Monday, October 4, 2010
by peNer0ka keTenaNgan
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Zaman sekarang ni banyak betul penipuan yang berlaku. Memang kena sangat berhati-hati dalam setiap perkara. Hatta kalau ada orang yang tak dikenali nak buat baik dengan kita pun kena berhati-hati. Bukan nak suruh suud zhon, tapi sekadar berhati-hati.
Jangan mudah tertipu dengan 'barangan' percuma yang ditawarkan. Konon-konon tak payah bayar, tak rugi sesen pun, tapi tiba-tiba sampai bil kat rumah kena bayar. Banyak dah keadaan macam ni yang berlaku. Niat asal nak mudah, akhirnya jadi makun susah.
Apa yang berlaku ni bukan saya dengar dari satu sumber je, tapi dari banyak sumber. Ada yang berlaku dengan orang yang dekat dengan saya. Sampai kena telifon syarikat yang berkenaan, kena ulang-alik uruskan macam-macam, punca asalnya sebab kena tipu la. Dan, semuanya berkaitan dengan DUIT.
Ada sahabat yang mengadu, duit dalam bank hilang. Dalam BANK ye. Bukan sorang, tapi ramai. Bank lain-lain tapinya. Ada yang hilang RM50, ada yang hilang sampai RM200. Sampai ada yang serik, bila duit pinjaman masuk je, terus keluarkan dari dalam bank. Entah kat mana dia sorok duit tu pun saya tak tau. Bukan saya nak salahkan institusi kewangan Malaysia, cuma nak katanya zaman sekarang ni, tak boleh lepas pandang sekejap, hilang terus. Bahaya, bahaya.
Alhamdulillah, setakat ni Allah masih belum menguji saya dengan perkara-perkara macam ni. Mungkin sebab saya masih belum layak dan masih belum mampu untuk menghadapi situasi begini. Atau mungkin sebenarnya saya dah kena tipu tapi saya yang tak perasan. Maklum la, saya ni jenis tak berapa nak amik kesah sangat. Selagi benda tu takde depan mata, selagi tu saya tak nampak.
Apa-apa pun, kita memang kena berhati-hati dalam setiap perkara. Bahkan jalan menuju taqwa pun ialah berhati-hati. Ambil yang baik, perbaiki yang buruk. Sama-sama la kita mengutamakan redha Allah berbanding perkara keduniaan yang lain. Peringatan untuk diri sendiri.