sejarah dari seorang 'aku' ke seorang 'saya'
Tuesday, December 28, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Saya kurang pasti, sejak bila saya guna perkataan 'aku-ko'. Kalau tak silap, rasa macam sejak masuk sekolah menengah, sejak saya mula rasa malu, inferior dengan kelemahan diri.
Allah izin, saya sedikit pelat bila menyebut huruf 's'. Biasanya akan jadi 'sh'. Sebab tu dulu-dulu, bila orang tanya nama penuh saya, sukar untuk saya sebut nama ayah, Sazali. Bukan sebab taknak mengaku ayah [nauzubillah], tapi sebab kalau saya sebut, ia akan jadi 'Shazali' bukannya 'Sazali'. [pemikiran seorang kanak-kanak ye ketika ini]
Saya cuba untuk menutup kelemahan ini dengan membahasakan diri 'aku', bukannya 'saya'. Lebih-lebih lagi, dalam keluarga, dengan kakak-kakak memang saya cakap 'aku-ko'. Cuma bila panggil nama mereka, ada tambahan 'kak' kat depan sebagai tanda menghormati ke'tua'an mereka [hahaha :P]. Dengan adik-adik, saya bahasakan diri sebagai 'kak shark' [^_^]. No 's'.
Memang la bila berkata-kata, mesti tak terlepasnya dari jumpa huruf 's'. Tapi, paling kurang, dengan saya tidak menggunakan perkataan 'saya', dapatla mengurangkan keterserlahan kelemahan tersebut.
Zaman sekolah dulu, ramai je yang tegur tentang sebutan 's' saya yang pelat uh. Terasa la jugak. Tapi, bukan untung pun kalau saya simpan keterasaan hati tu. Makin sakit hati ada la. Sebab tu, bila orang tegur, seingat saya, takde lagi saya melenting. Kadang-kadang saya hanya senyum, kadang-kadang saya buat tak tahu. Malas nak ambik hati.
Itu, cerita zaman sekolah dahulu kala. Zaman remaja, yang tak tahu apa melainkan keseronokan. Masa tu tak kenal sangat pun adik-adik junior. Kalau kenal pun, sebab satu persatuan/unit/kelab/biro dan lain-lain. Saya bukan la seorang yang peramah melainkan dengan orang yang saya kenal. Selalu je orang cakap saya sombong.
Masuk KTD [Kolej Terbaik Dunia :D], saya jumpa pelbagai jenis manusia pelik-pelik, yang saya tak pernah jumpa masa kat sekolah dulu. Tapi, saya masih lagi saya. Dengan penggunaan kata ganti nama 'aku-ko', tak kesah la dengan rakan sebaya ke, adik-adik, mahupun dengan kakak-kakak yang beza umur 2,3 tahun. Yes, I do know, ia sangat la tidak beradab.
Saya mula kenal spesis manusia yang berlainan pemikiran dan sifat [bukan berlainan jantina ye], mula belajar untuk memahami mereka sikit-sikit. Kalau tak, selama ni saya hidup dalam dunia saya je. Tak masuk campur urusan luar. Nak terasa hati ke, nak makan hati ke, itu bukan urusan saya.
Saya belajar sikit-sikit tuk berubah. Lebih-lebih lagi bila mula mengerti tanggungjawab sebenar seorang manusia selaku khalifah di muka bumi ini. Mula berjinak-jinak dengan dakwah, tarbiyyah, da'ie, mad'u, barisan penggerak, jambatan hati, qudwah dan lain-lain istilah.
Dengan adik-adik junior, saya mula belajar tuk menggunakan kata ganti nama 'akak' walaupun pada mulanya sedikit meremang bulu roma [thanks to seorang adik tu yang PAKSA saya untuk bahasakan diri 'akak' dengan dia :P]. But, practice makes perfect. Alhamdulillah, lama-lama makin lekat dalam diri.
Dulu, saya hidup untuk diri sendiri. Sekarang, saya belajar agar hidup untuk Islam. I still do feel inferior. Cuma, kalau boleh, saya taknak perasaan inferior itu menguasai diri.
Untuk berubah itu tak mudah. Tapi, andai perubahan kita tu bersebabkan sebab yang kukuh, insya Allah jalan perubahan itu tidak la sesusah yang dibayangkan. Saya percaya dan yakin, setiap apa yang kita lakukan, mesti bersebab. Hatta kalau saja-saja/suka-suka sekalipun.
assalamualaikum,,,,
kak ma!!
tak sabar nak balik..nak dengar org sana bahasa 'akak' dengan org sini..practise awal2 ya...musti excellent punya!
assalamualaikum,,,,
kak ma!!
tak sabar nak balik..nak dengar org sana bahasa 'akak' dengan org sini..practise awal2 ya...musti excellent punya!