...


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Adil. Dimana ukurannya keadilan itu? Apa yang saya faham, zalim membawa maksud, meletakkan sesuatu tidak pada tempat yang sepatutnya. Dan zalim ialah kata lawan bagi adil. Maknanya, adil boleh juga diertikan sebagai meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang sepatutnya [boleh rujuk wikipedia untuk sokongan]. Jadi, yang saya faham, kesamarataan tidak bermakna adil.

Seandainya adil itu diukur melalui kesamarataan semata-mata, maka hidup ini boleh dikatakan zalim la. Nasib awak dengan nasib saya tak sama, kehidupan awak dengan kehidupan saya jauh bezanya, keadaan awak dengan keadaan saya besar jurangnya. Kalau hidup ini kita rasa tak adil, maknanya 'Pemberi' hidup ini juga tidak adil. Sedangkan Allah yang Maha Mencipta itu Maha Adil. Allah memberi pada tempatnya kerana Dia Maha Mengetahui, apa yang hamba-hambaNya perlukan.

Jangan kerana bila kita melihat seseorang itu memberi hadiah yang berbeza-beza kepada mereka yang disekelilingnya, kita menuduh dia tidak adil. Ramai antara kita, yang suka menghukum tanpa cuba memahami. Saya ulangi, adil bukan terletak kepada kesamarataan.

Cuba bayangkan, ada seorang dermawan ini yang mahu membahagikan RM10 000 kepada penduduk sebuah kampung. Biasala, dalam sesebuah kampung, terdapat pelbagai jenis keluarga. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang tinggal sendiri, ada yang serumah 15 orang, dan macam-macam lagi la.

Seandainya la, si dermawan ini mahu berlaku adil, adakah patut dia memberi secara sama rata kepada semua penduduk kampung atau dia memberi mengikut siapa yang paling memerlukan? Andaikata dalam kampung tersebut ada 20 keluarga yang mempunyai pendapatan berbeza. Patut ke kalau dia bagi RM500 kepada setiap keluarga hatta kepada keluarga yang berpendapatan RM2000 sebulan mahupun yang berpendapatan RM300 sebulan. Adil ke kalau begitu?

Memang hak untuk memberi itu atas si pemberi. Tetapi yang saya mahu tekankan disini ialah, adil bukan terletak pada kesamarataan. Jadi, jangan mengharap untuk kita dapat sebagaimana yang orang lain dapat walaupun pemberinya dari sumber yang sama. Takkan sama hadiah untuk mereka yang berusia belasan tahun dengan mereka yang berusia puluhan tahun.

Kalau semua perkara mahu disamaratakan, jawabnya, sama dengan konsep komunis la. Kerja kuat ke, malas ke, gaji semua sama. Usaha lebih ke, tak usaha langsung ke, hasilnya takde beza. Adilkah kalau begitu? Tepuk dada, tanya iman.

Jangan kerana kita dengki dengan seseorang itu, menyebabkan kita terlepas pandang untuk bersyukur. Ketahuilah, setiap sesuatu yang Allah susun itu, ada hikmahnya. Belajar bersyukur, maka kita akan mula mengerti, setiap sesuatu yang kita miliki ini, sudah lebih dari cukup.

0 comments: