letih tapi seronok..

Salam 'alaik...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, dengan izinNya aku diberi kesempatan untuk mengikuti program Kem Kecemerlangan Saksiah Terpuji bersama barisan kepimpinan Politeknik Shah Alam (PSA) dan Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) sebagai fasilitator selama 2 hari 1 malam. Sepatutnya program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam, tetapi disebabkan kami fasi-fasi dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) mempunyai kuliah pada hari Ahad, maka kami hanya mampu menyumbangkan tenaga selama 2 hari sahaja iaitu, hari Jumaat dan Sabtu. Alhamdulillah.

Program tersebut diadakan di Asli Adventure Camp, Ulu Langat, Selangor. Fasilitator KTD terdiri daripada 3 siswa dan 3 siswi. Sebenarnya program ni adalah anjuran Haluan Malaysia dan Politeknik. Tapi disebabkan sedikit masalah, Haluan meminta bantuan daripada KTD untuk menghantar fasilitator KTD bagi menguruskan program ni. Alhamdulillah.

Kami bertolak dari Kota Bharu dengan menaiki Bas Express Durian Burung lebih kurang pukul 9.30 malam, Khamis. Alhamdulillah, dalam pukul 6.30 pagi kami selamat tiba di Hentian Bas Kajang. Selepas solat Subuh, kak Tasnim, sahibah di sana datang mengambil kami, fasi siswi kemudian dihantar ke rumah kak Fauzan, rumah sewa sahibah. Kedatangan kami disambut dengan baik. Sampai-sampai, disajikan dengan nasi lemak + kuih-muih untuk sarapan. Siap sarapan, kakak-kakak tolong hamparkan tilam untuk kami berehat, cukup memahami yang kami ni keletihan berjalan jauh. Layanan mereka, tersangat-sangat baik. Rasa terhutang budi sangat. Terima kasih semua, kak Husna, mak cik Asiah, kak Dayah, dan lain-lain (maaf, tak ingat nama). Alhamdulillah.

Dalam pukul 11.00 pagi kami bertolak ke Asli Adventure Camp dengan bantuan kak Shajar. Sampai kat sana dalam pukul 1.00 petang. Sewaktu kami sampai, peserta tengah melakukan sesi ta'aruf di bawah seliaan kak As, pensyarah PSA. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Rasa cukup seronok berkenalan dengan para peserta. Peserta kali ni semunya hampir sebaya dengan kami. Umur mereka antara 19-23 tahun. Disebabkan ada diantara mereka yang lebih tua dari kami, kami diperintahkan untuk merahsiakan umur kami bagi mengelakkan ketidak puas hatian dari para peserta terutama sekali bagi yang lebih berumur. Jadi, bila bercakap kena guna ganti nama 'akak-adik'. Aku ni kurang biasa bahasakan diri akak, kadang-kadang tu terkeluar juga perkataan 'aku-ko'. Tapi budak-budak ni kebanyakannya 'masuk' dengan aku. Seronok sangat. Alhamdulillah.

Melalui program ni, aku dapat lihat perbezaan pemikiran antara barisan kepimpinan sekolah menengah dan barisan kepimpinan IPT. Sebelum ni aku pernah jadi fasi program kepimpinan sekolah menengah, kebanyakan peserta kurang matang. Mungkin kerana mereka berada di dalam suasana yang 'selesa', jadi mereka tidak merasa kepentingan untuk mematangkan diri. Peserta program ni pula betul-betul mempunyai pandangan yang lebih ke depan. Kebanyakan mereka terdiri dari ahli Pusat Islam (PSI), Jawatankuasa Perwakilan KAMSIS (JPK), MEKAR, dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Orang kuat-kuat semuanya. Alhamdulillah.

Masa Jungle Trekking, ada checkpoint untuk SWAT. Kelemahan, kekuatan, ancaman, peluang, dan perancangan yang mereka utarakan betul-betul mantap. Ops-Nahi Mungkar, Halaqah Khusus, Halaqah Umum, Program Makan Setalam, dan macam-macam lagi. Program yang kami buat kat KTD pun tak la sampai segempak ini. Biasa-biasa sahaja. Dan masalah yang biasa timbul bila buat program berunsur dakwah ni ialah, para peserta. Biasanya kalau program dakwah, peserta kebanyakannya muka-muka sama. Susah nak tarik pelajar-pelajar bermasalah untuk hadir. Kadang-kadang kalau wajibkan sekalipun, masih ada yang ponteng. Apatah lagi kalau buat terbuka. Kat KTD pun timbul masalah ni. Tapi kami di KTD dididik untuk mengutamakan dakwah khusus melebihi dakwah umum. Alhamdulillah.

Dakwah umum merujuk kepada program-program yang melibatkan peserta yang ramai seperti ceramah, motivasi, kem, dan lain-lain. Dakwah khusus pula lebih kepada membina jambatan hati antara da'ei dan mad'u. Seperti kata Saiful Islam, "they don't care how much we know untill they know how much we care". Cara terbaik untuk berdakwah ialah melalui kasih sayang. Macam mana nak berkasih sayang kalau tidak berkenalan? Kami ditekankan untuk mendekati para pelajar dan lihat mereka melalui sudut positif. Pandang mereka melalui pandangan kasih sayang. Yakin bahawa mereka adalah calon mad'u yang terbaik. Yakin mereka boleh dibentuk. Paling utama sekali, yakin dengan janji Allah. Alhamdulillah.

Proses ini mungkin mengambil masa yang amat panjang. 2, 3 tahun mungkin. Tapi ia memberi kesan yang paling mendalam. Terutama sekali bagi mereka-mereka yang baru ingin mengenali Islam yang sebenar, erti Iman yang hakiki. Perlu ada sahabat yang sentiasa menyokong dari belakang. Kalau ceramah yang betul-betul berkesan sekalipun, selama mana ia akan bertahan di dalam hati kalau tidak digilap hari-hari? 2, 3 hari boleh la. Kalau seminggu? Sebulan? Proses pembersihan hati perlu berjalan sentiasa. Kerana itu perlunya ada pendamping yang sentiasa memberi peringatan. Kalau para pemimpin, mungkin mereka mampu untuk melakukan tarbiyah dzatiyah. Tapi, untuk yang baru belajar merangkak, mana mungkin mereka mampu untuk berlari. Alhamdulillah.

Sewaktu sesi Sharing, kami gunakan sebaik mampu untuk kongsi pengalaman kami di KTD. Perkara yang paling kami tekankan ialah, Hubungan Dengan Allah (HDA). Moga-moga dengan izinNya apa yang kami sampaikan bermanfaat untuk mereka. Alhamdulillah.

Petang Sabtu, dalam pukul 5.30 petang kak Shajar datang hantar fasi yang akan menggantikan tugas kami sehingga hari Ahad. Terima kasih. Disamping tu, kak Shajar ambil dan hantar kami ke Hentian Bas Kajang. Tepat pukul 8.30 malam, Bas Sani Express bertolak membawa kami pulang ke Kota Bharu dan selamat tiba di bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah.

Walaupun sedikit menggantuk masa kuliah pagi tadi (kuliah mula pukul 8.00 pagi), rasa bersyukur sangat kerana terpilih untuk jadi fasi program. Banyak pengalaman yang dapat dikumpul. Dapat jumpa 'adik-adik' yang bakal meneruskan perjuangan kami di luar. Seronok. Moga-moga ukhwah antara kami berkekalan sehingga ke syurgaNya. Alhamdulillah.

*Allah izin, semester ni kelas paling penuh adalah hari Ahad. Alhamdulillah.
**Baru perasan, karangan panjang sangat.
***To Eja, Yati, Solehah, 25/02/89 (lupa nama), salam perkenalan =)

kisahnya

Salam 'alaik..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah..

