i'll keep moving forward
Saturday, September 11, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Ramadhan 1431 sudah berlalu. Adakah sebulan Ramadhan anugerah Allah ini telah kita gunakan ia sebaik mungkin? Adakah masih ada kesempatan untuk kita ketemu Ramadhan mendatang? Sama-sama la kita muhasabah. 11 bulan mendatang, jom kita berusaha untuk perbaiki diri. Persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan 1432, seandainya masih berkesempatan, insya Allah.
Untuk berubah, kesabaran itu amat penting. Samada orang yang ingin berubah itu sendiri, mahupun mereka yang terkena tempias perubahan orang lain, turut perlu bersabar. Nak mengungkapkan perkataan sabar, sangat-sangat mudah. Tapi, nak melaksanakannya, perit di hati, hanya Allah yang memahami. Rasa seperti disiat-siat. Letih. Penat. Terkadang rasa seperti mahu mengalah. Itula sabar. Tak mudah, tapi hasilnya sangat manis.
Saya mahu berubah dan saya perlu berubah. Saya ingin menjadi manusia, yang kejayaannya boleh ditumpang manusia lain. Saya ingin menjadi manusia, yang dakwahnya pada qudwah hasanah bukan hanya pada madah bahasa. Dan, yang paling penting sekali, saya ingin menjadi manusia, yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah, tuhan semesta alam.
Sikap. Masalah utama saya ialah sikap. Dan, ia tak semudah belajar ABC untuk merubah sikap. Selalu sahaja, hati meronta-ronta mahu berubah, ingin menjadi qudwah hasanah. Tapi penghujungnya, kerana SIKAP, perubahan menjadi mimpi indah semata-mata. Tersungkur dipertengahan jalan. Sabar sekerat jalan.
Menyesal, tapi, masih berulang. Susah, lebih-lebih lagi bila dah besar. Bertambah-tambah la susah. Melentur buluh, biarla dari rebungnya. Sekarang dah besar panjang, dah jadi buluh dah. Bukan bermakna tak boleh nak ubah dah, tapi, SUSAH. Namun, susah tak bererti mustahil. There is always a way. With Allah, nothing is impossible.
"...sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)"
[QS 065:002-003]
Salam Lebaran 1431, Maaf Zahir & Batin..