doktor, tolong jawab~

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin ditanya kepada bakal-bakal doktor, atau doktor sendiri pun takpe kalo nak jawabkan. Saya bertanya sebab saya tak tahu dan tiba-tiba saya teringin sangat nak tahu.

Apa keistimewaannya gigi manusia berbanding yang lain? Sebab, saya tengok, untuk doktor gigi, memang ada laluan yang khusus buat mereka. Awal-awal lagi mereka dah fokus dengan gigi. Berbeza dengan doktor-doktor lain. Biasanya, kebanyakan universiti yang menawarkan program perubatan akan ada Faculty of Medicine dan Faculty of Dentistry.

Kenapa pergigian ada fakulti sendiri tapi mata takde? Mata, hidung, telinga, semuanya duduk bawah perubatan. Tapi gigi, ada fakulti khusus. Istimewa rupanya gigi kita nih ye. Ada siapa-siapa boleh tolong terangkan?

Sejak sekolah lagi saya memang kurang suka subjek sains terutama sekali biologi. Saya amik jurusan kejuruteraan pun sebab banyak matematik bukan sebab suka fizik. Jadi, banyak perkara yang saya tak tahu pasal bidang perubatan dan pergigian nih. Tapi, saya taknak terus berada dalam keadaan tidak tahu. Kalau boleh saya nak tahu la juga sikit-sikit, bukannya semua. Sikit je, cukup sekadar bekalan perjalanan hidup.

2 comments:

    hehe macam post khas utk sy je. ngeh3.

    sbg budak dentist yg baru setahun jagung, sy jawap ptanyaan akak

    'dent' dlm term dental medical bmaksud gigi. '-ist' specialist.
    mmg gigi memerlukan tng pakar utk fokus pd de je.. sbb gigi xde ketan dgn bhgn bawah kite.mcm kaki, perut smua. gigi ade kaitan dgn saraf.. byk pekaitan. sbb tu perlu satu fokus yg lbh detail. mungkin kot. haish!
    sy pn xtau nk cite lebih detail. tp gigi ni agak la complicated. stp gigi ade name2 tensendiri atas bawah. gigi susu, gigi kekal..

    maha suci Allah yang menciptakan

     

    oooo..
    rupa-rupanya diam2 gigi berisi..
    nampak simple,tp rumit sbenarny..
    macam anak la ye gigi nih..
    ada nama masing,
    perangai lain2..
    padan la ada p'khususan tuk dokter gigi..

    banyak soalan lagi nak tanya sebenarnya,
    tapi takpe..
    cukup setakat ni je dulu..
    tak bek tamak2~
    nanti cerita la sikit2 ye pasal gigi kat blog asiah tuh^^
    boleh saya tambah ilmu sikit2 =)

    syukran 'ala kullihal
    moga Allah bantu^^