TOT Kem Jati Diri

Saam 'alaik...

Alhamdulillah...Allah masih memberi izin untuk aku bernafas dan meneruskan sisa-sisa kehidupan..Alhamdulillah..masih ada sekelumit iman bersisa dihati dengan izinNya...

hari ni bermulanya 'training of trainer' bagi fasi dan pembantu fasi untuk pogram kem jati diri dan insya Allah akan berlansung selama 2 hari 2 malam...pagi tadi ada pengisian sikit berkaitan dengan cabaran-cabaran untuk pendakwah...

mula-mula tu rasa mengantuk sikit,biasa la,syaitan banyak..tapi Alhamdulillah,makin lama makin celik mata memandangkan isunya betuk-betul menarik perhatian aku...ada 5 cabaran yang perlu dilalui oleh para da'ei berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. iaitu:
  1. orang mukmin yang dengki dengannya
  2. orang munafik yang membencinya
  3. orang kafir yang memeranginya
  4. syaitan yang berusaha menyesatkannya
  5. nafsu.......................................(tak ingat)
maaf kalau salah dan mohon tolong betulkan...perkara ni rasanya ramai yang dah tau...tapi untuk diri sendiri,rasanya ini merupakan sesuatu yang amat berharga...sebelum ni memang pernah dengar atau baca,tapi dah lupa...orang mukmin yang dengki..dulu masa sekolah dulu selalu disebut-sebut oleh guru atau naqibat..tapi bila masuk IPT,kebanyakannya bagi penekanan pasal ujub,riak dan yang seangkatan dengannya...menyebabkan terlupa pasal PHD...tinggi pangkat mereka yang hasad dengki ni..siap ada PHD lagi...kadang-kadang tanpa kita sedar,ada rupa-rupanya terselit dalam hati sedikit Perasaan Hasad Dengki..sebab tu perlunya berhati-hati sentiasa...tak boleh leka walau sesaat...kalau sedar wujudnya PHD dalam hati hatta sekelumit,kena cepat-cepat istighfar..risau kalau-kalau kita 'terlayan' sampai lama-lama PHD ni menghakis iman kita sedikit demi sedikit...bahaya...

seterusnya yang nombor 4 sampai 5 tu rasanya tak perlu dihuraikan sebab selalu dibahaskan...lagi, yang aku dapat lagi untuk pengisian pagi tadi,pendakwah perlu hati-hati dalam mengorak langkah...bukan sebab takut tepijak duri,tapi risau kalau-kalau tersesat jalan tanpa disedari...aku baru saja alami perkara ni..Alhamdulillah,Allah masih sudi tunjukkan jalan pulang...terlampau bersemangat berjuang di jalan dakwah,sampai terlupa untuk tarbiah diri sendiri...hinggakan hati terasa kering,gersang,keras seperti batu barulah tersedar...tersalah jalan rupa-rupanya...mula-mula melencong sikit saja...tapi,makin jauh perjalanan,makin jauh dari jalan yang benar...bila berdiri di jalan dakwah,teramat perlu untuk kita berhati-hati...kalau tak silap aku,saidina Umar al-Khattab pernah memberi perumpaan tentang takwa...bila kita melalui satu jalan yang dipenuhi dengan duri-duri,kita akan berusaha melalui jalan tersebut dengan penuh berhati-hati...itulah takwa...

wallahua'lam...

0 comments: