malu

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Baiknya Allah. Baru semalam teramat rindukan seseorang, tapi tadi, Allah bagi cash dapat cakap dengan insan istimewa ni. Lama. Lebih kurang sejam suku. Dah lama sangat tak berborak panjang dengan dia. Alhamdulillah diberi kesempatan, diberi peluang. Allah MahaBaik. Tapi sayang, kita hamba-hambaNya jarang sekali bersyukur.

2, 3 hari kebelakangan ni Alhamdulillah, banyak sangat yang Allah tolong. Kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa sampai begitu sekali Allah tolong diri ini, sedangkan di hati masih bersisa karat-karat jahiliyah? Banyak masalah yang terasa amat berat tiba-tiba dapat diselesaikan dengan mudah. Allah tolong, Allah bantu. Aneh. Kenapa Allah begitu Baik dengan aku, sedangkan aku begitu jahat denganNya. Seringkali lalai. Leka. Nasihatkan orang tapi hati sendiri busuk. Ya Allah, malunya aku dengan Kau.

Cuba bayangkan, kalau kita bagi hadiah kat seseorang yang kita sayang. Sentiasa, tak pernah lupa untuk hadiahkan dia terutama sekali sewaktu hari lahir dia. Tiba-tiba, insan yang kita sayang tu, lupakan kita, dia abaikan kita, kita tegur dia buat bodoh jer, kadang-kadang tu siap marah-marah kita lagi, hadiah yang kita bagi sesedap rasa jer dia baling-baling, sepak-sepak, koyak-koyakkan. Agak-agaknya, apa yang kita rasa waktu tu? Sedih? Geram? Mesti lepas tu, kita takkan bagi dah dia apa-apa, hatta beras sebiji.

Tu, kita manusia. Tapi Allah, dah la kasih sayang yang diberi tidak mintak dibalas, bahkan segala nikmat dan rahmat Dia curahkan kepada kita hambaNya. Adakah kita bersyukur? Kadang-kadang tu, bukan setakat tak bersyukur, pertikaikan pulak kenapa Allah bagi kelebihan kat orang lain bukannya kat kita. Allah bagi oksigen, angin, hujan, matahari, pokok, binatang, dan macam-macam lagi. Sedangkan kita, selalu lupakan Dia. Ingat kat Dia pun mungkin 5 kali sehari, maksimum. Itupun sebab solat. Agak-agak kalau tak solat, berapa kali la kita ingat Allah. Mungkin tak ingat langsung. Tapi ada ke Allah tarik balik semua nikmat yang Dia bagi? Allah baru tarik satu pun, kita dah mengeluh panjang. Malunya.

Malu. Malu sangat dengan Allah. Kenapa aku jahat sangat? Allah baik dengan aku, tapi aku, jahatnya... Hati, cukup-cukupla tu lalai. Akal, berhentila dari mengikuti nafsu. Nafsu, terimala didikan iman. Iman, jangan menyerah dengan hasutan syaitan. Ya Allah, ampuni kami. Jadikanla kami hamba-hamba Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat kasih sayang Mu.

kenangan

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tiba-tiba memori lalu terimbau. Teringat. Allah izin. Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (UBKK), tempat yang Allah izinkan diri ini untuk mematangkan fikiran. Tempat dimana melaluinya Allah suntikkan satu kesedaran, Allah terapkan pengalaman yang tak ternilai, semuanya untuk jiwa yang hina ini. Rindu. Apa cerita keadannya sekarang agaknya? Adakah masih terus berusaha untuk bangun menjadi nadi MMP? Ingin sekali aku tahu apa khabarnya.

Perkenalan dengan UBKK kalau difikirkan terasa seperti satu kebetulan. Kebetulan yang Allah ciptakan untuk diri ini agar lebih mengenaliNya. Permulaanya, tiada yang istimewa. Sehinggalah ditaklifkan sebagai Exco Biro Promosi. Masa tu, hubungan dengan Allah sangat-sangat teruk. Tak terasa berat untuk menerima jawatan sebab tak terasa yang Allah akan tanya suatu hari nanti tentang amanah yang dipikul. Tapi Alhamdulillah, sewaktu itu, Allah masih sudi untuk menjaga hati ini. Allah izin untuk aku tidak menjadi seorang yang gila kuasa. Aku tak kesah kalau tak dapat jawatan, aku tak kesah pasal sijil, tapi kalau orang dah bagi jangan tolak.

