ilmu vs exam

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Final exam. Sekarang merupakan musim peperiksaan akhir bagi pelajar Diploma UTM di KTD, bermula semalam, 8 Disember sehingga 21 Disember 2010. Melihat telatah setiap dari mereka membuatkan saya tersenyum dan berfikir.

Saya juga pernah alami keadaan seperti mereka. Ke hulu, ke hilir, kepala sentiasa berfikir tentang persediaan exam. Banyak lagi tak baca, banyak lagi yang tak faham, banyak lagi yang nak kena cover dan lain-lain.

Namun, ada satu perkara yang saya sangat risaukan tentang mereka. Iaitu, adakah mereka belajar hanya untuk ilmu setakat dalam dewan peperiksaan, atas kertas semata-mata, atau mereka benar-benar belajar sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan? Melihat mereka berusaha bersungguh-sungguh, soalan ini sentiasa berlegar-legar di minda saya.

Di mana nilainya ilmu? Adakah dengan kita dapat keputusan A+? Adakah dengan pointer 3.5 ke atas sahaja? Nilai ilmu tidak serendah itu. Saya tahu, isu ni isu lama. Tapi, selagi tiada tindakan yang dibuat oleh diri masing-masing, maka isu ni masih wajar diketengahkan.

Exam dapat score tinggi-tinggi, tapi bila junior mintak ajar subjek lepas-lepas, kantoi. Lupa la, tak ingat la, dulu main hafal je la dan lain-lain alasan yang sinonim lagi. Lepas jawab exam, terus lupa ek. Itu bukan ilmu namanya.

Jangan hanya disalahkan sistem. Itu bukan bidang kuasa kita. Memang kita boleh menyuarakan ketidak puasan hati kita, agar ada yang mengambil tindakan. Tetapi, kita sendiri, para mahasiswa, perlu membuktikan dengan TINDAKAN kita, bahawa ilmu itu benar-benar perlu difahami dan dikuasai, bukan hanya untuk final exam sahaja.

Saya ingin mengambil sedikit pengajaran dari cerita '3 Idiots' untuk dikongsi bersama. Bagi mereka yang tak pernah menonton cerita tersebut, sila ke sini untuk memahami serba sedikit jalan ceritanya.

Phunsukh Wangdu, merupakan pelajar miskin yang membesar dalam suasana sistem pendidikan yang berteraskan peperiksaan. Namun, kecintaannya terhadap ilmu tak pernah menghalangnya untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa menyamar sebagai Rancho.

Dia mendaftarkan diri sebagai pelajar kejuruteraan di Imperial College of Engineering dengan menggunakan nama Rancchoddas Shyamaldas Chanchad, anak kepada majikan bapa beliau.

Pengajaran pertama, Rancho tak mengharapkan untuk dapat sijil yang tertera nama sebenar beliau, yang beliau benar-benar mahukan hanyala ILMU.

Tanya diri kita, andaikata kita berada di tempat Rancho, adakah kita sanggup meneruskan pengajian dengan bersungguh-sungguh?

Atau mungkin kita rasa ia hanyala satu usaha yang sia-sia. Belajar, tapi tak dapat apa-apa. Sijil tak dapat. Bila tak dapat sijil, susah nak cari kerja. Lebih baik la tak payah belajar sungguh-sungguh.

Bukankah yang paling berharga sebenarnya ialah ilmu? Ada sijil banyak, tapi tak reti nak buat kerja, apa guna? Mereka yang beruntung ialah, mereka yang sudi untuk BELAJAR. Tiada yang sia-sia selagi kita sudi untuk BELAJAR.

Okey, mungkin cerita ini tak sesuai untuk doctor-to-be, memandangkan kerjaya mereka nanti melibatkan nyawa manusia. Bukan seperti Rancho, seorang engineer-to-be yang boleh mempraktiskan ilmunya dimana-mana sahaja.

Tapi, yang saya nak tekankan ialah, kepentingan menuntut ilmu. Untuk kita benar-benar faham sesuatu perkara itu, bukan hanya perlu tunggu ketika musim peperiksaan sahaja. Sentiasa, kita kena sentiasa berusaha memahami apa yang dipelajari setiap masa.

Kerana sepatutnya kita belajar bukan kerana peperiksaan di atas kertas semata. Kita belajar, untuk 'peperiksaan' disepanjang perjalanan kehidupan ini. Maka, kefahaman itu sangat penting. Berusaha la untuk menjadikan maklumat yang diterima itu sebagai ilmu.

Walaupun Rancho berada di dalam sistem pendidikan yang rosak, Rancho tidak merosakkan diri sendiri dengan sistem tersebut. Dia berusaha, dengan TINDAKAN, untuk keluar dari kebiasaan pelajar lain yang belajar hanya untuk exam.

Rancho mempraktikkan apa yang dipelajarinya. Dia belajar bukan hanya bergantung kepada bahan teks pengajian sahaja. Dia belajar untuk berfikir luar dari kotak. Belajar sampai faham, sehingga mampu untuk diekspresikan dalam bentuk perbuatan.

Ramai sebenarnya antara kita, tanpa sedar menjadi seperti Chatur Ramalingam (Silencer) yang melihat kolej berprestij sebagai tiket untuk mendapat kedudukan sosial yang lebih tinggi di mata masyarakat. Buku pelajaran, dihafal kulit ke kulit tanpa memahami isi sebenar apa yang dipelajari. Akhirnya, hanyut bersama sistem yang rosak.

Ada yang belajar sampai tertekan. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena, segala-galanya tak kena. Akhirnya jatuh sakit. Kenapa tertekan? Sebab risau dengan keputusan peperiksaan nanti. Tak boleh tidak, kena score gak.

Cuba enjoy. Rasai benar-benar, bahawa apa yang dipelajari itu, ialah satu ilmu baru. Hadirkan perasaan seronok itu. Fitrah manusia, kita mempunyai sifat ingin tahu. Gunakan ia.

Saya terfikir lagi, macam mana agak-agaknya cendekiawan Islam dahulu kala belajar sehingga mereka mampu menguasai bidang masing-masing? Mereka ada peperiksaan akhir gak k? Mereka ada sijil macam zaman kita sekarang ni gak k?

Cuba kaji sejarah tokoh-tokoh dunia, ada ke cerita tentang keputusan exam mereka dalam sejarah hidup mereka? Saya rasa takde. Biasanya cerita yang disebar-sebarkan ialah, apa sumbangan mereka terhadap manusia dan alam.

Jadi, kita sekarang, kenapa lebih mengejar pointer berbanding kefahaman terhadap satu-satu ilmu itu? Belajar la daripada sejarah. Mereka yang sentiasa diingati walau jasad sudah dimamah bumi, ialah mereka yang berbakti bukannya mereka yang score tinggi.

Tokoh cendekiawan Islam. Ibnu Sina, al-Khawarizmi, al-Razi, al-Khindi, al-Biruni, Ibnu Khaldun, al-Farabi, dan lain-lain lagi. Jom kenali mereka dan belajar dari mereka, bagaimana untuk memberi sumbangan kepada ummah.

1 comments:

    ~mohon share....:)