Solat...
Monday, December 21, 2009 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik...
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk terus berusaha menuntut ilmuNya di muka bumi ini insya Allah semata-mata keranaNya...Alhamdulillah, dengan izinNya, aku terjumpa satu artikel yang menarik minat aku...terasa kerdil diri ini, kerana rupa-rupanya ada lagi perkara-perkara asas dalam Islam yang aku kurang tahu...
soalan 1: apa maksud solat??
soalan 2: macam mana nak dapat solat yang betul??
ada siapa-siapa yang berminat untuk jawab??
maksud solat adalah untuk mencegah kejahatan kita..bermakna, sekiranya kita masih buat jahat sedangkan kita sentiasa solat, itu bermakna solat kita belum mencapai MAKSUDnya...
- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat
- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org
- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang telinga kita dari dengar aib/buruk orang
- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org
Dalam solat 5 minit kita taat segala perintah Allah, maka kita kena bawak ketaatan dalam solat 5 minit tu ke dalam 24 jam kehidupan kita…24 jam kena taat perintah Allah, seperti mana kita taat dalam 5 minit solat, dalam solat kita jaga mata, telinga dengar imam mengaji, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka solat macam ni, bila ketaatan dalam solat macam ni di bawa ke luar solat maka automatic kehidupan kita pun 24 jam macam 'solat'…
dengan bahasa mudahnya, solat adalah mencegah mungkar dengan membawa ketaatan di dalam solat ke luar solat...membawa 'akhirat' ke 'dunia', bukan bawa 'dunia' ke 'akhirat'...tapi biasanya kita, tak bawa ketaatan dalam solat ke luar solat sebaliknya kehidupan kita 24 jam di bawa masuk ke dalam solat 5 minit..habis rosak solat…masa solat fikiran melayang-layang..mula-mula solat, hati kat Malaysia, lepas tu terbang ke Mekkah, lepas tu pergi KLCC, lepas tu fikir nak buat apa lepas ni, mana kunci kereta, selipar aku sape yg ambik bla bla bla...last-last dah salam baru sedar…oh aku kat Malaysia lagi rupanya...
firman Allah: …"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba- Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS. Al Fajr: 28-30).
nah, sekarang lihat, hanya jiwa yg tenang dapat kembali kepada Allah..macamana kita nak kembali kepada Allah kelak jika hati tidak tenangpun dlm solat? bila hati kita tenang? adakah kita tenang di dalam solat, atau tenang di luar solat?masa solat, hati bekecamuk..rasa resah gelisah, imam baca surah panjang mula gelabah..dah salam baru ..fuh!!!..lega dah habis!!!..baru tenang…
Ya Allah, tolonglah aku dalam perkara solat
Ya Allah, tolonglah kami dalam perkara solat
Ya Allah, tolonglah kita semua dalam perkara solat
Untuk dapat solat yang betul, ada 5I yang kita kena jaga..
sekian, itu saja yang dapat aku kongsi...kalau ada tersalah silap, mohon tolong betulkan...maklumat pasal solat tu kebanyakannya aku copy-paste + di edit sikit mengikut kesesuaian bahasa...
Wallahua'lam...

- Iman - orang kafir solat 1000 rakaatpun tak diterima sebab tiada iman...
- Ihtisab - yakin dengan ganjaran pahala, contohnya solat berjemaah pahala 27 kali ganda..
- Ihsan - solat macam kita 'lihat' Allah, hakikatnya Allah lihat kita sentiasa...
- Ihklas - kalau ada niat yang lain selain Allah, amalan akan ditolak...
- Ilmu - kalau tak tahu cara nak solat ikut sunnah Nabi, macam mana nak solat dengan betul??