Aku mula jadi exco UBKK masa tahun 2006. Sebenarnya dulu UBKK bukanlah satu badan yang terkenal. Ramai yang tak tahu pasal UBKK. Mula dari tahun 2006 la, kami cuba untuk naikkan UBKK supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan badan-badan lain seperti Badan Dakwah dan Tarbiah (BADATI). Yang seronoknya UBKK masa tu, MT dan Exco-exco lain kebanyakannya satu kepala dengan aku. Meeting jarang-jarang sekali serious. Mesti ada lawak-lawak. Jadi, aku tak rasa terbeban untuk hadir meeting UBKK. Seronok.

Sewaktu meeting bersama dengan AJK Biro Promosi, timbul idea untuk menerbitkan satu majalah khas UBKK. Tapi tak nak la sampai nanti kami dikatakan meniru Buletin Tarbiah (BT) terbitan BADATi. Jadi kami bersepakat untuk menerbitkan majalah tersebut dalam bentuk buku memandangkan BT diterbitkan dalam bentuk A4. Selepas beberapa hari perbincangan, kami menetapkan buku ini dinamakan Psycho al-Mukhtarif (PM). Siap ada logo lagi tu. Hasil ciptaan Fatimah.

Disebabkan untuk menghasilkan buku bukanlah perkara yang mudah terutama sekali, first time punya kerja, teramatlah susah, jadi aku mengambil inisiatif untuk meletakkan jawatan selaku Exco Biro Promosi. Jawatan aku diambil alih oleh Maisarah dan aku dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Editor Psycho al-Mukhtarif. Bila imbau balik, betapa peritnya nak terbitkan satu buku tu sampai tahap aku rasa tak percaya sangat bila berjaya menghasilkan satu keluaran Psycho al-Mukhtarif. Rasa macam bermimpi. Bila tengok orang baca PM, rasa teruja sangat. Betulkah buku tu kami yang buat dulu? Betul-betul tak percaya. Tapi rasa puas hati sangat. Tak terkata. Sampai sekarang masih terasa.

Banyak kisah suka-duka yang aku alami sepanjang usaha untuk terbitkan PM. Sebab tu lepas SPM aku risau sangat adakah orang yang sudi untuk meneruskan usaha aku ni? Masih jelas diingatan, sewaktu pembahagian AJK pada tahun 2007, masa tu aku dah berhenti sekolah dah tapi masih datang sebab tercari-cari siapalah agak-agaknya yang mampu untuk teruskan PM ni. Masa tu, Siti Yang Latifah sudah ditaklifkan selaku Pengerusi UBKK 2007. Disebabkan terlampau excited nak cari Ketua Editor PM yang baru, aku mengabaikan arahan Pengerusi (Yang, maaf deh. Tak sengaja ~_~).

Dan disitu jugak aku pertama kali kenal Asiah. Bila fikir sekarang, rasa nak tergelak sangat. Sebab masa tu tanpa disedari Yang dan aku sama-sama berebut dia untuk kami lepaskan tanggungjawab kami ketika tahun 2006 kepada dia. Yang nak suruh dia jaga bahagian PRS, aku pulak nak suruh dia handle Psycho al-Mukhtarif. Entahla, Allah izin kami nampak jiwa kepimpinan dalam diri Asiah. Tahun berikutnya Alhamdulillah, dia pulak ditaklifkan sebagai Pengerusi UBKK. Maknanya pilihan aku dan Yang tak salah =)

Itula antara kenangan aku kat MMP dulu. Rindu...

cerita hati

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Peritnya ujian. Tapi itulah tanda kasih sayangNya kepada kita hamba-hambaNya. Seandainya hidup ini dibiarkan berlalu begitu saja tanpa ujian, mungkin kita akan lalai, lalai disebabkn kesenangan yang dimiliki. Kita lupa untuk bersyukur. Nikmatnya ujian semakin terasa bila sabar menjadi benteng hati. Ya Allah, maafkan kekhilafan diri ini, ampuni aku seandainya kelemahanku mendatangkan fitnah kepada agamaMu. Ingin menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar tapi aku silap, caraku tidak berhikmah. Sekali lagi, ada yang terguris hati. Ya Allah, lemahnya aku.

Mungkin lebih baik bagi diri ini untuk mendiamkan diri. Seandainya kata-kata yang keluar dari bibir hanya akan merosakkan ukhwah yang terjalin. Tak berniat ingin menyakiti. Cuma, inilah kekurangan diri, tidak mampu berlemah lembut. Sedih. Sedih dengan diri sendiri. Nak betulkan, tapi rupa-rupanya makin merosakkan. Umpama tikus membaiki labu.

Mungkin hati ini lupa padaNya. Hati ini terleka dengan kasih sayang manusia. Maka Dia menegur supaya hati ini kembali tsabat di jalanNya. Supaya hati ini terus direndahkan dihadapanNya. Rindu. Rindu. Rindu sangat. Pada bicara mereka yang menyebut nama-nama dan kekuasaan Allah.

salam...izinkan sy utk meluahkan apa yg t'lintas di fkiran & dhati ini...
sekadar mengingatkn diri sy sndri & jga saudara seakidah...
yg dikasihi..
Allah ciptakan kta utk memakmurkan bumi ini..
Dia kurniakn kta akal fikiran..
kta dbri mata utk mliht, kta dbri tlinga utk mdgr, kta dbri mulut utk mngatakn yg bnar..
itu smua adlah kurnia Nya.
tp apakh kta msyukuri sgla nikmt yg dkurniakn Nya itu???
jgn biarkn diri kta dlembah hina..
jgn biarkan mata yg clik dikaburi nikmat dunia..
mata yg dpinjmkan, jgn dsalah gna..
hiasi bibir dgn madah indah memuji Dia..
& jgn pekakkn tlinga..
bukalah hati utk mnerima peringatan dr yg Esa..
yg dititipkn kpd insan2 pilihan Nya..
itu tndanya Dia sayang kta..
jgn marahkn mrk..jgn pla mbenci mrk..
jka kta marah, jka kta bnci..pd siapa sbnarnya???
bukankh pd Yg mciptakan kta???
SIAPALAH KITA???
nak mberi peringatan, xmampu.. nak mdgr pringatan, xmahu..
LAYAKKAH KITA???
renung kembali..muhasabah diri..
Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihi..
maafkn sy jka kta2 sy mnyinggung perasaan smua..
skadar pringatan buat diri ini yg sring alpa..
salam mujahadah!!!
buat pnulis blog, truskn usaha. sesungguhnya Allah sntiasa bsama & mbntu tiap hmba Nya yg mbntu agama Nya..
yg t'akhirnya buat kta smua, sampaiknlah walau satu ayat...
wassalam...

p/s : ambil dari blog Yang, sahabat yang dirindui...

Sorry...

Salam 'alaik...

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Again, I hurt someone I love. Menyakitkan. Ingin menegur, tapi mungkin kerana tidak cukup berhikmah menyebabakan ada hati lagi yang terluka. Sayang sangat, sebab itu sedih. Tapi dia tak faham. Dia ingat aku marah. Tak marah pun, cuma sedih. Jangan manjakan diri wahai adikku..

Sebelum ni, aku selalu ingatkan peserta jati diri, cepatlah matangkan diri. Masyarakat sedang menunggu kita untuk menyedarkan mereka dari lena. Jangan manjakan diri, masih jauh perjalanan kita untuk menegakkan agama Allah. Aku cuba untuk sedarkan adik-adik. Tapi rupa-rupanya adik aku sendiri tak matang. Sedih. Kita sibuk nak betulkan masyarakat luar, sedangkan ada lagi yang disisi yang tak terjaga. Apatah lagi dia adalah orang yang tergolong dalam kelompok yang sentiasa diberi peringatan. Bangun!! Sedarlah!! Islam perlukan kau adikku!!

Ya, kita semua ada kekurangan, ada kelemahan. Kadang-kadang kita pun ingin dimanjakan, ingin menikmati kesempatan yang dimiliki. Tapi perlu ingat, jangan tunjuk semua itu dihadapan orang yang dipimpin. Jangan sampai timbul keraguan mereka terhadap kita. Sekiranya urusetia mengantuk ketika program, jangan tidur depan peserta. Jika ada arahan supaya semua peserta berhenti bermain, fasi juga harus berhenti. Kerana kita adalah contoh kepada mereka. Kita perlu tunjukkan qudwah hasanah. Sekiranya fasi sendiri tidak mengikuti arahan yang diberi, bagaimana peserta ingin menghormati pemberi arahan dan fasi? Sedarlah!!

Sedih sangat. Kenapa? Sebab ini bukan kali pertama. Sudah ditegur sebelum ni, kenapa perlu diulang? Perkara yang sama. Tiada beza. Didik nafsu tu dik, jangan biar ia kuasai hati. Tolonglah terima teguran ini sekalipun ia kurang berhikmah. Maafkan aku.

Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami ini dengan perasaan kasih sayang kerana Mu semata-mata. Janganlah disebabkan kekurangan dan kelemahan kami merosakkan ikatan hati diantara kami. Kau ampunilah dosa-dosa kami ya Rahman. Lapangkanlah dada kami ya Rahim.

letih tapi seronok..

Salam 'alaik...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, dengan izinNya aku diberi kesempatan untuk mengikuti program Kem Kecemerlangan Saksiah Terpuji bersama barisan kepimpinan Politeknik Shah Alam (PSA) dan Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) sebagai fasilitator selama 2 hari 1 malam. Sepatutnya program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam, tetapi disebabkan kami fasi-fasi dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) mempunyai kuliah pada hari Ahad, maka kami hanya mampu menyumbangkan tenaga selama 2 hari sahaja iaitu, hari Jumaat dan Sabtu. Alhamdulillah.

Program tersebut diadakan di Asli Adventure Camp, Ulu Langat, Selangor. Fasilitator KTD terdiri daripada 3 siswa dan 3 siswi. Sebenarnya program ni adalah anjuran Haluan Malaysia dan Politeknik. Tapi disebabkan sedikit masalah, Haluan meminta bantuan daripada KTD untuk menghantar fasilitator KTD bagi menguruskan program ni. Alhamdulillah.

Kami bertolak dari Kota Bharu dengan menaiki Bas Express Durian Burung lebih kurang pukul 9.30 malam, Khamis. Alhamdulillah, dalam pukul 6.30 pagi kami selamat tiba di Hentian Bas Kajang. Selepas solat Subuh, kak Tasnim, sahibah di sana datang mengambil kami, fasi siswi kemudian dihantar ke rumah kak Fauzan, rumah sewa sahibah. Kedatangan kami disambut dengan baik. Sampai-sampai, disajikan dengan nasi lemak + kuih-muih untuk sarapan. Siap sarapan, kakak-kakak tolong hamparkan tilam untuk kami berehat, cukup memahami yang kami ni keletihan berjalan jauh. Layanan mereka, tersangat-sangat baik. Rasa terhutang budi sangat. Terima kasih semua, kak Husna, mak cik Asiah, kak Dayah, dan lain-lain (maaf, tak ingat nama). Alhamdulillah.

Dalam pukul 11.00 pagi kami bertolak ke Asli Adventure Camp dengan bantuan kak Shajar. Sampai kat sana dalam pukul 1.00 petang. Sewaktu kami sampai, peserta tengah melakukan sesi ta'aruf di bawah seliaan kak As, pensyarah PSA. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Rasa cukup seronok berkenalan dengan para peserta. Peserta kali ni semunya hampir sebaya dengan kami. Umur mereka antara 19-23 tahun. Disebabkan ada diantara mereka yang lebih tua dari kami, kami diperintahkan untuk merahsiakan umur kami bagi mengelakkan ketidak puas hatian dari para peserta terutama sekali bagi yang lebih berumur. Jadi, bila bercakap kena guna ganti nama 'akak-adik'. Aku ni kurang biasa bahasakan diri akak, kadang-kadang tu terkeluar juga perkataan 'aku-ko'. Tapi budak-budak ni kebanyakannya 'masuk' dengan aku. Seronok sangat. Alhamdulillah.

Melalui program ni, aku dapat lihat perbezaan pemikiran antara barisan kepimpinan sekolah menengah dan barisan kepimpinan IPT. Sebelum ni aku pernah jadi fasi program kepimpinan sekolah menengah, kebanyakan peserta kurang matang. Mungkin kerana mereka berada di dalam suasana yang 'selesa', jadi mereka tidak merasa kepentingan untuk mematangkan diri. Peserta program ni pula betul-betul mempunyai pandangan yang lebih ke depan. Kebanyakan mereka terdiri dari ahli Pusat Islam (PSI), Jawatankuasa Perwakilan KAMSIS (JPK), MEKAR, dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Orang kuat-kuat semuanya. Alhamdulillah.

Masa Jungle Trekking, ada checkpoint untuk SWAT. Kelemahan, kekuatan, ancaman, peluang, dan perancangan yang mereka utarakan betul-betul mantap. Ops-Nahi Mungkar, Halaqah Khusus, Halaqah Umum, Program Makan Setalam, dan macam-macam lagi. Program yang kami buat kat KTD pun tak la sampai segempak ini. Biasa-biasa sahaja. Dan masalah yang biasa timbul bila buat program berunsur dakwah ni ialah, para peserta. Biasanya kalau program dakwah, peserta kebanyakannya muka-muka sama. Susah nak tarik pelajar-pelajar bermasalah untuk hadir. Kadang-kadang kalau wajibkan sekalipun, masih ada yang ponteng. Apatah lagi kalau buat terbuka. Kat KTD pun timbul masalah ni. Tapi kami di KTD dididik untuk mengutamakan dakwah khusus melebihi dakwah umum. Alhamdulillah.

Dakwah umum merujuk kepada program-program yang melibatkan peserta yang ramai seperti ceramah, motivasi, kem, dan lain-lain. Dakwah khusus pula lebih kepada membina jambatan hati antara da'ei dan mad'u. Seperti kata Saiful Islam, "they don't care how much we know untill they know how much we care". Cara terbaik untuk berdakwah ialah melalui kasih sayang. Macam mana nak berkasih sayang kalau tidak berkenalan? Kami ditekankan untuk mendekati para pelajar dan lihat mereka melalui sudut positif. Pandang mereka melalui pandangan kasih sayang. Yakin bahawa mereka adalah calon mad'u yang terbaik. Yakin mereka boleh dibentuk. Paling utama sekali, yakin dengan janji Allah. Alhamdulillah.

Proses ini mungkin mengambil masa yang amat panjang. 2, 3 tahun mungkin. Tapi ia memberi kesan yang paling mendalam. Terutama sekali bagi mereka-mereka yang baru ingin mengenali Islam yang sebenar, erti Iman yang hakiki. Perlu ada sahabat yang sentiasa menyokong dari belakang. Kalau ceramah yang betul-betul berkesan sekalipun, selama mana ia akan bertahan di dalam hati kalau tidak digilap hari-hari? 2, 3 hari boleh la. Kalau seminggu? Sebulan? Proses pembersihan hati perlu berjalan sentiasa. Kerana itu perlunya ada pendamping yang sentiasa memberi peringatan. Kalau para pemimpin, mungkin mereka mampu untuk melakukan tarbiyah dzatiyah. Tapi, untuk yang baru belajar merangkak, mana mungkin mereka mampu untuk berlari. Alhamdulillah.

Sewaktu sesi Sharing, kami gunakan sebaik mampu untuk kongsi pengalaman kami di KTD. Perkara yang paling kami tekankan ialah, Hubungan Dengan Allah (HDA). Moga-moga dengan izinNya apa yang kami sampaikan bermanfaat untuk mereka. Alhamdulillah.

Petang Sabtu, dalam pukul 5.30 petang kak Shajar datang hantar fasi yang akan menggantikan tugas kami sehingga hari Ahad. Terima kasih. Disamping tu, kak Shajar ambil dan hantar kami ke Hentian Bas Kajang. Tepat pukul 8.30 malam, Bas Sani Express bertolak membawa kami pulang ke Kota Bharu dan selamat tiba di bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah.

Walaupun sedikit menggantuk masa kuliah pagi tadi (kuliah mula pukul 8.00 pagi), rasa bersyukur sangat kerana terpilih untuk jadi fasi program. Banyak pengalaman yang dapat dikumpul. Dapat jumpa 'adik-adik' yang bakal meneruskan perjuangan kami di luar. Seronok. Moga-moga ukhwah antara kami berkekalan sehingga ke syurgaNya. Alhamdulillah.

*Allah izin, semester ni kelas paling penuh adalah hari Ahad. Alhamdulillah.
**Baru perasan, karangan panjang sangat.
***To Eja, Yati, Solehah, 25/02/89 (lupa nama), salam perkenalan =)