=)

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...



biarkan ia menjadi kenangan
bukan penghalang laluan

awak dan saya

jalan kita berbeza
tapi matlamat kita sama
jika tak ketemu di dunia
cukuplah syurga impian bersama

rindu itu
jangan dibiar ia menjadi racun
bajai la ia dengan kasih kerana Allah
moga redha Allah menjadi keutamaan kita

-full stop-
berlapang dada

bla bla bla

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semalam ingat nak update blog, tapi disebabkan keletihan yang melampau, terpaksa dibatalkan niat tersebut. Makan malam pun tak sempat. Sampai rumah je terus terbaring atas katil. Tak sempat nak guling-guling dah terlelap. Sungguh-sungguh tak larat. [Adakah ini buktinya saya kurang stamina?]

Tiap kali ada projek elektronik, mesti jadi macam ni. Keluar rumah pagi, balik malam. Lebih-lebih lagi bila semakin hampir dengan dateline. Lagi la tak terurus hidup. Kadang-kadang breakfast gabung sekali dengan lunch, kadang-kadang lunch kira sekali dengan dinner, lagi haru bila breakfast, lunch, dan dinner dikira satu. Takpela, makan sekali sehari pun, orang still cakap saya gemuk. [Mak saya cakap, kalau saya pakai jubah, nampak macam tong drum berjalan. Aishhh, sungguh tajam perumpamaan itu.]



Pertandingan Inovasi/Reka Cipta Sains & Teknologi 2010 yang sepatutnya berlangsung mulai esok insya Allah akan ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Alhamdulillah, Allah anugerahkan kami masa untuk menambah baikkan lagi projek kami yang masih lagi tak jadi-jadi. Selalu je bila selesai satu masalah, timbul pula masalah lain. Teruji betul.

Takpe, kami memang dalam proses belajar. Jadi, melalui masalah-masalah yang timbul itu lah kami dididik untuk sabar dan terus berusaha sehabis mungkin. Gagal 100 kali tak bermakna kita akan gagal lagi untuk kali yang ke 101. Yang penting, kena ada penambah baikan. Insya Allah, semakin banyak penambah baikan yang dibuat, semakin bagus hasilnya.

Ditunda tak bermakna kami boleh bersenang-lenang, tidak. Ditunda bermakna kami kena lakukan yang lebih baik dari yang kami rancang sebelum ini. Hujung minggu ni insya Allah yang siswa akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk mencari komponen-komponen elektronik di sana. Kat Kelantan susah nak cari barang-barang nih. Kedai ada, tapi tak banyak barang.

Apa-apa pun, insya Allah kami akan cuba untuk buat yang terbaik. Doakan kami untuk sentiasa menjaga batas-batas syari'at.

open letter


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

nota kepala 1: surat terbuka ini ditujukan kepada asiah, mantan presiden ubkk 2008, anak pak cik zaidi dan bespren 4eva dia ialah emaknya sendiri.
nota kepala 2: yang lelaki takyah baca. nanti korang tak paham. ni untuk perempuan yang beremosi je.
nota kepala 3: kepada awak yang bukan seperti penama di atas, sila baca dengan sopan ye, jangan gelak-gelak mengata saya jiwang, okeh. baca dengan senyuman sudah memadai ^^

awak, esok awak nak fly dah.
saya tak tau la sempat ke tak saya nak jumpa awak nanti.
i'm 'bz' u know~
apa yang bz sangat tu pun saya tak pasti,
yang pasti maybe esok saya takleh nak gi airport hantar awak
[sape suh fly tyme maghrib^^].

cantik pulak Allah susun,
tyme saya free awak bz,
tyme awak free saya lak bz.
takpe2, saya tak kesah pun kalo tak sempat jumpa awak.
sebab saya tau, insya Allah hati kita tetap terikat teguh, kukuh [ehem3]
lagipun 'lintasan hati' awak tu masih kuat rupanya~
takde apa yang perlu saya risaukan
[mana taknya, saya tertinggal telepon pun awak boleh 'ter'tau]
ish ish ish
memang membuatkan saya terharu

apa-apa pun,
selamat kembali ke medan perjuangan.
'kerehatan' selama 2 bulan sebelum ni,
pastikan ia benar-benar mempunyai isi
bukannya kosong semata-mata
pulangla ke sana dengan semangat baru
betulkan niat
tetapkan matlamat

saya nak tulis lagi
tapi saya tak tau nak tulis apa dah
'sekok sebok dooh doh bakalinyo'
terkedu sampai.

ermmm...

ha,
hutang awak tu,
tengok la macam mana.
kalau Allah izin kita jumpa lagi nanti,
langsaikan la ek^^
tapi kalau Allah tak izin,
tak pe,
jangan risau.
saya halalkan ia~

awak,
kat sana awak kene kuat tau,
jangan lemah-lemah.
ingat,
"tarbiyyah fi aidikum, fi aidikum faqod"
jangan harapkan manusia lain
kita yang kena buat sendiri
kita yang kena bergerak dulu

pastikan bila awak balik mesia lagi sekali,
awak dapat bagi saya 'sesuatu'
yang mungkin pada nilai dunianya sesen pun tak laku
tapi di akhirat kelak sahamnya sangat tinggi.
apa 'sesuatu' tu?
saya pun tak tau
pandai-pandai la awak cari kat sana ye ^^

maaf la tulis surat terbuka untuk awak
nak bagi surat by hand,
belum tentu sempat jumpa.
nak emailkan,
saya tak rasa awak akan bukak inbox email awak tuh.
pape pun,
syukran 'ala kullihal.
moga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.

keep fighting!!

kisah charger


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Charger, atau dalam Bahasa Melayu tak rasminya, pengecas. Sejak akhir-akhir ni, baru saya perasan, charger sangat penting bagi kebanyakan manusia termasuk la saya. Terutama sekali charger hand phone, laptop dan mp3.

Tapi yang menariknya charger ni, kalau sehari dua takde, takpe lagi, tapi kalau berbulan-bulan hidup tanpa charger, rasa macam cacing kepanasan je. Ke hulu ke hilir mencari charger. Kalau tak, tak hidup la hand phone dan laptop kita. Kecuali mereka yang tak guna la kan.

Saya mula berminat pasal charger nih bila banyak mendengar cerita sahabat-sahabat berkenaan dengan charger hand phone dan laptop mereka. Ada yang rosak, ada yang hilang, ada yang tertinggal di kampung dan macam-macam lagi. Masing-masing berusaha keras supaya hand phone dan laptop mereka dapat digunakan kembali. Sampai tahap ada yang cuba baiki sendiri charger yang rosak kerana terdesak seperti gambar di bawah ni.

Amaran keras!! Sila JANGAN tiru amalan ini.

Tanpa sedar, penting rupanya charger ni ek. Hand phone tertinggal kat rumah sehari pun dah menggelabah, cuba bayangkan kalau hand phone takleh nak hidup selama sebulan? Ada hand phone mahal tapi tak hidup kes takde bateri tak guna gakkan. Laptop pun gitu gak. Banyak betul jasa charger.

Humble sebenarnya charger nih. Walaupun jasanya tak disebut-sebut, tapi, ia masih sudi untuk berbakti. Kerja belakang tabir je, tak popular pun takpe. Bila takde atau rosak, ramai 'rakan seangkatan' lain yang sudi tolong menghidupkan kembali hand phone dan laptop tuannya. Tolong-menolong, tak gitu?

Ada rupanya hikmah disebalik terciptanya charger. Ingatkan boleh guna tuk barang elektronik je. Tapi rupa-rupanya boleh dikaitankan juga dengan kehidupan seharian kita ye. Menarik. Jom koreksi apa yang ada disekeliling kita. Mungkin banyak lagi yang kita boleh ambil sebagai teladan mahupun peringatan.

erkk..


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


In the name of Allah...

Awak,
terima kasih banyak-banyak.
Sangat terima kasih pada awak!
Sebab awak selalu ada apabila saya perlukan awak.
Sebab awak selalu dengar apa yang ingin saya katakan.
Sebab awak selalu beri saya kekuatan walaupun saya tak beritahu awak saya dalam kelemahan.

Awak..
Kita akan bersama tak lama je lagi.
Lepas ni masing-masing akan bawa haluan sendiri.
Awak akan penuhi impian ummi awak
.
Awak mungkin akan penuhi impian abah awak
.

Saya pula,
mungkin akan teruskan hidup saya seadanya saya.
Yang lemah tanpa sokongan awak.
Yang sunyi tanpa nasihat awak.
Yang jakun tanpa kehadiran awak.

Saya pernah terfikir.
Kenapa awak terlalu kuat kesannya pada saya?
Padahal awak juga kadangkala seperti teman-teman saya yang lain.
Biasalah, manusia mana ada yang sempurna.
Jadi, ada juga kita berselih pendapat, tersalah faham..
Tapi kenapa saya sayang sangat pada awak?
Sedangkan awak..

Awak,
kenapa harus jadi macam ni?
Kenapa persahabatan yang erat sebegini harus dirosakkan oleh seseorang?
Saya ingat awak dah tahu.
Tapi rupa-rupanya awak tak tahu lagi.
Oh, saya terlupa!
Saya beritahu ini pada orang lain, bukan awak.

Pada mereka, saya beritahu,
sepanjang saya hidup, awaklah kawan terbaik saya!
Meski datang siapa pun sebagai teman,
saya tak dapat tidak,
tetap akan anggap awak yang terbaik,
sebab bagi saya,
awak memang yang terbaik!

Tapi,
kenapa ada dia?
Kenapa wujudnya orang lain?
Kenapa dia boleh sebegitu cepat merenggut persahabatan kita?
Kenapa awak sanggup melakukan ni pada saya, hanya demi dia?
Kenapa kita boleh jadi macam ni?

Awak...
saya rasa lemah tiba-tiba.
Dulu, waktu dia muncul antara kita,
Sungguh saya tak kisah,
kerana bagi saya,
kawan bukannya bermakna awak dah tak boleh berkawan dengan orang lain bila awak kawan dengan saya.
Bukan!
Tapi, cara dia berkawan dengan awak, seolah-olah dia nak ambil awak daripada saya.

Awak!
Kenapa?
Tu je soalan saya pada awak.
Kenapa awak buat saya macam ni?
Hina sangat ke saya?
Sebegini rendah ke martabat saya di mata awak?
Sebegini jijik nilai persahabatan kita di mata awak?

Kenapa, awak?
Kenapa?

Saya nak sangat tanya terus pada awak.
Tapi saya tahu, kalau saya buat macam tu,
hubungan awak dan dia akan terjejas.
Hubungan kita juga.
Saya tak nak itu berlaku.
Antara kita dah terlalu teruk.
Kalau itu berlaku, mungkin akan menjadi lebih teruk.
Saya tak nak!

Jadi, biarkan saya tenggelam dalam persoalan saya..
Biarkan saya karam dalam lautan kasih sayang saya yang tak bertepi pada awak.
Tapi maaf.
Hati saya sudah diisi dengan curiga pada awak.
Saya rasa dikhianati, dan untuk pengetahuan awak,
rasanya sangat sakit!

Mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak jadikan sahabat.
Saya sedar siapa saya.
Selalu menyusahkan awak.
Selalu membebankan awak dengan masalah saya.
Saya sedar semua tu!
Tapi tak bermakna itu awak boleh jadikan senjata untuk membedil saya tanpa saya sedari.

Awak, terima kasih kerana beri saya peluang untuk rasa erti sahabat sebenar.
Terima kasih kerana beri saya peluang untuk gembira.
Terima kasih kerana beri saya peluang untuk pernah miliki awak sebagai sahabat.
Pernah miliki awak sebagai sahabat.
Pernah.

Betul orang cakap.
Kalau kita nak sayangkan seseorang,
jangan over2.
Sebab takut nanti, kita jadi benci sangat pada orang tu.

Tapi awak jangan bimbang.
Saya takkan benci awak.
Kerana awak antara intan dan insan terbaik yang pernah Allah kurniakan pada saya.
Dan persahabatan ini, yang dipinjamkan Allah,
mungkin tempoh tamatnya telah tiba.
Dan saya mendoakan, tempoh tamat persahabatan MURNI awak dengan dia dipanjangkan,
sebab saya tak nak awak rasa pedih macam saya rasa,
bila persahabatan yang sangat saya sayang rosak dan musnah, kerana sahabat itu sendiri.

Awak..
persahabatan ibarat jambangan bunga.
Sekali ia terlerai, ia mungkin bisa digubah kembali.
Namun, gubahannya takkan menjadi secantik gubahan pertama.

Awak.........................
kenapa awak buat saya macam ni?

Awak..
kalau selama ni saya menangis di bahu awak berkongsikan masalah,
sekarang saya nak menangis di bahu siapa?
Oh ya!
Di tikar sejadah!
Awak jangan bimbang. Saya masih ada Allah.

Allah takkan pernah tinggalkan saya, kalau saya tak tinggalkan DIA, kan?
Allah takkan pernah curang pada saya, meski DIA punyai hamba yang bertrillion.

Peristiwa ni buat saya sedar.
Awak bukanlah insan yang paling layak untuk saya nobatkan sebagai sahabat terbaik saya,
kerana sahabat terbaik, takkan membenamkan maruah sahabatnya ke pelosok bumi begitu sahaja.

Awak,
awak buat saya rasa sangat sakit!

Awak, kenapa awak buat saya macam ni..............................................?

Mungkin awak sedar, atau mungkin awak tak sedar, atau mungkin awak pura-pura tak sedar,
awak dah BUNUH persahabatan kita..
dan, SANGAT TERIMA KASIH UNTUK ITU!


ALLAHUAKBAR!

Oh, ya!
mungkin Allah nak suruh saya jadi baik sikit, supaya saya dapat sahabat yang baik jugak.
dan mungkin, awak layak dapat sahabat seperti dia.
bukannya saya.

-wallahu'alam-


p/s : buat insan yang bergelar sahabat, jadilah sahabat yang baik untuk sahabat anda, kerana keTIDAKBAIKan anda sangat menyakitkan hati sahabat anda.


nota kaki 1: amik dari notes seorang sahabat di fb dengan izinnya.
nota kaki 2: sangat terasa seperti saya ialah 'awak' terutama sekali part yang bawah-bawah.
nota kaki 3: kepada mereka yang berkenaan, yang rasa dirinya ialah 'saya' dalam entry ini, saya mintak maaf banyak-banyak. Moga Allah anugerahkan awak sahabat terbaik di dunia dan akhirat.

ilmu agama


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Pernah terdetik di hati saya sebelum ni, alangkah indahnya andai saat di MMP dulu saya gunakan ia sebaik mungkin untuk menjadi hamba Allah yang tulen. Alangkah indahnya, andai saya mengerti nilai ilmu yang sebenar sejak di MMP lagi. Alangkah indahnya andai saya benar-benar menghayati ilmu agama sebaik mungkin ketika di tingkatan 2 dan 4.

Detikan hati itu saya cuba abaikan. Mungkin kerana saya tak nak ada perasaan menyesal dalam hati saya. Cukup la apa yang berlalu itu dijadikan pengajaran bukannya penyesalan. Namun sejak-sejak habis diploma ni, lintasan hati itu semakin kerap hadir.

Sampai kadang-kadang tu terfikir, kan best kalau amik STAM dulu. Padahal lepas habis jawab paper last SPM terus cabut lari. Memang masa tu tekad di hati, tak kesah apa pun yang berlaku, taknak amik STAM. Jadi la apa nak jadi pun, kalau tak dapat masuk universiti sekali pun, tetap taknak amik STAM.

Saya tak letak langsung STAM dalam pilihan sambung belajar lepas SPM bukan sebab STAM tu takde nilai, tapi sebab memang tak suka subjek menghafal. Saya ni, bab-bab menghafal memang lingkup. Nak ingat apa yang orang cakap semalam pun susah. Nak kena ulang lagi sekali barula, "oooo, yang tu rupanya".

Tapi sekarang, bila saya faham nilai ilmu, saya mengerti. Ilmu bukan dalam buku, ia perlu dalam hati. Bila saya mula mengerti, betapa iman dan islam itu nikmat teragung, saya mula tercari-cari ilmu agama.

Lebih-lebih lagi, bila zaman sekarang ni, segala-galanya dihujung jari. Tekan je keyboard, insya Allah apa sahaja maklumat yang anda ingin cari, anda akan jumpai. Dan seperti yang kita semua sudah sedia maklum, dalam alam internet, tiada maklumat yang dapat disekat melainkan dengan izinNya.

Contohnya la bila kita cari pasal satu-satu hukum agama. Banyak pendapat yang kita jumpa. Dan masing-masing dengan hujjah masing-masing. Berlaku kekeliruan. Lebih-lebih lagi, bila ada 'ustaz' yang mengata, mengeji pendapat 'ustaz' lain. Makin la haru. Kadang-kadang ada yang reka hukum sesedap rasa.

Semakin kerap saya mencari maklumat agama di internet, semakin saya rasa saya mahu belajar agama lebih. Saya mahukan ilmu yang berada dilandasan yang benar. Teringat balik subjek Tafsir dan Hadis masa PMRU & SMU dulu. Kalau boleh, nak cari balik hadis dan tafsir yang belajar tu. Nak study balik betul-betul. Biar masuk dalam hati.

Alhamdulillah, ada sahabat saya turut sama merasa apa yang saya rasa. Bahkan dia siap mintak tolong junior kat MMP lagi untuk kumpulkan hadis dan tafsir form 1-5. Nanti dah dapat nanti kongsi-kongsi la ye ^^.

Menyesal? Tak. Bahkan Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat saya masuk KTD bukannya sambung STAM. Sebab kat sini la Allah mendidik saya melalui murabbi-murabbi, untuk menjadi manusia yang mencari redhaNya. Di KTD juga, saya mula mengerti nilai ilmu yang sebenar.

Ilmu ialah maklumat yang turun ke hati dan terzahir dalam bentuk perbuatan. Kalau setakat kat kepala, tingkah laku takde beza daripada sebelum, apa yang kita tahu hanyalah maklumat. Sekarang, apa yang mampu saya buat dalam usaha menimba ilmu agama, ialah pergi menyibuk kat pelajar-pejalar diploma KUIS di KTD.

Selalu je bila ada masa lapang, dan nampak diorang kumpul ramai-ramai kat meja, saya pergi join diorang. Lepas tu tanya la sikit-sikit, sem ni amik subjek apa?, berapa jam kredit?, subjek ni belajar pasal apa?, subjek yang tu belajar pasal apa?, dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, daripada mereka saya dapat belajar banyak benda baru. Time-time diorang dekat nak exam lagi la saya suka pi tanya. Sebelum kertas soalan bertanya, saya akan tanya dulu. Kira macam tapisan la sebelum jawab exam. Moga Allah bantu mereka.

selangkah kehadapan


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya mahu mencari kekuatan disebalik kesempitan yang ada

‎"Pertandingan Inovasi/Reka Cipta Sains & Teknologi 2010"
Tarikh surat, 06/09/10 [orang cuti raya dah wei masa ni akak oii]
Tarikh surat sampai ke tangan, 20/09/10 [no wonder la kan]
Tarikh tutup pendaftaran, 20/09/10 [deiii]
Tarikh hantar draf, 26/09/10 [segala mak nenek perincian projek]
Tarikh penghakiman, 01/10/10 [minggu depan wei]
Tarikh pameran, 30/09/10-01/10/10 [kat balai islam lundang, meh le join]

p/s: kira-kira 8 hari lagi..erkkk..sempat ke??belasah je la...moga Allah bantu~


Alhamdulillah, tajuk projek baru sahaja diputuskan sebentar tadi. Itu pun masih lagi blurr-blurr ayam. Hanya lakaran kasar je yang dapat dibuat setakat ni. Namun, walaupun masalah yang ada seperti gunung yang menghalang perjalanan, langkah insya Allah akan diteruskan jua.

Mungkin ada yang berpendapat, "buat apa nak buat kalau dah tau tak sempat, macam kurang cerdik je". Tapi bagi saya, biarpun ia sukar untuk dilaksanakan tetapi tak mustahil. Bekerja sebagai hamba Allah mengajarkan saya erti "Impossible = I'm possible". Tiada satu pun yang mustahil dengan kuasa Allah, tetapi segala-galanya akan jadi mustahil tanpa bantuan Allah.

Memang tinggi kebarangkalian untuk kami tidak sempat menyiapkan projek kali ini. Tetapi, saya tak merasakan ia satu kerugian andai kami gagal. Mereka yang rugi ialah, mereka yang menolak untuk mencuba kerana takutkan kegagalan. Saya mahu mencuba, bukan kerana sekadar suka-suka, tapi untuk dijadikan sebahagian dari pengalaman hidup dalam perjalanan menagih redhaNya. "Experience teaches" [Tacitus].

Berbanding projek semester lepas yang dibuat bersempena Hari Terbuka KTD 2010, projek kali ini boleh dikatakan lebih mencabar. Dulu, masa yang diperuntuk untuk menyiapkan projek lebih lama, kira-kira 2 bulan lebih. Sekarang hanya 2 minggu. Sesak nafas eden.

Dulu buat projek untuk pameran. Sekarang buat projek untuk pertandingan. Kena lebih tersusun. Sekalipun tak menang, tapi jangan la sampai memalukan. Dulu pameran dalam KTD je. Sekarang bertanding dengan IPT lain. Kalau setakat kat KTD je takpe la, sesuai dengan taraf kolej je. Tapi bila bertanding dengan IPT lain yang bertaraf universiti dan institut kemahiran, mahunya migraine memikirkan saingan-saingan yang berkali-kali ganda lagi hebat.

Dan yang paling-paling saya rasa mencabar ialah, dulu, pelajar yang terlibat semuanya siswi. Sekarang, gabung tenaga siswa dan siswi. Kemungkinan untuk timbul masalah ikhtilat perlu dipandang serius. Jangan bila terlanggar baru nak mengaduh. Sangat-sangat perlu untuk berhati-hati.

Insya Allah, kami akan berusaha semampu mungkin untuk memastikan apa yang kami lakukan tidak melanggar syara' yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan seterusnya menyerahkan natijahnya kepada Dia yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[QS 065:002-003]

Doakan kami [^^,]v
Moga Allah redha

bukan itu yang saya mahu


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya tak mengharapkan kata maaf. Bukan kerana saya tak pernah marah. Bukan kerana saya tak pernah benci. Bukan kerana saya tak pernah tak suka. Bukan kerana saya tak pernah terasa. Tapi, kerana saya mahu menjadi manusia yang pemaaf. Saya tak mahu menjadi manusia yang menunggu kata maaf diungkapkan baru kemaafan itu dihulur.

Mungkin ada diantara sikap mahupun tingkah laku saya yang disalah anggap sebagai marah. Mungkin benar ketika itu saya marah, tetapi ia tidak lama. Namun tingkah laku tersebut kadangkala berlarutan bukan kerana marah saya masih bersisa tetapi kerana ada masanya tingkah laku tersebut perlu untuk mendidik. Walaupun kata maaf tidak diungkapkan, insya Allah hati ini mampu memaafkan.

Kerana mereka juga manusia seperti saya. Kami sama-sama tidak sempurna, sama-sama serba kekurangan. Justeru itu, saya tidak mengharap untuk menerima ungkapan maaf kerana tanpa sedar saya juga menyakiti hati mereka. Bukan masalah siapa benar, siapa salah. Tapi yang mana yang Allah suka itu keutamaannya.

Berbanding kata maaf, saya lebih suka mendengar ucapan terima kasih. Tapi kalau tak cakap apa-apa pun saya tak kesah. Insya Allah tak terasa pun.

Ada ketika pendapat saya dan mereka tak sama. Ada ketika saya marah, kenapa mereka tak faham-faham. Ada masa saya bingung, kenapa saya rasa mereka perlu berubah tapi mereka tak rasa begitu. Lain manusia, lain gaya pemikirannya. Mungkin juga kerana saya manusia yang banyak khilafnya, tanpa sedar, saya banyak menunding jari pada manusia lain.

Oleh sebab itu, saya tak suka fikir perkara yang menyerabutkan kepala lama-lama kerana jika saya terlampau memikirkannya, mungkin tanpa sedar saya kalah dengan cucukan jarum si iblis laknatullah. Saya lebih suka untuk tidak mengingatinya. Kalau saya ingat pun, hanya di minda sebagai pengajaran tapi tidak sebagai dendam di hati.

Jutaan maaf saya pohon andai ada yang terluka dengan sikap saya yang acuh tak acuh. Jika awak rasa saya salah, tolong lah nasihati dan doakan saya. Moga Allah redha.

mencari secebis kekuatan..


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...




Opick
-Tiada Duka Yang Abadi-

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini




Gersang itu hanya sementara andai kita kembali kepada Yang Memberi kegersangan itu..

...


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Adil. Dimana ukurannya keadilan itu? Apa yang saya faham, zalim membawa maksud, meletakkan sesuatu tidak pada tempat yang sepatutnya. Dan zalim ialah kata lawan bagi adil. Maknanya, adil boleh juga diertikan sebagai meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang sepatutnya [boleh rujuk wikipedia untuk sokongan]. Jadi, yang saya faham, kesamarataan tidak bermakna adil.

Seandainya adil itu diukur melalui kesamarataan semata-mata, maka hidup ini boleh dikatakan zalim la. Nasib awak dengan nasib saya tak sama, kehidupan awak dengan kehidupan saya jauh bezanya, keadaan awak dengan keadaan saya besar jurangnya. Kalau hidup ini kita rasa tak adil, maknanya 'Pemberi' hidup ini juga tidak adil. Sedangkan Allah yang Maha Mencipta itu Maha Adil. Allah memberi pada tempatnya kerana Dia Maha Mengetahui, apa yang hamba-hambaNya perlukan.

Jangan kerana bila kita melihat seseorang itu memberi hadiah yang berbeza-beza kepada mereka yang disekelilingnya, kita menuduh dia tidak adil. Ramai antara kita, yang suka menghukum tanpa cuba memahami. Saya ulangi, adil bukan terletak kepada kesamarataan.

Cuba bayangkan, ada seorang dermawan ini yang mahu membahagikan RM10 000 kepada penduduk sebuah kampung. Biasala, dalam sesebuah kampung, terdapat pelbagai jenis keluarga. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang tinggal sendiri, ada yang serumah 15 orang, dan macam-macam lagi la.

Seandainya la, si dermawan ini mahu berlaku adil, adakah patut dia memberi secara sama rata kepada semua penduduk kampung atau dia memberi mengikut siapa yang paling memerlukan? Andaikata dalam kampung tersebut ada 20 keluarga yang mempunyai pendapatan berbeza. Patut ke kalau dia bagi RM500 kepada setiap keluarga hatta kepada keluarga yang berpendapatan RM2000 sebulan mahupun yang berpendapatan RM300 sebulan. Adil ke kalau begitu?

Memang hak untuk memberi itu atas si pemberi. Tetapi yang saya mahu tekankan disini ialah, adil bukan terletak pada kesamarataan. Jadi, jangan mengharap untuk kita dapat sebagaimana yang orang lain dapat walaupun pemberinya dari sumber yang sama. Takkan sama hadiah untuk mereka yang berusia belasan tahun dengan mereka yang berusia puluhan tahun.

Kalau semua perkara mahu disamaratakan, jawabnya, sama dengan konsep komunis la. Kerja kuat ke, malas ke, gaji semua sama. Usaha lebih ke, tak usaha langsung ke, hasilnya takde beza. Adilkah kalau begitu? Tepuk dada, tanya iman.

Jangan kerana kita dengki dengan seseorang itu, menyebabkan kita terlepas pandang untuk bersyukur. Ketahuilah, setiap sesuatu yang Allah susun itu, ada hikmahnya. Belajar bersyukur, maka kita akan mula mengerti, setiap sesuatu yang kita miliki ini, sudah lebih dari cukup.

cerita raya~ best ooo jalan2 dgn mereka...


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semalam, sehari suntuk berjalan. Keluar rumah pukul 9.30 pagi, balik pukul 10.30 malam. Memang mantap. Perancangan asalnya, nak jumpa dengan geng-geng UBKK dulu. Tapi, macam biasa la, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan dan setiap susunanNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Alhamdulillah.

Dari perancangan asal yang sepatutnya berlima ['drebar', Aqilah Uzihan, Yang Latifah, Asiah Zaidi dan Mawar], tinggal bertiga sahaja. Asiah, mantan Presiden UBKK (2008) dan Mawar, mantan Exco UBKK tak dapat nak join. Rumah mula-mula yang diserang ialah rumah mantan Presiden UBKK (2007), Siti Yang Latifah. Wah, sangat meriah. 3 orang je padahal. Tapi macam 30 orang. Siap makan tengah hari lagi kat rumah Yang. Alhamdulillah. Seronok weh bila jumpa geng sekepala.

Lepas Zohor, kami bertolak ke rumah Cikgu Siti, Guru Penasihat UBKK. Pertama kali gi nih. Si Aqilah punya cadangan. Kat mana rumah cikgu, cikgu ada kat rumah ke tak, semuanya dia yang uruskan. Dia pulak, bukannya contact cikgu direct [konon-kononnya nak buat surprise la], dia bagi tau kawan dia yang juga jiran cikgu, dan kawan dia tu pulak pass dekat anak cikgu, suruh bagi tau cikgu yang ex-student MMP [tanpa diketahui siapakah gerangannya] nak datang beraya [entah sampai entah tak maklumat tu kat cikgu]. Berlapis-lapis betul.

Panjang kisah perjalanan kami, nak boleh sampai ke rumah cikgu Siti tu. Tapi, biarlah ia tersimpan di dalam kotak memori kami bertiga sahaja ^^. Lawak sangat. Memang pecah perut dok ketawa dalam kereta. Seingat saya, dengan mereka berdua [Yang n Qielah] sahaja saya dapat ketawa sampai nak pecah perut. Mana taknya, saya 'tembak' diorang sedas, diorang 'tembak' saya sepuluh das. Tapi setahu saya, setakat ni, takde lagi diantara kami yang terluka hatinya bila ditembak dengan peluru cili api selaju 1000km/j~ Alhamdulillah.

Lepas serang rumah Cikgu Siti, hajatnya nak gi rumah Sarah Rafie lak, mantan Exco UBKK sebab rumah dia dekat je dengan rumah cikgu. Tapi, Allah izin, dia tersekat dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pulang ke rumah. So, tak merasa la kami nak buat bising kat rumah dia. Perjalanan diteruskan pulak ke rumah Amalina Juhari [kaitan dia dengan UBKK? yang tu kena tanya mantan Presiden ^^] selepas berhenti solat Asar di masjid tepi jalan.

Tak lama sangat pun lepak kat rumah Amalina sebab tiba-tiba Asiah call nak gi rumah Aqilah. Dia suruh Aqilah balik cepat-cepat. Dalam pukul 6 gak baru keluar dari rumah Amalina. Dari pagi sampai ke petang kami gi beraya, masing-masing dengan telatah masing-masing. Yang dengan kuih rayanya, saya dengan buahnya, dan yang lawak sekali Aqilah dengan isu 'kawin'nya ^^ [hahaha..kotroversi la pahni...].

Memandangkan saya ini 'drebar' yang tak bertauliah, so, saya la yang akan balik rumah paling akhir sekali. Keluar dari rumah Amalina, terus ke rumah Aqilah plak. Ye la, nak menyambut 'orang Mesir' yang balik setahun sekali kan. Tapi 'orang Mesir' tu datang sekejap je. Dia sibukkan, nak wat camne. Alhamdulillah Aqilah sempat gak jumpa dia [saya & Yang dah selalu jumpa dah] sebelum balik UMP. Lepak-lepak, makan-makan & borak-borak kat rumah Aqilah sekejap, pastu solat Maghrib, then gi cari beras kat Wakaf Che Yeh [uptown kelantan ooo..mantap gitu] sat, beli nasi lemak 80 sen, kemudian baru balik.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Balik tido, memang best. Baring atas tilam, tak sempat nak kira 1,2,3, dah terlelap [doa tidur dah baca awal-awal lagi ye^^]. Alhamdulillah 'ala kullihal..

demam raya


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Orang kata, raya sebulan sebab bulan Syawal sebulan. Tapi bagi mereka [bukan kita sebab saya dah habis belajar ye, harap maklum ^^], pelajar IPT tempatan [kecuali pelajar KUIS], bahang raya yang terasa tahun ni cuma seminggu sahaja. Pelajar luar negara pula, ada yang tak sampai seminggu, ada yang 3 minggu, tapi rasanya tak lebih dari sebulan.

Masing-masing mula kalut menyiapkan assignment [bagi mereka yang ada assignment la]. Raya dah tak rasa raya. Nak keluar pergi beraya pun fikir 2,3 kali dulu sebab assignment banyak lagi yang tak siap. Pelajar luar negara dah mula cemas-cemas itik fikir nak luang masa dengan keluarga lagi, dengan sahabat-sahabat yang jumpa sekali setahun lagi, dengan kucing kat rumah lagi dan lain-lain.

Semuanya kalau boleh nak menidakkan masa yang telah berlalu. Bangun pagi kalau boleh taknak tengok matahari, sebaba kalo matahari dah naik maknanya sehari dah berlalu. Ada yang taknak fikir langsung, sebab nanti lagi sedih. Tapi, dalam taknak fikir tu, saya rasa ada juga yang mengigau masa tidur.

Ada juga pelajar yang dah balik IPT masing-masing tapi terpaksa memendam rasa di IPT sebab keluarga di kampung masih seronok beraya sakan. Ada keluarga yang buat BBQ, lepas tu letak gambar kat facebook. Si anak yang dah balik IPT tu apa lagi, mestila sedih. Dalam dia bertungkus-lumus mengorbankan masa dengan keluarga demi pelajaran, mungkin terbit secebis penyesalan. "Kalau aku balik lewat sikit pun takpe, ramai je lagi yang ponteng kelas sebab nak cuti lebih". Sayu sungguh.

Tapi ingat, untuk kesenangan masa hadapan, pengorbanan itu perlu. Bukan sahaja kesenangan di dunia, bahkan kesenangan di akhirat juga perlukan pengorbanan.

"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[QS 094 : 005 & 006]

Betulkan niat, tetapkan matlamat. Jangan kerana mahukan kesenangan sekarang, kita sanggup korbankan masa depan kita. Ya, memang la kita tak tau, entah masih ada masa untuk kita jumpa masa depan kita entah tak. Mati memang boleh datang bila-bila masa. Tapi ingat, akhirat tu pun masa depan kita juga. Seandainya kita buat sesuatu kerana terpaksa, dimana nilai keikhlasan itu?

Pelajar luar negara, bersyukurlah. Kerana kamu insan terpilih. Pelajar IPT tempatan, bersyukurlah. Kerana kamu juga insan terpilih. Saya, bersyukurlah. Kerana saya juga insan terpilih [ehem3^^]. Alhamdulillah 'ala kullihal..



p/s: Sejujurnya, berbanding pelajar Mesir dan Jordan, saya lebih kesiankan pelajar KTD yang berasal dari Sabah. Diorang balik setahun sekali gak [itu pun kalo banyak duit r]. Tapi diorang balik bukan masa raya. Sebab cuti raya biasanya 2 minggu sahaja. So, sepatutnya diorang pun layak masuk Salam Perantauan sebab diorang betul-betul raya diperantauan. Apa-apa pun, be grateful =)

fasa perubahan


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Susahnya. Sungguh, sangat berat. Bersederhana dalam setiap sudut. Untuk tidak melampaui batas dalam sesuatu. Sukar. Dulu saya keras, saya tak ambil peduli apa yang ada disekeliling, saya malas mahu kesah apa yang orang lain rasa, saya tak peduli apa orang kata, saya adalah saya. Hati saya keras. Airmata saya umpama berlian, tersimpan rapi dalam peti besi. Tiada siapa bisa melihatnya.

Sewaktu itu saya fikir, selagi apa yang saya pilih, Allah redha, ibubapa restu dan diri saya sendiri rela, saya akan tetap terus berdiri walau seisi dunia mencaci. Tetapi, rupa-rupanya saya melangkah secara kasar. Manusia-manusia yang ada disekeliling saya seperti tidak wujud. Saya terus melangkah tanpa mengambil berat siapa disebelah saya.

Apa sahaja yang menghalang laluan saya, saya akan hapuskan. Ramai manusia disekeliling yang saya langgar bahu mereka tanpa mengambil peduli keadaan mereka. Ada diantara mereka yang rebah ke tanah pabila berlaga bahu dengan saya. Saya abaikan sahaja tanpa cuba untuk membantu mereka bangkit kembali.

Mungkin ketika itu, saya tersilap tafsir erti redha Allah. Saya terlupa, selain hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia pun saya perlu jaga. Naifnya saya. Jiwa remaja saya yang terlampau bersemangat menyebabkan saya buta untuk melihat dan pekak untuk mendengar.

Berbuih mulut manusia lain marah-marah, membebel dengan saya, saya masih tetap dengan pendirian saya. Saya hanya diam membisu. Saya biarkan mereka berkata-kata. Mereka boleh memaksa telinga saya untuk mendengar, tetapi mereka tak boleh memaksa hati saya untuk menerima. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak turun ke hati.

(Sampai tahap, kakak saya pernah menegur kakak saya yang lain yang ketika itu sedang membebel marahkan saya, "Dengan asmaa', membazir air liur je ko membebel. Dia bukan kesah pun. Cair taik telinga dia tu pun belum tentu dia layan. Last-last nanti, ko yang sakit tekak. Dia takde pape pun. Steady je.")

Sewaktu itu, pendirian saya sangat teguh. Tak mudah tuk goyah. Walau kadang-kadang pilihan saya menyakitkan hati ramai orang (tidak termasuk mak ayah ye). Tapi saya tak pernah ambil kesah. Yang pasti, saya tak mahu wujud perasaan menyesal dalam pilihan saya. Maka, saya akan pastikan bahawa setiap pilihan saya akan menjadi pilihan yang terbaik. Saya akan berusaha ke arah itu.

Itu dulu. Sekarang, bila saya mula mengenali, mula mengerti, perkataan dakwah dan tarbiyah, saya sedar, saya perlu berubah. Seandainya saya mahu terus berada di jalan dakwah dan tarbiyah, saya MESTI berubah. Saya perlu mengambil kesah keadaan mereka yang berada disekeliling saya. Kerana saya yakin, setiap seorang dari mereka yang hadir dalam hidup saya, ada fungsi masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah.

Saya perlu mendengar dengan teliti setiap teguran mereka kerana mungkin disebalik teguran-teguran itu ada sesuatu yang perlu saya belajar. Saya perlu peduli, perasaan manusia disekeliling saya kerana mereka adalah mad'u saya dan sebahagian dari mereka ialah da'ei saya. Seandainya saya abaikan hati dan perasaan mereka, apa mungkin untuk terbina jambatan hati antara kami?

Masalahnya sekarang, saya sukar untuk menyeimbangkan antara keras dan lembut, tetap pendirian dan bertolak ansur, mengambil peduli dan biarkan berdikari, percaya dan berhati-hati, tegas dan sayang, dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, bila saya buat keputusan dalam keadaan saya cuba mendengar semua pendapat yang diutarakan, saya jadi keliru. Sebahagian hati saya berkeras untuk tetap dengan keputusan yang telah dibuat, sebahagian hati lagi mahu memilih jalan lain. Goyah.

Bila saya cuba mengambil berat mereka yang disekeliling saya, tanpa disedari saya terabai diri saya sendiri. Hingga kadang-kadang, saya rebah terduduk, baru tersedar. Ketika itu, sukarnya mahu berdiri kembali. Seperti mahu mengalah sahaja.

Keadaan saya sekarang, sangat tidak stabil. Saya masih belum mampu mengawal sepenuhnya hati saya. Saya masih belum jumpa laluan dipertengahan. Kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan. Terumbang-ambing.

Apa yang berlaku kini, menyedarkan saya. Saya hanya manusia lemah. Mahu mengawal diri sendiri pun terkial-kial. Sungguh cetek ilmu saya. Masih banyak perkara yang saya tidak tahu. Kerdilnya saya berbanding Dia yang Maha Mengetahui.



Saya perlu belajar untuk bersederhana. Sukar, tapi tak mustahil. Saya akan terus berusaha untuk mencari kesederhanaan dalam tiap langkah saya. Insya Allah.

merapu~


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

lagi lama hidup kat muka bumi ni
lagi banyak soalan yang timbul
soalan yang tergantung jawapannya

why must this?
why not that?
why me?
why not them?
why do people ask?
why they do not care?
why? why? why?

keliru
buntu
hilang arah tuju

serabut

mahu lari
dan
berhenti

lari dari kenyataan
berhenti berfikir
mengalah?
ah, kesah apa..

letihhh
tiada siapa kesah


..........................................................................................


bila manusia mula melihat dunia
lebih dari matlamat hidup di akhirat sana
semuanya jadi serba tak kena

hidup ini seperti
secawan kopi..

yang kita mahu
ialah kopi
bukannya cawan

cawan cuma alat
untuk kita minum
kopi..

akal itu anugerah...

life


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

i'll keep moving forward

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Ramadhan 1431 sudah berlalu. Adakah sebulan Ramadhan anugerah Allah ini telah kita gunakan ia sebaik mungkin? Adakah masih ada kesempatan untuk kita ketemu Ramadhan mendatang? Sama-sama la kita muhasabah. 11 bulan mendatang, jom kita berusaha untuk perbaiki diri. Persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan 1432, seandainya masih berkesempatan, insya Allah.

Untuk berubah, kesabaran itu amat penting. Samada orang yang ingin berubah itu sendiri, mahupun mereka yang terkena tempias perubahan orang lain, turut perlu bersabar. Nak mengungkapkan perkataan sabar, sangat-sangat mudah. Tapi, nak melaksanakannya, perit di hati, hanya Allah yang memahami. Rasa seperti disiat-siat. Letih. Penat. Terkadang rasa seperti mahu mengalah. Itula sabar. Tak mudah, tapi hasilnya sangat manis.

Saya mahu berubah dan saya perlu berubah. Saya ingin menjadi manusia, yang kejayaannya boleh ditumpang manusia lain. Saya ingin menjadi manusia, yang dakwahnya pada qudwah hasanah bukan hanya pada madah bahasa. Dan, yang paling penting sekali, saya ingin menjadi manusia, yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah, tuhan semesta alam.

Sikap. Masalah utama saya ialah sikap. Dan, ia tak semudah belajar ABC untuk merubah sikap. Selalu sahaja, hati meronta-ronta mahu berubah, ingin menjadi qudwah hasanah. Tapi penghujungnya, kerana SIKAP, perubahan menjadi mimpi indah semata-mata. Tersungkur dipertengahan jalan. Sabar sekerat jalan.

Menyesal, tapi, masih berulang. Susah, lebih-lebih lagi bila dah besar. Bertambah-tambah la susah. Melentur buluh, biarla dari rebungnya. Sekarang dah besar panjang, dah jadi buluh dah. Bukan bermakna tak boleh nak ubah dah, tapi, SUSAH. Namun, susah tak bererti mustahil. There is always a way. With Allah, nothing is impossible.

"...sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)"
[QS 065:002-003]


Salam Lebaran 1431, Maaf Zahir & Batin..