Alhamdulillah, pagi tadi lebih kurang pukul 4.15 am selamat sampai di stesen bas KB dari SA. Malam tadi bas bertolak dari SA dalam pukul 8.30 pm. Teramatlah laju. Goyang-goyang habis bas. Tak boleh nak tidur langsung. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sikap pemandu yang kurang ciri-ciri bertanggungjawab ni menyebabkan aku tak lupa untuk mengingati Allah. Dia tak nak bagi aku lalai la kot, sebab tu dapat pemandu yang super express.

2,3 hari lepas, khamis malam jumaat, Allah izin untuk aku pergi ke SA untuk melawat kakak aku yang accident sebelum ni. Aku pergi sekali dengan Kak Ani, Abg Long, Ariff dan Aqilah. Alhamdulillah, selamat sampai kat SA hari Jumaat, 6.00 am. Banyak perkara yang berlaku kat sana. Banyak kekusutan yang timbul dalam dileraikan. Alhamdulillah. Kat rumah SA, kami satu keluarga berkumpul sama-sama untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Setiap orang bertukar-tukar giliran untuk jaga Kak Ijah di wad 439 Selangor Medical Centre (SMC).

Alhamdulillah, semua dipermudahkanNya. Pembedahan muka dan tangan yang dijadualkan pada hari Jumaat lepas pun berjalan lancar. Cuma masa Kak Ijah kena inject ubat antibiotic setiap 8 jam sekali nampak sedikit sengsara. Kami yang melihat hanya mampu berdoa. Stamina Kak Ijah adalah yang paling kuat antara kami adik-beradik. Jadi bila tengok dia kesakitan, kami tau sakitnya bukan mainan. Aqilah yang melihat Mak Ha kesakitan mengalirkan air mata. Kami yang dewasa terkedu. Mak gosok-gosok kepala Kak Ijah sambil baca ayat Quran. Di sini aku melihat, meyakini, "La yukallifullahu nafsan illa wus 'aha". Allah bagi kesakitan tu pada Kak Ijah kerana dia mampu. Kalau kami yang kena, mungkin dipertengahan jalan kami akan berputus asa.

Allah uji kami, dalam keadaan kami MAMPU untuk hadapi walaupun sukar dan berat. Masa ujianNya begitu tepat. Seandainya ujian ini Allah tetapkan lebih awal, sebelum Kak Ijah khawin, agak-agaknya siapa la yang akan urus keluar-masuk hospital? Siapa yang akan urus untuk insuran? Yang ada kat SA sewaktu kejadian tu cuma Abg Hadi dan Kak Imah. Kalau Abg Hadi tiada, mampukah Kak Imah nak uruskan semuanya? Alhamdulillah. AturanNya adalah yang terbaik. Yakin dengan janjiNya. Banyak lagi kemungkinan-kemungkinan lain. Itu semua kita boleh fikirkan sendiri. Allah tidak akan uji melinkan mengikut keMAMPUan hambaNya.

Alhamdulillah...

sumthin jaz hepen

kakak aku accident..motor vs. motor..need to operate..plz pray for us..

sujud syukur

Salam 'alaik...

Alhamdulillah, syukur diatas segala nikmat pemberianNya yang tidak terhingga. Sekalipun seringkali lalai dan leka daripada mengingatiNya, namun tidak pernah Dia menarik nikmat anugerahNya hatta sebesar zarah sekalipun. Bahkan, kerana Dia yang Maha Pengasih amat mengasihi hamba-hambaNya, Dia lontarkan secebis dugaan agar kita kembali sedar, kembali tunduk merendahkan hati padaNya. Subhanallah, sungguh tinggi nilai cintaNya.

Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu dilafazkan melainkan perasaan malu dan syukur diatas anugerahNya. Diri ini yang tidak layak memiliki apa-apa kerana seringkali rebah dengan hasutan syaitan, masih lagi Dia sudi menganugerahkan kecemerlangan. Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu Akbar.

Communication Electronics : A-
Islamic Education : A
Electronic Engineering Lab 2 : A
Control System : A
Programable Logic Controller : A+
Electronics 2 : B
Microelectronics : A-

Alhamdulillah...

Mohon doa dari sahabat-sahabat seperjuangan agar hati ini jauh dari perasaan riya', ujub, takabbur, bangga diri dan seangkatan dengannya.

~edit~

Yakinlah bahawa segalanya dari Allah.. Tangan yang kita guna untuk menulis, milik Allah.. Akal yang kita guna untuk berfikir, milik Allah.. Kaki yang kita guna untuk melangkah ke exam hall juga milik Allah.. Dan hakikatnya kita tak punya apa-apa.. Pastinya kejayaan itu untuk Islam..
- From Rabia -

Thanks a lot =)

sakit

Salam 'alaik...

jauh
cahaya kesamaran
tercari-cari
terasa kian jauh
berat kaki melangkah
berat hati menahan

kenapa sering jatuh?
kenapa sering tewas?
lemahnya kau
disuruh bangkit
tapi pengecut

gagal lagi?
jangan pernah menyerah
bila kejayaan akan tiba?
bila putus asa,
bukan lagi sofa yang empuk
tapi dinding yang perlu diatasi

benci terus begini
tahu
tapi buta
mahu
tapi lemah
penuh dengan alasan
sampai bila?

yang tinggal kini
harapan
hanya padaNya
tiada yang dapat mengubati hati ini
melainkan Allah yang Esa

kerungsingan ku

Salam 'alaik...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk terus berusaha memperbaiki diri. Alhamdulillah, hidayah anugerahNya masih terpahat dihati ini meskipun sedikit tercemar dengan debu-debu jahiliyah. Alhamdulillah...

Sejak-sejak cuti semester ni, sikit sangat pengisian hati yang dapat. Kadang-kadang seminggu berlalu tanpa sebarang makanan hati. Dulu, paling kurang akan ada sahabat-sahabat yang akan menyebut tentang Allah tiap kali bersembang, mengingatkan diri ini tika alpa. Sekarang, jarang-jarang sekali.

Bukan salah sahabat, tapi salah diri aku sendiri. Kenapa bukan aku yang mengingatkan orang lain tentang Allah? Kenapa perlu mereka yang memberi? Aku selalu mengharapkan sesuatu dari sahabat, sedangkan aku sendiri tidak memberi. Mungkin kerana hati sendiri tak cukup makanan jadi tak mampu nak memberi pada hati yang lain. Mungkin kerana diri terasa hina, terasa tidak layak bercerita tentang Allah dalam keadaan hati sendiri lalai.

Namun, sampai bila harus begini? Kenapa hati sakit? Sebab tak cukup makanan. Macam mana nak dapat makanan yang cukup? Ingat Allah. Macam mana nak ingat Allah? Kenali Allah, belajar tentang Allah, berbicara tentang Allah, setiap perbuatan sandarkan pada Allah. Adakah semua ini mampu dilaksanakan sendirian? Tidak. Nak kenali Allah, nak belajar tentang Allah, perlu ada guru. Nak berbicara tentang Allah, perlu ada sahabat untuk bercakap.

Kalau begitu, siapa yang akan jadi guru kalau semua manusia fikir "terasa tidak layak bercerita tentang Allah dalam keadaan hati sendiri lalai"? Macam mana nak bercerita tentang Allah kalau semuanya merasa tidak layak untuk berbicara? Kalau bukan kita sendiri yang mulakan, siapa lagi? Memang, suka mengharapkan orang lain yang mulakan dulu. My fault.

Dari hati. Terasa lega.
Ambillah yang baik, yang salah mohon ditegur...

Wallahu a'lam...