redha..

aku terima semuanya...
baik buruk...
aku pasrah...
bukan berputus asa...
tapi bingung...
kabur jalan dihadapan...
Allah tempat bergantung selamanya...
akal kini bebas...
tenang...
terimalah seadanya...
resam kehidupan...
semua manusia bermasalah...
dan aku terima apa hasilnya...

Walimatul Urus

first of all, bukan aku tau tapi kakak aku...insya Allah 24/09/09 di rumah pengantin perempuan dan 26/09/09 di rumah pengantin lelaki..dijemput hadir kepada sesiapa yang mampu untuk hadir..maaf la ek lambat jemput..sebelum nie cbuk dok buat persiapan sampai terlupa pasal jemputan..maklum la, bukan majlis aku "_"...maklumat tambahan :



20.09.2009

baru lepas solat aidilfitri..balik2 terus sibuk nak bgambar..tak sempat nak tukar tudung pun lagi...yang lain, masih dalam proses bersiap...


sebenarnya nak amik gambar siblings perempuan jer, tapi si aqilah nie nak join gak..ibu dengan mak ha sibuk dok pujuk dia..tapi dia nak gak masuk dalam gambar...


so, redha jer la kami...inilah hasilnya...


dia beratkan badan dia tak nak bangun...nak gak duduk kat situ...dalam kepala dia macam ada ayat, "there is no picture without me"...


time ni si aqilah kena buli dengan auntie2 dia...auntie2 dia suh dia berdiri belakang sofa dengan usu ariff...kalau tak buat gitu jawapnya takde la gambar kami adik-beradik tanpa dia..ini pun tak lengkap lagi...bonda jadi jurukamera...


so, nak bagi cukup korum, kitorang guna timer..tapi pandai pulak si aqilah nie munculkan diri sesuai dengan masa..tak jadi gak gambar adik-beradik saja...takpe la, redha...


Alhamdulillah, berjaya gak akhirnye...ni pun sebab aqilah mengamuk, so ayah dia amik wat lari...


lengkaplah sudah satu family...raya tahun depan insya Allah tambah lagi sorang ahli...


sesi mohon maaf dengan mak & ayah...


yang nie sesi kebas duit raya..


nie kat rumah bukit abal..keluarga blah ayah aku..


Salam Lebaran 1430...

Ramadhan sudah berakhir...
Adakah kehadiran Syawal mengiringi keampunan buat kita??
Adakah ini Ramadhan yang terbaik buat kita??
Adakah masih sempat untuk kita jumpa Ramadhan akan datang??
Rugi sungguh...
Mohon Maaf Zahir dan Batin...

...aku khilaf...

Dia..
Sakit...
Hatinya bernanah...
Perit, pedih, jerih, letih...
Airmatanya tak pernah kering..
Dia perlukan bantuan...
Tapi aku lupa...
Aku lupa untuk meminta...
Dari Yang Esa...
Aku kerdil...
Aku lemah...
Tapi aku lupa...
Aku gagal...
Kerana aku lupa...
Aku khilaf...
Ampuni aku ya Allah...
Iyya kana'budu wa iyya kanasta'in..
Bersihkanlah aku dari sifat lupa ya Rahman..

Aku diuji...

SK = 9/10 : A+
PAI = 9/10 : A+
MicroE = 8/10 : A
Electronic 2 = 10/10 : A+
Ecom = 8/10 : A
PLC = 9/10 : A+
GPA for test 1 = 4.00

Risau2...biasanya sem2 lepas test 1 aku lingkup..gpa time test 1 yang paling tinggi pun 3.05..kali ni, alhamdulillah Allah izin aku boleh score...tapi, aku bertambah risau bila jadi camni...sebelum ni walaupun test 1 aku hancur, aku akan usaha lagi untuk menambahbaikkan lagi untuk test2 yang seterusnya..sebab tu sebelum ni kalau test 1 aku teruk, aku tak down..bagi aku, "ala, baru test 1"...tapi kali ni, bila dapat tinggi, aku takut sangat2 kalau perasaan riya' tu timbul, nauzhubillahi min zalik la...bila aku citer kat kawan aku pasal kerisauan aku ni, dia cakap "Allah tengah uji ko tu..Dia nak uji samada ko mampu ke tidak MENGANGGUNG BEBAN 4 flat..ni baru test, kalau yang betul2 LAGI la BERAT"...huh, tersenyap aku dengar dia cakap gitu...padan la selama n aku mintak 4flat Allah tak bagi2..bukan sebab Dia taknak bagi, tapi sebab aku tak mampu lagi...Alhamdulillah...

Mengertilah

Sahabat , ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi,
supaya ia bencikan sesuatu yang remeh..
Ajarlah jiwamu erti kemuliaan,
agar ia bencikan kehinaan..
Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung ,
nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara..

- amik dari blog arijan-

Aku kesian betul dengan sahabat2 aku..maafla ek korang, aku ni hati batu..banyak sangat perkara yang aku anggap remeh sedangkan bagi korang perkara tu penting...banyak kali dah mereka2 ni terasa hati dengan aku sebab aku selalu guna ayat "suka hati ko la, aku tak kisah"..tapi bila aku muhasabah balik apa yang aku buat, apa yang aku cakap, aku tau mereka ni terasa sebab dorang rasa macam diabaikan, macam aku tak kisah dengan apa yang dorang buat..aku akan kisah kalau apa yang mereka buat berkaitan dengan diri meeka dan orang lain selain aku..secara betul2nya, aku sayang sangat mereka2 ni..aku tak kisah apa yang sahabat2 aku buat kat aku, aku tak terasa...sebab tu aku selalu cakap camtu bila berkaitan dengan diri aku...sebab aku memang tak kisah...buat la apa korang nak buat kat aku, aku TAK KISAH...bukan sebab aku tak sayang, tapi sebab aku sayang sangat2 dan aku boleh terima kekurangan dan kelemahan sahabat2 aku...bagi aku, kekurangan sahabat2 merupakan satu pintu barakah untuk aku...bayangkan, kalau la sahabat aku seorang yang pemarah dan aku sabar dengan panas barannya, bukankah disitu ada pahala untuk aku...baik buruk sahabat, semuanya membawa kebaikan kepada aku insya Allah...memang, aku pun manusia, ada hati, ada perasaan jgak walaupun ckit...mustahil la kalau aku kata aku tak pernah terasa..selalu jer aku terasa, tapi aku belajar untuk tidak layan 'keterasaan' tu sebab aku tau kalau aku layan, hati aku jgak yang sakit...aku mula belajar untuk abaikan perkara yang remeh..tapi, mungkin salah aku jgak sebab kurang pandai untuk bersederhana..last2, banyak sangat yang aku abaikan sebab semuanya aku anggap remeh...aku lupa, mungkin bagi aku satu2 perkara tu remeh tapi bagi orang lain tak...tu la, sikap pentingkan diri susah betul nak dikikis...

nyway, selamat berjuang buat siti fatimah mukhtar yang baru jer terbang ke UK hari isnin lepas...insya Allah dia sambung medic kat university of nottingham...pas sorang2 terbang tinggi tinggalkan aku...

See You Again.........

Alhamdulillah...
Tiada kata yang mampu dilafazkan..Pukul 3.15 pagi tadi, Asiah (my bestfriend) dah selamat bertolak ke bumi Mesir..Sedih??Ntah la..Menangis??Kalau dia yang menangis,kompem..tapi aku,masih lagi berhati batu..Rindu??Semestinya...Sepanjang aku kenal dia,tiap kali teringatkan dia,rindu pasti datang seiring...Ya,dia pergi jauh beribu-ribu batu..Tapi aku yakin,dia pergi membawa satu tanggungjawab yang besar,membawa satu amanah dan harapan Islam..Dia pergi untuk mengembalikan kegemilangan Islam..Jadi,untuk apa hati ini bersedih??Aku gembira,bangga,kerana dia bakal pulang sebagai doktor yang memperjuangkan kemuliaan Islam...Asiah,pastikan engkau balik bersama dengan hati dan akal yang sentiasa tunduk menghinakan diri pada Allah beserta dengan segulung ijazah yang bernilai...

Now,she fly higher than me...but i'll try harder..one day,i'll definitely catch up with her...

Toleransi Agama: Selangor Malaysia vs Illinois USA

Nasreel Khalib,Illinois.
Mon | Sep 07, 09 | 3:31:20 pm MYT

Salam Ramadhan buat semua. Saya mengikuti perkembangan isu kuil di Shah Alam dari jauh dengan penuh minat.

Dalam kita menerima kunjungan Ramadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan tindakan yang sangat menyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protes mereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam.

Mereka bertindak menghina agama Hindu dalam keadaan yang sangat ekstrem - sesuatu yang dilarang oleh Islam itu sendiri. Tidak pernah kita diajar oleh Rasulullah agar menghina agama-agama lain.

Alasan yang dipersoalkan beberapa penduduk setempat sangat mudah, mengapa perlu dibina kuil di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu Islam.

Sebentar tadi saya membaca yang proses pemindahan kuil ini telah dibekukan disebabkan oleh kekecohan yang berlaku semasa sesi dialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat.

Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusan kerja. Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga.

Menyambut Ramadhan bersama penduduk minoriti Islam Des Plaines Illinois. Saya dapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, di tengah-tengah bumi Amerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yang indah dan selesa.

Malah Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meter jaraknya dari sebuah gereja Katholik. Tidak pula kelihatan masyarakat Kristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu.

Malah apa yang lebih dikagumi ialah setiap kali waktu solat Jumaat, akan ada beberapa orang pegawai Polis 'mat saleh' bukan Islam yang akan mengawal lalulintas dan parking didalam kawasan Masjid.

Mungkin, itu perkara biasa, seminggu sekali. Tetapi apabila bermulanya Ramadhan, saya dapat melihat bagaimana mereka bertugas setiap malam. Kebetulan Ramadhan tahun ini berlangsung di hujung musim panas, maka waktu Isya'nya sedikit lewat dari Malaysia. Pegawai-pegawai Polis ini masih lagi bertugas menjaga lalulintas dan parking sehinggalah Terawikh tamat pada jam hampir 11.30 malam.

Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengan situasi kuil di Shah Alam. Malu dengan perbuatan dan sikap segelintir umat Islam di Malaysia. Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerika ini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia?

Dimanakah keadilan dan keindahan Islam yang ingin kita tonjolkan? Apakah mungkin masyarakat bukan Islam dapat melihat keindahan Islam dalam situasi ini.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa pimpinan PAS yang telah berani menyatakan kebenaran dalam keadaan yang sukar ini terutamanya kepada YB Khalid Samad, Dato' Mahfuz, Dr Mariah dan beberapa yang lain.

Pun begitu, saya berharap lebih ramai lagi pemimpim-pemimpin Islam dari parti PAS terutamanya yang akan tampil kehadapan bagi memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Selangor dan menyatakan pendirian Islam dalam isu pemindahan kuil ini.

Masyarakat sedang memerhatikan, apakah benar slogan keadilan Islam yang dilaung-laungkan.

Petikan dari : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022399&Itemid=46

Cinta Oh Cinta...

Pantun orang Melayu zaman dahulu:

Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan

Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan

Orang muda kita pula berkata:

'cinta itu buta'
'cinta tak boleh dijual beli'
'cinta medic'
'sms On Cinta'
'engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu'
'dua hati jadi satu bila kita bertemu'
'bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu'
'aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya'

gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama

wah …. wah …. wah

Datang zaman kebangkitan Islam. Arus dakwah terkena kepada sesiapa sahaja samada orang ini memang nak berdakwah atau orang ini adalah sasaran dakwah. Berubah nilai dan neraca. Yang dahulunya jahiliah bertukar jadi Islamik dengan sedikit 'dakwahisasi' . Orang muda sekarang cerdik sungguh…. Pandai 'adjust-adjust' . Pandai 'modify'. Mereka ni mungkin tak pernah lagi berjaya mengislamkan orang bukan Islam,tapi mengislamkan unsur-unsur jahiliah ni cekap bukan main. Bukankah Adam dulu juga bercinta dengan Hawa? Bukankah Nabi Sulaiman juga bercinta dengan Ratu Balqis? Bukankah qudwah cinta sejati itu pada Ali dan Fatimah? Ni semua akibat baca silibus usrah tak betullah ni.

Lalu da'ie zaman moden pun bercintalah juga. Tapi mereka bercinta tidak sama macam orang lain tahu. Sempadannya batasan syarak. Main-main perasaan sahaja, tidak lebih dari itu. Takut Allah murka, tak berkat dakwah nanti.

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua

tapi …….

'sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan'

Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe. Ni da'ie ni ….. Tempat-tempat lagho macam tu tak mainlah ….

alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan

warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI ICV …eeh silap IPT (sorry orang Victoria)

Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi. Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya. Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala

Samar …. Buka Lampu Sikit

Sikit membebel ni bukan kerana apa. Kerana sayang dan harapan yang kami berikan kepada pendakwah-pendakwah muda. Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.

Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan. Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: "Tetapi aku berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku."

Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan." Sabdanya lagi: "Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim."

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar'ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak 'mengayat' satu hal lagi.

Jangan juga ambil kesempatan untuk buat 'marketing' dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, pakai gel rambut dan pastikan 'gaya thiqah'.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: "Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta." Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada 'bercouple-couple' . Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba 'story' sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu'lah. Kan ke kita faham maksud sekufu' tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.

Kalau ada 'awek' lama atau 'balak' lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah 'saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya'. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang 'terpesona' dengan calon emak ayah kita lalu kita pun 'terperangkap' . Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.

Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu 'I love you'. Sekarang 'bersamalah kita memburu cinta Allah'. Dulu 'demimu sayang lautan sanggup ku redah'. Sekarang 'moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini'.

Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.