ilmu agama


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Pernah terdetik di hati saya sebelum ni, alangkah indahnya andai saat di MMP dulu saya gunakan ia sebaik mungkin untuk menjadi hamba Allah yang tulen. Alangkah indahnya, andai saya mengerti nilai ilmu yang sebenar sejak di MMP lagi. Alangkah indahnya andai saya benar-benar menghayati ilmu agama sebaik mungkin ketika di tingkatan 2 dan 4.

Detikan hati itu saya cuba abaikan. Mungkin kerana saya tak nak ada perasaan menyesal dalam hati saya. Cukup la apa yang berlalu itu dijadikan pengajaran bukannya penyesalan. Namun sejak-sejak habis diploma ni, lintasan hati itu semakin kerap hadir.

Sampai kadang-kadang tu terfikir, kan best kalau amik STAM dulu. Padahal lepas habis jawab paper last SPM terus cabut lari. Memang masa tu tekad di hati, tak kesah apa pun yang berlaku, taknak amik STAM. Jadi la apa nak jadi pun, kalau tak dapat masuk universiti sekali pun, tetap taknak amik STAM.

Saya tak letak langsung STAM dalam pilihan sambung belajar lepas SPM bukan sebab STAM tu takde nilai, tapi sebab memang tak suka subjek menghafal. Saya ni, bab-bab menghafal memang lingkup. Nak ingat apa yang orang cakap semalam pun susah. Nak kena ulang lagi sekali barula, "oooo, yang tu rupanya".

Tapi sekarang, bila saya faham nilai ilmu, saya mengerti. Ilmu bukan dalam buku, ia perlu dalam hati. Bila saya mula mengerti, betapa iman dan islam itu nikmat teragung, saya mula tercari-cari ilmu agama.

Lebih-lebih lagi, bila zaman sekarang ni, segala-galanya dihujung jari. Tekan je keyboard, insya Allah apa sahaja maklumat yang anda ingin cari, anda akan jumpai. Dan seperti yang kita semua sudah sedia maklum, dalam alam internet, tiada maklumat yang dapat disekat melainkan dengan izinNya.

Contohnya la bila kita cari pasal satu-satu hukum agama. Banyak pendapat yang kita jumpa. Dan masing-masing dengan hujjah masing-masing. Berlaku kekeliruan. Lebih-lebih lagi, bila ada 'ustaz' yang mengata, mengeji pendapat 'ustaz' lain. Makin la haru. Kadang-kadang ada yang reka hukum sesedap rasa.

Semakin kerap saya mencari maklumat agama di internet, semakin saya rasa saya mahu belajar agama lebih. Saya mahukan ilmu yang berada dilandasan yang benar. Teringat balik subjek Tafsir dan Hadis masa PMRU & SMU dulu. Kalau boleh, nak cari balik hadis dan tafsir yang belajar tu. Nak study balik betul-betul. Biar masuk dalam hati.

Alhamdulillah, ada sahabat saya turut sama merasa apa yang saya rasa. Bahkan dia siap mintak tolong junior kat MMP lagi untuk kumpulkan hadis dan tafsir form 1-5. Nanti dah dapat nanti kongsi-kongsi la ye ^^.

Menyesal? Tak. Bahkan Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat saya masuk KTD bukannya sambung STAM. Sebab kat sini la Allah mendidik saya melalui murabbi-murabbi, untuk menjadi manusia yang mencari redhaNya. Di KTD juga, saya mula mengerti nilai ilmu yang sebenar.

Ilmu ialah maklumat yang turun ke hati dan terzahir dalam bentuk perbuatan. Kalau setakat kat kepala, tingkah laku takde beza daripada sebelum, apa yang kita tahu hanyalah maklumat. Sekarang, apa yang mampu saya buat dalam usaha menimba ilmu agama, ialah pergi menyibuk kat pelajar-pejalar diploma KUIS di KTD.

Selalu je bila ada masa lapang, dan nampak diorang kumpul ramai-ramai kat meja, saya pergi join diorang. Lepas tu tanya la sikit-sikit, sem ni amik subjek apa?, berapa jam kredit?, subjek ni belajar pasal apa?, subjek yang tu belajar pasal apa?, dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, daripada mereka saya dapat belajar banyak benda baru. Time-time diorang dekat nak exam lagi la saya suka pi tanya. Sebelum kertas soalan bertanya, saya akan tanya dulu. Kira macam tapisan la sebelum jawab exam. Moga Allah bantu mereka.

0 comments: