Monday, September 20, 2010
by peNer0ka keTenaNgan
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Saya tak mengharapkan kata maaf. Bukan kerana saya tak pernah marah. Bukan kerana saya tak pernah benci. Bukan kerana saya tak pernah tak suka. Bukan kerana saya tak pernah terasa. Tapi, kerana saya mahu menjadi manusia yang pemaaf. Saya tak mahu menjadi manusia yang menunggu kata maaf diungkapkan baru kemaafan itu dihulur.
Mungkin ada diantara sikap mahupun tingkah laku saya yang disalah anggap sebagai marah. Mungkin benar ketika itu saya marah, tetapi ia tidak lama. Namun tingkah laku tersebut kadangkala berlarutan bukan kerana marah saya masih bersisa tetapi kerana ada masanya tingkah laku tersebut perlu untuk mendidik. Walaupun kata maaf tidak diungkapkan, insya Allah hati ini mampu memaafkan.
Kerana mereka juga manusia seperti saya. Kami sama-sama tidak sempurna, sama-sama serba kekurangan. Justeru itu, saya tidak mengharap untuk menerima ungkapan maaf kerana tanpa sedar saya juga menyakiti hati mereka. Bukan masalah siapa benar, siapa salah. Tapi yang mana yang Allah suka itu keutamaannya.
Berbanding kata maaf, saya lebih suka mendengar ucapan terima kasih. Tapi kalau tak cakap apa-apa pun saya tak kesah. Insya Allah tak terasa pun.
Ada ketika pendapat saya dan mereka tak sama. Ada ketika saya marah, kenapa mereka tak faham-faham. Ada masa saya bingung, kenapa saya rasa mereka perlu berubah tapi mereka tak rasa begitu. Lain manusia, lain gaya pemikirannya. Mungkin juga kerana saya manusia yang banyak khilafnya, tanpa sedar, saya banyak menunding jari pada manusia lain.
Oleh sebab itu, saya tak suka fikir perkara yang menyerabutkan kepala lama-lama kerana jika saya terlampau memikirkannya, mungkin tanpa sedar saya kalah dengan cucukan jarum si iblis laknatullah. Saya lebih suka untuk tidak mengingatinya. Kalau saya ingat pun, hanya di minda sebagai pengajaran tapi tidak sebagai dendam di hati.
Jutaan maaf saya pohon andai ada yang terluka dengan sikap saya yang acuh tak acuh. Jika awak rasa saya salah, tolong lah nasihati dan doakan saya. Moga Allah redha.
Posted in:
|
|
|
berbalas surat lak korang nih *,^
ha3..
eeeee..sibuk j dia..p men jauh2 nuh~