selangkah kehadapan


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya mahu mencari kekuatan disebalik kesempitan yang ada

‎"Pertandingan Inovasi/Reka Cipta Sains & Teknologi 2010"
Tarikh surat, 06/09/10 [orang cuti raya dah wei masa ni akak oii]
Tarikh surat sampai ke tangan, 20/09/10 [no wonder la kan]
Tarikh tutup pendaftaran, 20/09/10 [deiii]
Tarikh hantar draf, 26/09/10 [segala mak nenek perincian projek]
Tarikh penghakiman, 01/10/10 [minggu depan wei]
Tarikh pameran, 30/09/10-01/10/10 [kat balai islam lundang, meh le join]

p/s: kira-kira 8 hari lagi..erkkk..sempat ke??belasah je la...moga Allah bantu~


Alhamdulillah, tajuk projek baru sahaja diputuskan sebentar tadi. Itu pun masih lagi blurr-blurr ayam. Hanya lakaran kasar je yang dapat dibuat setakat ni. Namun, walaupun masalah yang ada seperti gunung yang menghalang perjalanan, langkah insya Allah akan diteruskan jua.

Mungkin ada yang berpendapat, "buat apa nak buat kalau dah tau tak sempat, macam kurang cerdik je". Tapi bagi saya, biarpun ia sukar untuk dilaksanakan tetapi tak mustahil. Bekerja sebagai hamba Allah mengajarkan saya erti "Impossible = I'm possible". Tiada satu pun yang mustahil dengan kuasa Allah, tetapi segala-galanya akan jadi mustahil tanpa bantuan Allah.

Memang tinggi kebarangkalian untuk kami tidak sempat menyiapkan projek kali ini. Tetapi, saya tak merasakan ia satu kerugian andai kami gagal. Mereka yang rugi ialah, mereka yang menolak untuk mencuba kerana takutkan kegagalan. Saya mahu mencuba, bukan kerana sekadar suka-suka, tapi untuk dijadikan sebahagian dari pengalaman hidup dalam perjalanan menagih redhaNya. "Experience teaches" [Tacitus].

Berbanding projek semester lepas yang dibuat bersempena Hari Terbuka KTD 2010, projek kali ini boleh dikatakan lebih mencabar. Dulu, masa yang diperuntuk untuk menyiapkan projek lebih lama, kira-kira 2 bulan lebih. Sekarang hanya 2 minggu. Sesak nafas eden.

Dulu buat projek untuk pameran. Sekarang buat projek untuk pertandingan. Kena lebih tersusun. Sekalipun tak menang, tapi jangan la sampai memalukan. Dulu pameran dalam KTD je. Sekarang bertanding dengan IPT lain. Kalau setakat kat KTD je takpe la, sesuai dengan taraf kolej je. Tapi bila bertanding dengan IPT lain yang bertaraf universiti dan institut kemahiran, mahunya migraine memikirkan saingan-saingan yang berkali-kali ganda lagi hebat.

Dan yang paling-paling saya rasa mencabar ialah, dulu, pelajar yang terlibat semuanya siswi. Sekarang, gabung tenaga siswa dan siswi. Kemungkinan untuk timbul masalah ikhtilat perlu dipandang serius. Jangan bila terlanggar baru nak mengaduh. Sangat-sangat perlu untuk berhati-hati.

Insya Allah, kami akan berusaha semampu mungkin untuk memastikan apa yang kami lakukan tidak melanggar syara' yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan seterusnya menyerahkan natijahnya kepada Dia yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[QS 065:002-003]

Doakan kami [^^,]v
Moga Allah redha

0 comments: