warkah kasih

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah yang telah menyusun dengan cantik setiap sesuatu mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Dia yang Maha Mengetahui, yang Maha Menyayangi, memberi ketika perlu, Alhamdulillah. Pernah seorang sahabat aku bagi tahu, "yang meninggalkan takkan merasai kesedihan seperti yang ditinggalkan meskipun perpisahan itu menyedihkan kedua-duanya". Kasih sudah beralih arah. Tanggungjawab sudah diserah. Yang tinggal cuma doa dan, ikatan UKHWAH.

Allah hadiahkan dia seorang teman hidup disaat hampir tiba waktunya untuk aku mengorak langkah lebih jauh. Masih teringat kata-katanya, "mungkin Allah izin saya kawin awal sebab Allah tahu saya tak kuat sendirian bila akak dah pergi nanti". Terkedu seketika. Aku bukan siapa-siapa. Tapi kasih dia terhadap diri ini, sungguh membuatkan aku kelu.

Disaat dia diijab kabul, sayu terasa. "Besar dah adik akak yang sorang ni" kata-kata inilah yang sering hati aku ulang-ulangkan. Banyak kali terimbau kenangan aku dan dia dulu. Sungguh, tak tersangka, kini dia sudah bergelar isteri. Terasa macam baru semalam sahaja dia menarik bajuku seperti si anak kecil. Bagai baru sahaja sebentar tadi dia mengadu, menangis dibahu ini. Cepatnya masa berlalu. Moga kebahagian sentiasa bersamamu dik.

Jangan disalah ertikan entry ini. Sayu, tapi tidak bermakna aku benci akan pernikahan dia. Aku gembira, kerana akhirnya dia berjaya melaksanakan salah satu dari sunnah Rasulullah SAW. Ini hanyalah cetusan hati seorang kakak buat adik tersayang, betapa dirimu begitu berharga buatku. Salam sayang dan rindu buatmu Nur Fathin Bt Muhamad Fadzil isteri kepada Ahmad Hafiz B Jaafar. Selamat membina baitul muslim.

0 comments: