bintang
Tuesday, December 21, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Amaran: Ini adalah tulisan seorang penggemar bintang bukannya pengkaji alam semesta. Boleh jadi maklumat-maklumat yang ditulis bertentangan dengan fakta asal. Harap maklum. Sila recheck balik ye kalau rajen ^^v
Subhanallah.. Please click at the picture to enlarge it~
Saya peminat bintang. Bintang kat langit uh, bukan bintang filem. Malam-malam, kalau keluar rumah, suka skodeng langit cari bintang. Duduk kat kawasan bandar ni susah siket nak nampak bintang sebab cahaya neon kat bumi terang sangat sampai tenggelam cahaya bintang. Lagipun musim hujan kan sekarang ni, lagi la susah nak nampak bintang sebab selalu je terlindung di balik awan tebal.
Sebelum ni saya ada cerita siket-siket pasal bintang. Sape rasa dia tak pernah baca lagi dan teringin nak baca, boleh la rujuk entry ini. Ada la siket-siket gambaran tentang keluasan alam semesta dan betapa, sungguh, Allah itu Maha Berkuasa.
Seronok sebenarnya kaji bintang ni. Sebetulnya, nak kata kaji tu takde r sangat, saya cuma baca gitu-gitu je, pastu bina gambaran sendiri dalam kepala. Tapi memang seronok la bagi saya. Bila saya baca maklumat-maklumat tentang bintang, bila saya tengok bintang kat langit, saya rasa macam laju je akal berfikir. Bila akal saya laju memproses maklumat, banyak la ilmu baru yang saya dapat.
Lagi saya cuba godek-godek maklumat pasal bintang, lagi saya rasa seronok. Bukan sebab saya rasa saya tahu banyak, tapi sebab saya rasa banyak lagi saya tak tahu. Makin saya gali, makin dalam saya rasa saya nak gali. Manusiakan, mana kenal erti PUAS.
Sebenarnya, bintang yang kita tengok dari bumi nih ada 2 jenis. Satu, bintang yang tak menghasilkan cahaya sendiri tetapi memantulkan cahaya dari bintang yang lain. Kalau tak silap, bintang ni dipanggil bintang semu. Contoh bagi bintang semu ialah, planet.
Jenis kedua ialah bintang nyata iaitu bintang yang mampu menghasilkan cahaya sendiri. Contohnya Matahari. Jadi, bintang-bintang yang kita tengok dari bumi ni, bukan semuanya adalah bintang nyata. Ada antaranya ialah planet yang kelihatan berkelip hasil daripada pantulan cahaya dari Matahari. Dan selalunya ahli astronomi tak panggil planet tu bintang walaupun dari bumi ia memang kelihatan seperti bintang sebab mereka dapat bezakan antara bintang dan planet.
Sebenarnya kan, banyak nama-nama bintang yang diberi dalam Bahasa Arab. Lepas tu, masa zaman Renaissance, orang Eropah mula terjemahkan nama-nama bintang tersebut ke dalam bahasa mereka. Tapi, disebabkan ada yang tak reti Bahasa Arab, maka ramai la yang tersalah terjemah dan ada juga yang main copy-paste je nama-nama tu.
Kalau kaji betul-betul sejarah bintang ni kan, banyak je timbul nama-nama tokoh ilmuan Islam dahulu kala. Jauhnya la beza mereka dengan kita. Banyak betul sumbangan mereka kepada manusia. Tapi kita sekarang, ramai ke agak-agaknya yang memberi sumbangan penemuan-penemuan baru?
Ilmu Allah itu banyak sangat-sangat. Banyak lagi yang kita tak tahu, banyak lagi yang masih belum diterokai. Tapi kita sekarang, bukan sibuk nak kejar ilmu, tapi sibuk nak kejar sijil. Macam orang bagi pilhan dekat kita la, antara emas dan duit. Yang kita nak sebenar-benarnya ialah emas. Tapi tanpa sedar, kita tinggalkan emas untuk mengejar duit. Padahal duit tu kertas je macam sijil.
Ops, terkeluar topik lak. Okay, okay. Kembali ke pangkal cerita.
Saya suka fikir tentang bintang. Sebab bila saya bayangkan bintang, secara automatik, saya akan terbayangkan juga alam semesta yang terbentang luas.
Sila bayangkan, keluar dari Bumi, kita akan jumpa Sistem Suria yang berpaksikan Matahari. Disekeliling Matahari, tersusun 8 buah planet, sekurang-kurangnya 5 buah planet kerdil dan beribu-ribu Small Solar System Body (SSSB).
Kemudian kita keluar dari Sistem Suria. Sekarang, kita berada di dalam Galaksi Bima Sakti. Sekurang-kurangnya terdapat 200 billion bintang yang saiznya boleh jadi antara 0.08 hingga 200 kali ganda dari saiz Matahari. Jarak antara bintang-bintang tersebut bukannya dekat. Jauh, bertahun-tahun cahaya jaraknya.
Setiap kali saya fikir pasal bintang, saya tak boleh nak tahan diri dari menyebut Subhanallah. Sangat-sangat terasa, betapa kerdilnya saya dan betapa hebatnya Dia. Subhanallah. Kat bawah ni saya letak satu video perbandingan saiz dari saiz bulan sehingga la saiz bintang paling besar setakat yang dijumpai. Bayangkan la, agak-agak sebesar mana alam semesta ini..
And I can't stop myself from shivering. Subhanallah..