cerita hari ini

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Insya Allah esok akan diadakan presentation projek elektronik bagi subjek Programming Logic Controller (PLC). So, macam biasa, saya selaku juruteknik makmal elektronik nampak gayanya perlu bekerja lebih masa memandangkan para mahasiswa DDE sekalian perlu bertungkus-lumus menyiapkan projek masing-masing dengan menggunakan makmal elektronik.

Sejak semalam saya berkampung di dalam makmal elektronik. Balik rumah hanya untuk tidur dan mandi sahaja. Hari ni, pagi-pagi lagi kena datang KTD. Mungkin sampai ke malam juga hari ni memandangkan makmal perlu dikemas sebab esok lecturer UTM sendiri yang akan turun padang.

..................................... START .....................................


Projek 1: Langsir Automatik
Nak terangkan secara detail pun, saya kurang tahu. Kita tengok je la apa yang jadi esok.



Projek 2: Tong Sampah Muzikal
Hahaha. Best gak kalo ada tong sampah gini. Buang sampah je bunyi lagu. Mungkin dengan cara ini dapat menggalakkan orang awam untuk buang sampah di dalam tong sampah.



Projek 3: Ampaian Automatik
Sesuai untuk suami isteri yang bekerja disiang hari, atau untuk sape-sape yang takde orang kat rumah untuk tolong angkat kain bila hujan turun.



Projek 4: Automated Parking System
Disarankan untuk bangunan-bangunan yang ada tempat parking. Kalau kat KL sistem ni dah lama diguna pakai. Mungkin Kelantan boleh mula laksanakan ia.



Projek 5: Security System
Sistem pengesan andai ada penceroboh yang masuk kawasan rumah tanpa izin.



Projek 6: Automated Watering System
Yang hijau-hijau tu konon-kononya tumbuh-tumbuhan yang ingin disiram r. Kreatif gak dorang nih.





Inilah keadaan makmal elektronik sekarang nih. Sangat-sangat tidak kemas. Korang, sila kemas makmal bila dah siap projek uh. Jangan main lepas tangan plak. Kalo tak nanti saya report dekat Encik J, suh dia potong markah kamu.


..................................... END .....................................

Itu la serba sedikit gambar projek budak-budak ni yang sempat saya snap. Ada lagi projek-projek lain yang saya tak boleh nak amik gambar memandangkan pemilik projek tersebut cukup perahsia. Entah disorok kat mana entah projek dorang.

Kat bawah ni ada gambar tambahan. Gambar projek masa Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Peringkat Negeri Kelantan kategori IPTA/IPTS. Ya, saya tahu. Berbanding dengan projek-projek di atas, projek di bawah ni sangat la tidak cantek.



Projek Automated Pet Feeder

1 comments:

    cntik la kak asmaa..comel2..kreatif..hehe