kisahnya

Salam 'alaik..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah..

Alhamdulillah, pagi tadi lebih kurang pukul 4.15 am selamat sampai di stesen bas KB dari SA. Malam tadi bas bertolak dari SA dalam pukul 8.30 pm. Teramatlah laju. Goyang-goyang habis bas. Tak boleh nak tidur langsung. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sikap pemandu yang kurang ciri-ciri bertanggungjawab ni menyebabkan aku tak lupa untuk mengingati Allah. Dia tak nak bagi aku lalai la kot, sebab tu dapat pemandu yang super express.

2,3 hari lepas, khamis malam jumaat, Allah izin untuk aku pergi ke SA untuk melawat kakak aku yang accident sebelum ni. Aku pergi sekali dengan Kak Ani, Abg Long, Ariff dan Aqilah. Alhamdulillah, selamat sampai kat SA hari Jumaat, 6.00 am. Banyak perkara yang berlaku kat sana. Banyak kekusutan yang timbul dalam dileraikan. Alhamdulillah. Kat rumah SA, kami satu keluarga berkumpul sama-sama untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Setiap orang bertukar-tukar giliran untuk jaga Kak Ijah di wad 439 Selangor Medical Centre (SMC).

Alhamdulillah, semua dipermudahkanNya. Pembedahan muka dan tangan yang dijadualkan pada hari Jumaat lepas pun berjalan lancar. Cuma masa Kak Ijah kena inject ubat antibiotic setiap 8 jam sekali nampak sedikit sengsara. Kami yang melihat hanya mampu berdoa. Stamina Kak Ijah adalah yang paling kuat antara kami adik-beradik. Jadi bila tengok dia kesakitan, kami tau sakitnya bukan mainan. Aqilah yang melihat Mak Ha kesakitan mengalirkan air mata. Kami yang dewasa terkedu. Mak gosok-gosok kepala Kak Ijah sambil baca ayat Quran. Di sini aku melihat, meyakini, "La yukallifullahu nafsan illa wus 'aha". Allah bagi kesakitan tu pada Kak Ijah kerana dia mampu. Kalau kami yang kena, mungkin dipertengahan jalan kami akan berputus asa.

Allah uji kami, dalam keadaan kami MAMPU untuk hadapi walaupun sukar dan berat. Masa ujianNya begitu tepat. Seandainya ujian ini Allah tetapkan lebih awal, sebelum Kak Ijah khawin, agak-agaknya siapa la yang akan urus keluar-masuk hospital? Siapa yang akan urus untuk insuran? Yang ada kat SA sewaktu kejadian tu cuma Abg Hadi dan Kak Imah. Kalau Abg Hadi tiada, mampukah Kak Imah nak uruskan semuanya? Alhamdulillah. AturanNya adalah yang terbaik. Yakin dengan janjiNya. Banyak lagi kemungkinan-kemungkinan lain. Itu semua kita boleh fikirkan sendiri. Allah tidak akan uji melinkan mengikut keMAMPUan hambaNya.

Alhamdulillah...

0 comments: