-

buat mereka

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

"I choose to keep moving forward. But you, have your own choice, whether to keep standing there or to keep moving forward side by side with me. The choice is yours, not mine. I can hold your hand, but still, the one who will make the step is you."


"Aku memilih untuk terus bergerak maju. Tapi anda, punya pilihan sendiri, apakah akan tetap berdiri di sana atau untuk terus bergerak maju berdampingan denganku. Pilihannya adalah milik anda, bukan milikku. Aku bisa memegang tangan anda, tapi tetap saja, orang yang akan membuat langkah adalah anda."


-khas buat mereka yang rasa dirinya ada kaitan-


maafkan aku kerana terasa letih
letih menanti huluran tangan ini disambut

makanya,
aku memilih untuk kembali melangkah
samada kau sudi mengikutiku atau tidak,
itu urusanmu.

bukan mengalah
cumanya,
manusia hanya sudi belajar tuk menghargai
bila dia kehilangan sesuatu.

aku serik menjadi lilin,
mahu belajar menjadi matahari pula..

mari belajar dari alam

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


Cerita Alam


Awan putih setia di langit biru.

Pokok hijau teguh di tanah merah.


Awan tak pernah bising untuk turun ke tanah,

seperti,

tak bersuaranya pokok minta diterbangkan ke langit.


Namun,

ada ketikanya daun pokok kan terbang tinggi,

ada waktunya cebisan awan kan menyentuh bumi.


. . . . .


Cerita Manusia


Sering kali,

hati dihimpit iri,

bila mata melihat indahnya bumi,

kala diri megah di langit tinggi.


Lupa.

Buta.


Pada apa yang dimiliki.


. . . . .


Jangan tunggu rebah ke bumi,

baru mengerti tinginya nilai si langit,

sedang indah si bumi,

belum tentu bisa dikecapi.


Jadila seperti awan dan pokok.

Menerima diri seadanya.

Kelak nanti,

bahagia itu kan bisa jua dikecapi.

scramble

Mendongak ke langit cerah,

tiada kerlip bintang kelihatan.


Menghirup udara sepi,

tiada desir angin kedengaran.


Bukan kerana mereka tiada,

tapi kerana aku penuh kelemahan.







Aku tak bisa melihatNya,
aku tak bisa mendengar bicara langsung dariNya.


Kerana Dia yang Maha Sempurna,

sedang aku si hamba yang hina.


Walau terasa ditinggal sendiri,

walau terasa dibiar menyepi,

akan tetap ku yakini,

Dia ada menemani.


Ingatkan aku sentiasa Tuhan,

agar aku tidak lupa

bahawa aku hidup

bertuhankan Engkau yang Maha Esa.

dia

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

2011

Saya tak berminat untuk cerita panjang berkenaan dengan tahun baru sebab saya tak rasa pun macam nak sambut kehadiran tahun baru melainkan dengan rasa sangat-sangat terkilan dengan diri sendiri.

Terkilan dengan persembahan diri pada tahun 2010. Jatuh merudum, samada dari segi akademik mahupun sakhsiah. Bak kata pensyarah saya tentang pencapaian akademik saya, "awak ni bukan jatuh menggelongsor dah ni, ni macam terjun lembah terus ni".

Saya nak mulakan entry tahun baru ni dengan cerita tentang 'dia' :P


Cheese

Dia suka sangat makan cheese, sampai mak dia terpaksa letak syarat, "2 keping je" [tak pasti tuk sehari ke atau tuk sekali makan]. Mana taknya, kalau tak cakap gitu, agak-agaknya, selagi ada cheese kat rumah, selagi tu la dia dok melantak. Bahaya, bahaya.

Ini dia hantu cheese~

Tenggoleng

Korang pernah tak dengar makanan yang bernama 'tenggoleng'? Dulu, saya tak pernah kenal apa itu tenggoleng, tenggiling saya kenal la. Tapi, si dia yang terer sangat ni, dengan yakinnya memanggilkan makanan di bawah ini, 'tenggoleng'. Pantang pergi pasar malam, mesti akan kedengaran suara-suara, "nak tenggoleng".

Ouh, apa itu tenggoleng? Jom kita berkenalan dengan makanan yang bernama tenggoleng :)

Erkk.. Sebenarnya makanan ni nama ape ek? Nak kata ketam, tak.

Saya pun tak tau nak panggil apa makanan ni. Nak panggil bebola ketam, tak sfera macam bola pun. Nak panggil crab stick, lembik je makanan ni. Jadi, bila dia ni pandai-pandai bagi nama tenggoleng, saya pun ikut je la. Kan senang nak bahasakan makanan ni bila dah ada nama. Takde la susah-susah nak kena describe satu-satu ciri-cirinya, 'ala, isi ketam yang panjanng tu, yang biasa orang buat jual jadi yong tau fu tu, yang lembik-lembik tu'.


Siapakah 'dia' si gadis misteri ini?

Ini la anak sedara saya yang sulung, Hannan Aqilah Binti Ahmad Fadzli. Tahun 2011 ni umurnya insya Allah bakal mencecah 5 tahun. Comel dan cute kan dia, macam mak sedara dia yang sorang ni :P


Kesimpulan

Makan cheese banyak sangat tak baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi tuk kanak-kanak macam dia ni. Sebab tu la mak dia bagi syarat tak leh makan banyak-banyak. Walaupun dia suka sangat dengan cheese tu, tapi dia tetap ikut arahan mak dia, rela dalam paksa. Sedangkan dia masih lagi kanak-kanak, tak tahu yang mana baik dan yang mana buruk, hanya sekadar mengikuti perintah si ibu yang disayangi sebab takut kena marah.

Kita pula bagaimana? Banyak perkara yang kita suka, tapi belum tentu baik untuk kita. Maka, Allah menetapkan syariatullah dan sunnatullah sebagai panduan perjalanan hidup kita menujuNya. Namun, sejauh mana kita akur akan perintahNya seperti si anak kecil tadi? Adakah kita sudah benar-benar menyintaiNya hingga kita mampu untuk tunduk akan perintahNya hanya kerana kita takut murkaNya?

Itu pengajaran dari cerita 'cheese'. Jom kita selidik cerita 'tenggoleng' pula ^^

Nama tenggoleng wujud dibibir dia kerana dia tak tahu apa nama makanan tersebut dan mak-mak sedara dia pun macam tak tahu juga. Kreatif kan. Kalau dah takde nama, reka la nama sendiri. Asalkan ada yang faham.

Bila berhadapan dengan masalah, cuba la selesaikan dengan sebaik mungkin. Cari la jalan terbaik. Jangan mengalah.

Jom kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku disekeliling kita :)