everything happens for a reason

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya seronok belajar benda baru. Lebih-lebih lagi perkara yang saya suka dan ianya tak terikat. Apa yang saya suka? Saya suka perkara-perkara yang membawa saya kepada berfikir. Kerana itu juga saya tak berapa suka belajar dalam keadaan terikat. Terikat dengan silibus. Terikat dengan apa yang masuk exam nanti. Terikat dengan prosedur. Dan lain-lain ikatan yang mengongkong akal saya untuk terus berfikir.

Dulu, masa zaman sekolah menengah dulu, saya selalu cakap, saya tak suka sains. Sekarang, bila fikir balik, yang saya tak suka dulu sebenarnya bukannya sains, tapi, matapelajaran Sains yang diajar di sekolah. Saya tak sukakan ia. Sebab, saya rasa terkongkong bila belajar sains ikut buku teks.

Kemucak ketidak sukaan saya terhadap subjek Sains ialah sewaktu PMR. Memang masa tu hafal je, takde faham-faham. Dah la saya memang kureng siket bab-bab menghafal ni, makin la tak berapa nak suka.

Masa SPM, subjek yang paling saya suka sekali ialah Ekonomi Asas. Sebab subjek ni tak diajar di dalam kelas secara formal. Saya belajar pun dengan Cikgu Razali Konok (Papa Li) secara tak rasmi bersama dengan beberapa pelajar lain. Kelas malam di MMP, pelajar lebih kurang 5,6 orang sahaja. Kenapa? Sebab subjek ni adalah subjek tambahan ketika itu.

Saya bebas berfikir. Saya dapat kaitkan apa yang saya belajar ketika itu dengan keadaan semasa. Saya nampak perkaitan diantara apa yang saya belajar dengan realiti sebenar. Ketika itu saya dapat rasa, apa yang saya belajar dalam Ekonomi Asas itu bukan hanya satu imaginasi, ia adalah satu realiti. Saya seronok sebab saya nampak kenapa saya perlu belajar. Bukan untuk SPM semata-mata.

Lepas SPM, something happen here and there, Allah izin, saya tercampak ke dalam laluan sains bukannya laluan ekonomi seperti yang saya harapkan. Dulu, matlamat saya memang bidang ekonomi sebab saya ingat masa tu saya minat sangat ekonomi dan kelebihan saya memang ke arah itu. Fikiran saya sepenuhnya memang ke arah ekonomi semata.

Tapi sekarang, bila Allah susun laluan saya luar dari apa yang saya jangkakan, saya mula sedar dan penglihatan saya mula terbuka luas. Masih ada banyak cabang ilmu yang masih belum saya terokai rupanya. Rupanya masih banyak lagi perkara lain yang saya berminat untuk belajar.

Saya minat dengan apa yang saya belajar sekarang, kejuruteraan elektronik. Saya berminat dengan bidang astronomi. Saya mahu mendalami lagi bidang perkomputeran. Tak lupa juga bidang psikologi manusia. Banyak lagi bidang-bidang lain yang saya ingin ambil tahu. Bukan kerana tamak, tapi kerana bagi saya, ilmu itu dimana-mana, dan saya perlu tahu, sekurang-kurang sedikit dari bahagian-bahagian tersebut.

Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk kembangkan minda saya dengan lebih luas lagi. Agak-agaknya dulu kalau saya tetap berkeras untuk teruskan dengan bidang ekonomi juga mungkin saya tak dapat merasai, betapa nikmatnya belajar sains seperti sekarang. Kerana sains itu bukan hanya biologi, fizik dan kimia seperti yang saya jangkakan dulu. Bahkan pengertian sains adalah lebih luas, merangkumi seluruh kehidupan kita sebenarnya.

Sekarang saya belajar, terima apa yang Allah tetapkan dengan hati yang terbuka, insya Allah ia akan menghasilkan sesuatu yang lebih berharga dari apa yang kita jangkakan.

Let's be grateful =)

0 comments: