fokus dan rajin
Monday, March 7, 2011 by peNer0ka keTenaNgan
ada orang rajin, tapi susah nak fokus masa study.
ada orang yang mudah untuk fokus, tapi malas nak study.
mungkin kita nampak, yang mudah untuk fokus tu lebih untung.
sebab, walaupun malas, insya Allah masih boleh score.
tapi, kenyataannya, tak pun.
mereka yang untung, adalah mereka yang sudi perbaiki diri.
yang rajin, perlu didik diri untuk lebih fokus.
yang malas, perlu didik diri untuk lebih rajin.
untuk mereka yang tak reti nak fokus, tiba-tiba nak fokus, amatlah payah.
begitu juga untuk orang yang malas, nak jadi rajin, sangatla sukar.tapi, macam biasa, tak mustahilkan?
cuma, usaha masing-masing kena la lebih.
jangan dengki bila melihat,
ada orang yang baca buku sekali dua dah boleh faham.
sebab, itu bukan kerana mereka pandai, bijak atau genius,
tapi kerana mereka mudah untuk fokus.
maka, belajarla untuk fokus.
masa zaman sekolah dulu-dulu, bila tiba sahaja musim exam,
mula la pakat-pakat dok forward sms nasihat.
antaranya, "don't study hard, but study smart".
saya nak tanya,
study hard tu macam mana ek?
study smart lak?
kalau ikut pengertian peribadi saya la kan,
study hard tu belajar sokmo-sokmo, atau dalam bahasa mudahnya, rajin.
study smart lak belajar secara berkesan, atau dalam bahasa ringkasnya, fokus.
zaman sekarang ni, banyak perkara yang perlu seiring.
tak boleh dah nak utamakan yang satu,
manakala pasangannya dibiarkan dikedudukan nombor 2.
tak boleh dah buat double-standard gitu.
contohnya,
dakwah-tarbiyah dan akademik di kampus, perlu seiring.
kualiti dan kuantiti amal ibadah, perlu seiring.
makanya,
sekarang ni, study hard dan study smart juga perlu seiring.
tak boleh fokus je tapi malas.
tak boleh rajin je tapi tak fokus.
ingat,
fokus itu bukan dari keturunan.
rajin itu bukan dari warisan.
ia adalah hasil didikan.
maka didik la diri untuk fokus DAN rajin.
like it...:)
saya jenis study hard..n awk study smart..
d sebabkan saya sukar nak kearah awk n awak sukar tuk kearah saya, pa kata kita gabung. Saling tolong mnolong gi2. Dengan itu mayb sy lbh mudah blajar utk fokus n awk tak mustahil akn terRAJIN. Mana taknya, asyk kena tanya soalan jer...heheh
Ringkasnya, kurniaan ALLAH pada tiap manusia itu berbeza.
kerana didikan ALLAH utk kita saling tolong menolong, lengkap mlengkapi. Itulah hikmah hdup bmasyarakat.
Saya tak kan sia2 kan awk sbg sahabat saya. Akan pergunakan anda sepenuhnya...hehheh....:)(jgn salah phm ngan ayat ini)
The point is kita berusaha..ist right?...
jazakillahu khairan kathira sahabatku...:)